Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.

Military, Police and Security Agencies

Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee.
 
HomeMyMil's PortalRegisterLog in
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih
Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!!
Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah.
Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum.
Warga Mymil ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tentera Laut ke 78. Warga Berinovasi Menjana Transformasi.
To all new forumer, your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
Latest topics
» LHS/Webshops / Stash Sales
by yaminz Today at 4:50 pm

» Diorama WIP Plans and References
by yaminz Today at 4:10 pm

» Perbincangan Mengenai 'Military Model Kits'
by mumuchi Today at 3:54 pm

» Rekrut Mei 2012
by tupai tanah Today at 2:57 pm

» Pengumuman Awam/Public Service Announcement
by atreyudevil Today at 2:40 pm

» Bola Cafe: International V2
by 5229 Today at 1:21 pm

» KAUNTER LUAHAN PERASAAN V3
by innocentti Today at 9:31 am

» INDUSTRI PERTAHANAN NEGARA
by Panji Alam Yesterday at 9:20 pm

» Military videos
by kerambit75 Yesterday at 6:34 pm

» Sembang2 Bunker Pak Jabit V37
by mumuchi Yesterday at 4:13 pm

» Astronomy Club @ Mymil
by kapokbesi Yesterday at 2:24 pm

» Oil and Gas Discussion
by skyline Sat May 19, 2012 7:29 pm

» The Siberian Research Institute Of Aviation Part 1
by kapokbesi Sat May 19, 2012 6:39 pm

» Laporan MAGERAN: Tragedi 13 Mei 1969
by arizain Fri May 18, 2012 10:55 pm

» Non Military Videos
by Steven 12 Fri May 18, 2012 2:48 pm

» Diari MYMIL
by standupper Thu May 17, 2012 2:40 pm

» Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3
by Blitzkrieg Wed May 16, 2012 2:36 pm

» Perbincangan HUT Mymil Ke-2
by yaminz Wed May 16, 2012 12:24 pm

» 26 April 1976 - Tragedi Gubir
by Laxamana Wed May 16, 2012 10:39 am

» Malaysia boleh lumpuh kerana perisik
by alphawolf Mon May 14, 2012 9:30 pm

Statistics
We have 335 registered users
The newest registered user is tomatoman23

Our users have posted a total of 132287 messages in 987 subjects
Top posters
venez
 
mumuchi
 
marc_zman
 
yaminz
 
atreyudevil
 
powerw00t
 
tin
 
tenteng
 
harleena
 
dewafrost
 
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1
MyMil at Google+ Page

KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani 5 5 55
Share | 
 

 KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
AuthorMessage
kapokbesi
Lieutenant
Lieutenant


Posts: 635
Join date: 17/09/2011

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Tue Feb 21, 2012 6:05 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

"Saintis Barat hari ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian benih tumbuh-tumbuhan. Benih-benih dijaga begitu elok untuk menghasilkan tanaman yang bermutu. Jika benih tumbuh-tumbuhan pun dijaga demikian rupa, kenapa tidak 'benih tamadun' iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dengan jagaan iman dan taqwa, kerana dari 'benih' inilah akan lahirnya tamadun ummah, Insya Allah.."
Back to top Go down
observateur
MODERATOR
MODERATOR


Mymil
Posts: 2725
Reputation: 75
Join date: 19/04/2010
Age: 45

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Wed Feb 22, 2012 1:56 pm

Madah

1.
Syukur nikmat dan kesabaran dalam ujian
amat mudah diucapkan,
tapi amat sulit dilaksanakan.

2.
Orang yang ikhlas mengamalkan agama setiap masa,
kerana Allah menghendaki demikian.
Orang yang tidak ikhlas mengamalkan setelah terdesak,
setelah kaedah-kaedah lain gagal berperanan.

3.
Kalau manusia ini mengejar kasih Allah,
tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan.
Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia,
itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.

4.
Hiburan itu tidak mesti membahagiakan,
tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.

5.
Salah satu daripada yang boleh membawa pecah belahnya orang Islam
kerana cintakan dunia,
maka berebutlah mereka untuk mendapatkannya
dengan itu terjadilah perbalahan.

