Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.

Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by Laxamana Mon Oct 23, 2017 9:35 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171929 messages in 1318 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Jalan-Jalan Cari Makan

Page 1 of 11 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Go down

Jalan-Jalan Cari Makan

Post by harleena on Wed Apr 28, 2010 5:49 am

*innocentti (aimoo)

"CT-ONE

FORZE CAFE merupakan salah satu cabang perniagaan baru syarikat CT-ONE

Corporation Sdn. Bhd. (CT-ONE) yang terlibat sebagai salah sebuah syarikat yang menguruskan pembekalan peralatan kepada Angkatan Tentera Malaysia."

Baru dilancarkan pada 11 Julai 2009, kafe berkonsep ketenteraan yang pertama di Malaysia.

CT-ONE FORZE CAFE mula menarik perhatian masyarakat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan sekitarnya.
Ini berikutan kelainan yang ditampilkan oleh pihak pengurusan kafe berkenaan terutama dalam aspek dekorasi, hiasan, penggunaan pinggan ala-ala tentera, layanan dan juga keunikan menu yang pasti menambat hati pengunjung.

Menurut Pengarah Urusan CT-ONE FORZE CAFE, Mejar (B) Adnan Hashim, kafe itu diwujudkan atas dasar cintanya pada kerjaya yang pernah disandangnya satu ketika dahulu. "Atas sebab itulah, saya berusaha menubuhkan kafe ini sebagai salah satu lokasi santai untuk golongan veteran rakan-rakan tentera. Paling tidak, apabila berkunjung ke sini, mereka boleh mengimbas kembali kisah-kisah lama dan berkongsi pengalaman masing-masing," kata Adnan.

Paling istimewa tambah beliau, kafe ini memberi potongan harga sebanyak lima peratus kepada bekas anggota tentera tanpa mengira pangkat bagi menghargai pengorbanan dan jasa mereka kepada negara.
Dalam pada itu, suasana di kafe ini memang jelas menyerlahkan semangat ketenteraan menerusi pemilihan filem dan lagu yang bertemakan tentera serta patriotik yang sentiasa dimainkan sebagai halwa mata dan telinga pengunjung.

Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, kafe ini turut menyediakan perkhidmatan Wi-Fi untuk memudahkan
pengunjung melayari Internet tanpa sebarang bayaran dan juga ruang solat bagi mereka yang mahu menunaikan kewajipan tersebut. Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan & Pemasaran CT-ONE FORZE CAFE, Firdaus Wong, berkata, konsep kafe itu sesuai dengan temanya
termasuk setiap menu yang dihidangkan juga berkonsepkan tentera atau dalam erti kata lain 'mententerakan makanan'. "Pemilihan menu dilakukan secara kolektif untuk menjadikannya unik berbanding dengan menu biasa yang ada dijual di tempat lain."

"Antaranya ialah menu nasi hijau yang dihidang dengan aneka sajian sama ada chicken chop, gulai ayam, daging masak lemak, ikan keli dan sebagainya, bergantung pada selera pelanggan. Ia turut dikenali sebagai Military Set." "Istimewanya sajian ini adalah ia dihidangkan di dalam messtin iaitu sejenis peralatan yang biasanya digunakan untuk
memasak atau menghidangkan makanan jika bertugas di dalam hutan."

Tidak ketinggalan, air minuman yang dijual dinamakan sempena terma-terma ketenteraan seperti Ambush Drink, Military Delights Drink, Military Refreshing Fruit Juice dan Military Milk Shake. "Ambush Drink, contohnya merupakan gabungan minuman bertenaga dan minuman biasa seperti oren, anggur dan sebagainya untuk memberi kesegaran kepada sesiapa yang menikmatinya."

Dengan keluasan 2,000 kaki persegi (610 meter persegi), kafe ini boleh memuatkan kira-kira 80 pengunjung dalam satu-satu masa. Ia juga menyediakan sebuah bilik khas yang boleh diduduki oleh 10 orang jika mahukan privasi ketika berada di sana. Untuk jangka masa panjang, pihak pengurusan akan sentiasa memperbaiki serta memperkemaskan lagi ciri-ciri atau konsep ketenteraan dan kemudahan
sedia ada dari semasa ke semasa melalui idea pengunjung yang terdiri daripada komuniti tentera dan orang ramai.

Malah, Adnan memberitahu, pihaknya mempunyai matlamat untuk membesarkan lagi perniagaan ini dengan pembukaan cawangan atau outlet-outlet baru menerusi kaedah francais yang mengutamakan kakitangan pengasas dan bekas-bekas tentera. Berpegang pada cogan kata keramat 'Ya, Kami Boleh dan Doakan Kejayaan Kami', Adnan percaya CT-ONE FORZE CAFE akan mengorak langkah untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

INFO:
CT-ONE
Forze Café
38, Jalan Wangsa Delima 2A,
Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300
Kuala Lumpur,

Telefon: 03-41427460 / 03-41424462

Laman
web: www.ct-one.com.my
avatar
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 49

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by harleena on Wed Apr 28, 2010 5:56 am

stop jap. Sat lagi sambung pulak.
avatar
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 49

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by marc_zman on Mon Jun 14, 2010 9:58 am

waaarrrggghhhhh lapaaaaarrrrr nyer...

sapa tau port mana ader jual makanan2 ni.. keutamaan utk yg dlm lembah klang... :-

1) mee rebus.. (teringat mee rebus hj wahid n mee rebus stulang kat jb)
2) nasik ambeng.. heheheheee.. dah diri ni line jawa...
3) rojak singapore...
4) murtabak singapore...

bantuan.. bantuan... scratch
avatar
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
R.I.P
Posts : 16318
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by harleena on Mon Jun 14, 2010 11:23 am

ada kawan kata mee rebus kat sini sedap tapi tak tau la. Belum try lagi. Kot2 marc_zman boleh try dan bagi review kat sini. Nama kedainya Geylang kopitiam yang terletak di TTDI Jaya.
avatar
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 49

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by harleena on Mon Jun 14, 2010 11:24 am

Ni pulak review from Utusan Malaysia:
Sup tulang ketuk Geylang

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

TERINGAT penulis ketika kecil dahulu apabila pergi ke Singapura untuk menziarahi datuk saudara di sana, selain ke rumahnya, tempat yang menjadi kegemaran ibu ialah ke Geylang.

Apa keistimewanya Geylang kerana sebelum datang ke kota singa ini ramai saudara mara yang berpesan itu dan ini pada ibu. Ada yang pesan kain ela, ada juga suruh beli buah laici.

Hairan menyelubungi minda. Murah sangatkah barangan di situ? Sehinggalah penulis tiba di tempat itu menaiki bas dua tingkat. Dengan deretan kedai makan, kedai kain ela dan buah-buahan, suasananya seolah di Jalan Chow Kit, ditambah pula pelbagai makanan dari Melayu asli, Jawa dan lain-lain semuanya ada.

Setelah hampir 30 tahun, nostalgia muncul kembali apabila penulis dijemput untuk merasai masakan asli Singapura di sebuah restoran yang diberi nama Geylang Kopitiam di Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Dari luar lagi, suasananya begitu mengujakan dan selangkah kaki menjejak ke dalamnya, alangkah kagumnya melihat dekorasi yang diilhamkan seperti kedai makan ala tahun 60-an.

Dialun pula dengan lagu-lagu daripada filem-filem Melayu tahun 60-an bagi menyemarakkan lagi aura menjiwai keadaan pada sekitar tahun itu.

Di satu sudut pula dipamerkan beca yang dipercayai berusia hampir 50 tahun. Di dindingnya digantung dengan angklung, trumpet dan gambar-gambar dari filem lama bagi menghidupkan suasana.

Sesuatu yang menjadi tumpuan pastilah gambar 'gergasi' yang memaparkan sebuah tram yang bernombor enam yang kebetulan sama nombor dengan kopitiam yang berlaluan Tanjong Pagar ke Geylang.

Pemiliknya, Hussein Taha, 50, dan isterinya, Pujiah Subari,46, kedua-duanya berasal dari Geylang, memilih konsep kopitiam kerana trend masyarakat sekarang yang lebih suka makan di luar di tempat yang selesa lagi merelakskan.