Back to top Go down
kapokbesi
Lieutenant
Lieutenant


Malaysia
Mymil
Posts: 635
Reputation: 106
Join date: 17/09/2011
Age: 26
Location: ولا تمشى فى الارض مرحا

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Mon Mar 05, 2012 1:17 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]

Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Turki tertegak selama 5 kurun, kerajaan ini berantai dari Kerajaan Abbasiah yang berpusat di Baghdad, Kerajaan Umayyah yang berpusat di Damsyik sehinggalah ia berangkai ke zaman Khalifah 4 Sahabat dan zaman Rasulullah SAW.

Khilafah adalah kepimpinan rohani umat Islam, ia menjaga kepentingan ummat dalam segenap segi. Khilafah juga merupakan sumber kekuatan ekonomi, politik, kemasyarakatan, dan ketenteraan.

Khilafah Uthmaniyah sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam khususnya pihak barat yang cuba menghancurkan kerajaan-kerajaan Islam.

3 Mac merupakan bermulanya detik yang perlu diingati oleh seluruh umat Islam, kerana detik ini merupakan detik yang paling hitam bagi umat Islam setelah kita melihat jatuhnya sebuah empayar agung iaitu Khilafah Uthmaniyah.

Para pengkaji sejarah banyak menyebut bahawasanya 2 titik hitam yang memberikan kesan cukup besar kepada umat Islam iaitu:-

1) Serangan keatas umat Islam oleh tentera Tatar di Baghdad yang menyebabkan Empayar Abbasiah jatuh sehingga jumlah kematian mencecah 1 juta 800 ribu orang.

2) Kejatuhan Khilafah Uthmaniah tanggal 3 Mac 1924 yang telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Attaturk, maka runtuhlah Khilafah Islamiah sehingga berpecah negara-negara umat Islam dan tiada lagi naungan Islam seterusnya umat berpecah belah. Natijahnya, umat Islam tiada kuasa pemerintahan dan serangan pemikiran menjalar kejiwa umat Islam. Pelbagai ideologi dan bentuk pemikiran yang memusnahkan jatidiri umat.
Back to top Go down
kapokbesi
Lieutenant
Lieutenant


Malaysia
Mymil
Posts: 635
Reputation: 106
Join date: 17/09/2011
Age: 26
Location: ولا تمشى فى الارض مرحا

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Mon Mar 05, 2012 1:59 pm

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this link.] border="0" alt="" />

BAGAIMANA ISLAM MEMANDU SIFAT CEMBURU DALAM HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Ketika Nabi Muhamad S.A.W diutus kepada umat manusia, Baginda mengisytiharkan bahawa perutusannya adalah untuk melengkapkan akhlak yang mulia. Baginda juga menghapuskan perilaku-perilaku hina dan meluruskan apa yang perlu diluruskan. Di antara sifat yang mendapat perhatian Baginda dalam membetulkan masyarakat Jahiliyah di tanah Arab ketika itu ialah sifat "cemburu" yang melampau. Sifat cemburu yang dimiliki oleh lelaki Arab Jahiliyyah terhadap kaum wanita berlaku sehingga mereka sanggup menguburkan anak puterinya hidup-hidup kerana khuatir nanti ia akan berbuat sesuatu perkara yang memalukan.

Keretakan rumah tangga juga banyak berlaku disebabkan perasaan cemburu keterlaluan, kerana cemburu masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Kecemburuan yang melampau seperti ini diharamkan oleh Allah Taala, tetapi dalam masa yang sama Allah turut melestarikan sifat cemburu dengan menjadikannya sebagai sebahagian dari cabang iman.