"Kami sepakat menggunakan konsep retro bagi mengembalikan zaman kecil kami ketika tinggal di Geylang.

"Ibu bapa saya memang mempunyai kedai makan di sana dan dikenali ramai dengan sajian mi rebus dan sate. Justeru, bagi menyambung warisan itu saya membuka kopitiam ini,'' kata Hussein.

Selain mata dihidangkan dengan dekorasi menarik, juadahnya turut memenuhi cita rasa peminat yang gemarkan masakan Singapura.

"Sup tulang ketuk Singapura adalah yang terlaris di sini. Walaupun warnanya tidaklah merah seperti di Singapura, tetapi rasanya ada uummp! Bahkan ramai pelanggan dari Singapura yang membawanya sebagai bekalan balik ke sana.

"Begitu juga dengan mi rebus, sate goreng, kacang phool, lontong goreng, nasi lemak daging dendeng, soto ayam, nasi ayam penyet dan minuman seperti teh 'c' peng gula Melaka dan air bandung jagung dan air limau madu, yang pasti membuat pelanggan datang semula,'' ujarnya.

Tambahnya lagi, turut dihidangkan ialah cucur udang, keropok lekor, ubi rebus, lempeng dan masakan Barat.

Sementara itu, menurut Pujiah, kopitiam ini dibuka 8 pagi hingga 11 malam dan semua hidangan yang terdapat di dalam menu boleh diperoleh dalam jangkamasa tersebut.

"Terdapat dua chef dan seorang pembantu chef dengan 19 orang kakitangan. Dengan bilangan tenaga kerja ini, memberi jaminan kepada pelanggan mendapat layanan terbaik,'' katanya.

Geylang Kopitiam
No 4-6, Jalan Opera U2/G,
Taman TTDI Jaya,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
avatar
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 49

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by venez on Mon Jun 14, 2010 2:17 pm

harleena wrote:Ni pulak review from Utusan Malaysia:

geylang kopitiam nih yang sama dgn kat tasik titiwangsa ker?

--------------------my siggy below--------------------

avatar
venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 39
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by powerw00t on Mon Jun 14, 2010 3:49 pm

marc_zman wrote:waaarrrggghhhhh lapaaaaarrrrr nyer...

sapa tau port mana ader jual makanan2 ni.. keutamaan utk yg dlm lembah klang... :-

1) mee rebus.. (teringat mee rebus hj wahid n mee rebus stulang kat jb)
2) nasik ambeng.. heheheheee.. dah diri ni line jawa...
3) rojak singapore...
4) murtabak singapore...

bantuan.. bantuan... scratch

Bila sebut mee rebus hj wahid, tu nama besar tu. Satu lagu mee rebus lan janggut, semua dulu niaga kat sebelas pasar besar (sekarang dah pindah dah). Dia punya kuah mmg kalo dah habis makan dia punya mee, tak sudu sampai kering tak sah.

Satu lagu mee muar atau lebih popular mee bandung... takde tempat yg boleh celen itu mee bandung. Tu semua cerita lama masa sekolah menengah, bila musin cuti sekolah selalu lepak kat rumah mak sedara yg duduk kat jalan mariamah JB.

Ni mee bandung yg aku makan kat melaka, katanya orang muar yg buat, rasa terover sangat punya ingredients. Mana ada mee bandung letak tomato dgn tauge Suspect

Murtabak singapore, mana lagi kalo tak depan masjid sultan, sg. Aneyy murtabak mutton satu!
avatar
powerw00t
Major General
Major General

Malaysia
Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 18/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by samuraisan on Mon Jun 14, 2010 6:36 pm

Very Happy btul2 dulu saya kecik2 makan mee rebus lan janggut sedap habis
dekat stulang laut mee rebus hj.wahid dulu ada satu office Jcorp kat atas kan.. pernah makan sampai 2@3 pinggan..dekat K.L ada satu stall mee rebus macam tu tapi boleh lah kat dengan
Masjid India..Jalan TAR belakang kedai pakaian kat Mydin
Rojak singapore kat Pasar malam Jalan TAR hari Sabtu ada..
cheers