Tidak dapat dinafikan perasaan cinta menyebabkan wujudnya perasaan cemburu sebagai ujian dari Allah Taala kepada manusia. Sifat cemburu dianugerahkan daripada Allah sebagaimana orang yang memiliki harta melimpah ruah, dia pasti akan diberi oleh Allah perasaan takut jika hartanya dikebas orang. Itulah cara Allah mendidik hambaNya agar mengakui bahawa setiap kenikmatan di dunia ini tidak kekal seperti mana kenikmatan di akhirat. Oleh kerana itu, suami mahupun isteri mestilah bersikap adil dalam mengaplikasikan sifat cemburu yang terarah menurut panduan Al Quran dan As Sunnah. Kerana, boleh jadi sikap cemburu yang keterlaluan mengakibatkan putus hubungan, putus persahabatan, putus pertunangan dan tidak kurang juga berlaku perceraian. Malah ada juga kisah cemburu yang menjadi motif kepada kes-kes jenayah seperti pembunuhan, khianat, simbah asid dan sebagainya.

Nabi Daud A.S pernah berpesan kepada anaknya Sulaiman A.S, "Wahai anakku, jangan terlalu banyak cemburu kepada isterimu, jangan kamu lihat yang buruk-buruk sahaja. Ini kerana, sifat yang keterlaluan itu akan menyebabkan isterimu menjadi mangsa tuduhan yang melampau padahal dia bersih dari tuduhan tersebut" - Sunan Al Baihaqi 1/499

Sifat cemburu yang berlebihan menyebabkan pasangan suami isteri saling bersangka buruk sesama sendiri dan hubungan kian menjadi retak. Cemburu yang timbul berasaskan perasaan ragu dan sangsi seperti ini dikatakan "cemburu buta". Cemburu seperti inilah yang akan membuka pintu kemungkinan berlakunya kesalahan dan kemurkaan Allah Taala. Iaitu apabila sesuatu yang dicemburukan diyakini benar berlaku walaupun tanpa selidik dan usul periksa. Cemburu seperti ini boleh meracuni perhubungan dan pergaulan ketika mengharungi bahtera kehidupan.

Namun, tanpa cemburu juga merbahaya. Melalui cemburu, seseorang menunjukkan sikap ingin mempertahankan sesuatu seutuhnya, dijaga sepenuh pengawasannya. Tanpa cemburu juga maka tiada siapa yang akan ambil peduli dan terpanggil untuk rasa bertanggungjawab membaiki keadaan. Sebarang kebiasaan tabiat buruk dan keterlanjuran akan mudah membarah menjadi gejala tidak sihat apabila tiada sesiapa yang peka dan sensitif dengan kecemburuannya. Kita khuatir tanpa sifat cemburu atau kononnya mahu digelar "sporting", ia nantinya melahirkan masyarakat yang sesat barat, sehingga seseorang itu tega membiarkan lelaki lain berjalan-jalan bersama isterinya, membiarkan pergaulan adik perempuannya tanpa kawalan. Oleh kerana itu, sifat cemburu menjadi satu elemen yang diperlukan bagi memastikan keutuhan rumah tangga, asalkan neraca yang menjadi asas kecemburuan itu selari dengan kehendak Allah Taala.

Jika perasaan cemburu hilang kepada pasangan hidup dengan alasan saling mempercayai satu sama lain, satu hari nanti ia pasti akan mengundang fitnah dan kerosakan rumah tangga. Seorang lelaki berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah sesungguhnya isteriku pergi haji, sedangkan aku telah diwajibkan ikut di dalam peperangan ini". Maka Baginda bersabda, "Pergilah berangkat haji bersama isterimu" - Sahih Bukhari (3006)

Seorang suami bukan sahaja harus mencemburui isterinya, malah isteri juga harus mencemburui suaminya. Demikian juga ibu bapa harus cemburu kepada anak-anaknya. Kecemburuan ini bersumberkan ikatan kasih sayang. Persoalannya, kasih sayang yang bagaimana? Sebagai contoh, tidak cukup sayangkan isteri kerana kecantikan rupa parasnya. Jika demikian, apabila kecantikan itu hilang dimamah usia maka akan pudar jugalah rasa cemburu suami terhadap isterinya. Sayang tidak akan kekal dan cemburu tidak akan berterusan jika diikat dengan sesuatu yang tidak abadi dan hakiki. Oleh kerana itu, sayang dan cemburu seorang