Mee Bandung Muar memang best...
Sambal Godok@sambal goreng Singapore saya suka gak...
avatar
samuraisan
Major
Major

Malaysia
Mymil
Posts : 1117
Reputation : 273
Join date : 30/05/2010

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by harleena on Mon Jun 14, 2010 9:11 pm

malam tadi makan kat Pak Anjang Bariani Johore kat Seksyen 13, sederet ngan Cafe Zul Yahya n Bagus Shah Alam. Saya memang tak minat nasi beriani tapi suami dh berapa kali asyik sebut nak makan nasi beriani kat situ, so pekena ajer lah. Time tu dah pukul 20.30, kedai tutup pukul 21.30 tapi tak de orang pun kat restoren tu. Tak pe laaa, try ajer laaah.

Makan Nasi beriani gam ayam dan nasi beriani gam daging. Saya makan mee bandung muar. Menu lain yang ada ialah rojak petis batu pahat dan tauhu bakar.
Mee bandung not bad dengan harga rm6 semangkuk dan nasi beriani pulak harganya dalam rm10.50 sepinggan. Bagi saya mahal gak laaaa tapi suami kata sedap, secukup rasa dan rasanya tak berlebih sangat macam nasi beriani kat kedai mamak. Lupa pulak nak snap gambar....
avatar
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 49

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by venez on Mon Jun 14, 2010 9:12 pm

kat penang nih mana best makan selain mee udang kat sg dua... Smile

--------------------my siggy below--------------------

avatar
venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 39
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by harleena on Mon Jun 14, 2010 9:17 pm

Kalau nak try beriani gam kat sini, alamatnya:
Pak Anjang Bariani Johor
No. 44, Jalan Rugby 13/30
Seksyen 13
40000, Shah Alam
Tel : 03 - 55106535

(Gambar dr:[url=http://mattingtong.blogspot.com.html])
avatar
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 49

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by venez on Mon Jun 14, 2010 9:22 pm

dpt diskaun ke kak? he3

--------------------my siggy below--------------------

avatar
venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 39
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by harleena on Mon Jun 14, 2010 9:28 pm

Tak de diskaun la Ven...
avatar
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 49

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by marc_zman on Tue Jun 15, 2010 5:23 am

mr powerwoot n samuraisan...

last tgk mee rebus hj wahid masih ader lagi kat food court plaza angsana, tampoi, jb.. yg kat food court kebayan plaza kotaraya tu last time tgk.. dekat2 2 tahun lepas gak.. dah xder... ganti ngan mee rebus stulang laut... mee rebus stulang laut tu port masa zaman tingkatan 6 dulu... sebulan paling kurang 2, 3 kali mesti pekena mee rebus dia...

mee rebus lan janggut x pasti.. dulu mmg kat food court pasar besar jb... lepas tu kata nya pindah ke komtar jb.. wallahualam... errr.. lan janggut ni yg sama ke ngan mee rebus stulang laut tu.??? tgk tokey yg kat stulang tu xder janggut pun... heheheheee..
avatar
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
R.I.P
Posts : 16318
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by marc_zman on Tue Jun 15, 2010 5:39 am

bagi rakan-rakan forumer yg terlajak sampai ke JB tu.. boleh try test pekene murtabak singapore kat Kg Melayu, JB... gerai dia di sebelah kiri jalan sebelum simpang empat berlampu isyarat... di sebelah kanan jalan tu & bersetentang dengan gerai ni ialah majlis jamek kg melayu... insya Allah.. xleh miss... Kawan ni suka makan... tapi... errr.. nama gerai dia pun x tauuu.. huwahahahahaaa... sabau jer laaa...
avatar
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
R.I.P
Posts : 16318
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by powerw00t on Tue Jun 15, 2010 5:43 am

marc_zman wrote:mr powerwoot n samuraisan...

last tgk mee rebus hj wahid masih ader lagi kat food court plaza angsana, tampoi, jb.. yg kat food court kebayan plaza kotaraya tu last time tgk.. dekat2 2 tahun lepas gak.. dah xder... ganti ngan mee rebus stulang laut... mee rebus stulang laut tu port masa zaman tingkatan 6 dulu... sebulan paling kurang 2, 3 kali mesti pekena mee rebus dia...

mee rebus lan janggut x pasti.. dulu mmg kat food court pasar besar jb... lepas tu kata nya pindah ke komtar jb.. wallahualam... errr.. lan janggut ni yg sama ke ngan mee rebus stulang laut tu.??? tgk tokey yg kat stulang tu xder janggut pun... heheheheee..

Ni info aku baca dari blog pasal lan janggut tu, ni komen pembaca
Jimbo said...

gerai dia dah kena hijack dengan budak bancuh teh.
kira kuli makan tuan laaa

sekarang ni gua dengar dia bawak bas sekolah. merajuk dengan dunia perniagaan yang penuh dengan penipuan.

so, RIP lan janggut

mee rebus lan janggut

Kat facebook ada komen cakap lan janggut dah meninggal, jadi biz dia anak dia takeover. alfatihah.
avatar
powerw00t
Major General
Major General

Malaysia
Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 18/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by marc_zman on Tue Jun 15, 2010 10:08 am

innalillah...
harap2 ado laaa pelapis yg mewarisi skill n resepi mee rebus ni... sayang wooo kalau berakhir camtu ajer...

- makan mee rebus ngan otak-otak... manyak feeelllll... -
avatar
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
R.I.P
Posts : 16318
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by samuraisan on Tue Jun 15, 2010 11:03 am

alien mee rebus johor ni kenapa rasa dia sedap lain dari yang lain
dia orang letak ape kuah tu .. siapa tahu resepi kuah dia..
mee rebus mamak kalau nak lawan mee rebus johor ni ibarat
1:10 beza dia.. heheee
avatar
samuraisan
Major
Major

Malaysia
Mymil
Posts : 1117
Reputation : 273
Join date : 30/05/2010

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by marc_zman on Tue Jun 15, 2010 12:24 pm

apa bumbu nya.??? maaf ler mr samuraisan.. x dpt nak tolong.. satu masa duluuu.. satu stesen tv (TV3 kot.. kalau x silap laa) pernah tunjuk kan cara2 buat kuah mee rebus ni... haji wahid sendiri yg buat... tapi.. pickup x cukup kuat nak salin / ingat resepi tu...
avatar
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
R.I.P
Posts : 16318
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by powerw00t on Thu Jun 17, 2010 10:57 am

Kat hujung kampung aku, entah mana punya orang kaya tiba2 buat restoren berkonsep bawah pokok, iaitu pokok getah. Ada 2 bahagian, satu bawah pokok (open air) dan satu lagi berbumbung. Nama tempat makan tu, Warisan Ku menyediakan menu barat dan oriental.

Aku rasa konsep yg menarik. Kat tempat terbuka ada skrin besar tonton Astro. Kalo nak lagi privacy dalam jumlah yg ramai dia ada sediakan 2 rumah tradisional Melaka berhawa dingin yg bersambung serambi, dan satu tangga batu besarrrr punya antara kedua rumah tu.
avatar
powerw00t
Major General
Major General

Malaysia
Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 18/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by tenteng on Thu Jun 17, 2010 11:05 am

powerw00t wrote:Kat hujung kampung aku, entah mana punya orang kaya tiba2 buat restoren berkonsep bawah pokok, iaitu pokok getah. Ada 2 bahagian, satu bawah pokok (open air) dan satu lagi berbumbung. Nama tempat makan tu, Warisan Ku menyediakan menu barat dan oriental.

Aku rasa konsep yg menarik. Kat tempat terbuka ada skrin besar tonton Astro. Kalo nak lagi privacy dalam jumlah yg ramai dia ada sediakan 2 rumah tradisional Melaka berhawa dingin yg bersambung serambi, dan satu tangga batu besarrrr punya antara kedua rumah tu.

kat mana ni power?
avatar
tenteng
Kehormat MyMil

Malaysia
Mymil
Posts : 4771
Reputation : 124
Join date : 11/05/2010
Age : 36
Location : segitiga melaka-kuantan-kkb-melaka

http://www.facebook.com/waniezas

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by mumuchi on Thu Jun 17, 2010 11:14 am

marc_zman wrote:bagi rakan-rakan forumer yg terlajak sampai ke JB tu.. boleh try test pekene murtabak singapore kat Kg Melayu, JB... gerai dia di sebelah kiri jalan sebelum simpang empat berlampu isyarat... di sebelah kanan jalan tu & bersetentang dengan gerai ni ialah majlis jamek kg melayu... insya Allah.. xleh miss... Kawan ni suka makan... tapi... errr.. nama gerai dia pun x tauuu.. huwahahahahaaa... sabau jer laaa...

dulu aku ada gak citer fasak murtabak singapore ni..tapi dah lama so tak tau current ke idak.. http://masak-masak.blogspot.com/2007/02/murtabak-restoran-victory-arab-street.html

kat bandar tun hussein onn punya bazar ramadhan memang ada orang jual murtabak singapore ni tiap posa..tapi wa cakap la..utk rega dia tipis dan daging tabur dia memang sikit la bro..tahun lepas aku terjumpa pulak kat BB Bangi belakang kompleks pkns..tebal sikit dan rasa pun ada sedap sikit..tapi rega RM10+ kalau tak silap..

anyway yg pelik kalau aku pi johor..aku makan menda ni kat ayer itam aja depan kedai2 pasu tu...fasal kat jb tak tau mana nak cari yg sedap ekekekeke!
avatar
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 19546
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by mumuchi on Thu Jun 17, 2010 11:22 am

lupalak...nasi ambeng dan nasi ujan panas pun ada jual kat BTH tu..dan 2 tahun lepas kat bazar ramadhan stadium bandaraya kl ada orang johor jual mee siam/laksa johor dan air kathira yg best punya..tapi tahun lepas dah tak ada..harap2 tahun ni ada balik weh..
avatar
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 19546
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by powerw00t on Thu Jun 17, 2010 11:27 am

tenteng wrote:
powerw00t wrote:Kat hujung kampung aku, entah mana punya orang kaya tiba2 buat restoren berkonsep bawah pokok, iaitu pokok getah. Ada 2 bahagian, satu bawah pokok (open air) dan satu lagi berbumbung. Nama tempat makan tu, Warisan Ku menyediakan menu barat dan oriental.

Aku rasa konsep yg menarik. Kat tempat terbuka ada skrin besar tonton Astro. Kalo nak lagi privacy dalam jumlah yg ramai dia ada sediakan 2 rumah tradisional Melaka berhawa dingin yg bersambung serambi, dan satu tangga batu besarrrr punya antara kedua rumah tu.

kat mana ni power?

Tepi simpang antara Lubok Redan-Paya Mengkuang-Kuala Sg Baru. Kalo ko datang dari rumah ikut Paya Mengkuang.
avatar
powerw00t
Major General
Major General

Malaysia
Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 18/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by marc_zman on Thu Jun 17, 2010 11:50 am

mumuchi wrote: anyway yg pelik kalau aku pi johor..aku makan menda ni kat ayer itam aja depan kedai2 pasu tu...fasal kat jb tak tau mana nak cari yg sedap ekekekeke!

sori yer bro.. Kawan x ingt nama jalan tau nama gerai yg kat Kg Melayu, JB tu... yg pasti lokasi dia seberang Masjid Jamek Kg Melayu... Kawan ni tau pegi, beli, makan jer... insya Allah.. rasa dia x menghampakan... gerai tu kalau bulan Ramadhan tu, Q byk panjang wooo.. nasib baik diorg pakai sistem amik no... first come first serve... Twisted Evil

dekat medan selera Jalan Sungai Chat.. dekat ngan Jeti Jabatan Laut / Shahbandar Johor pun ado satu gerai gak... tapi.. bagi Kawan x leh challenge Kg Melayu punyer..
avatar
marc_zman
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
R.I.P
Posts : 16318
Reputation : 611
Join date : 08/06/2010
Location : di atas tanah bekas hutan, paya dan ladang kelapa sawit.. tak tau laaa ntah sapa2 pernah kena tanam kat sini dulu.. kalu ada laa

Back to top Go down

Re: Jalan-Jalan Cari Makan

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 11 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum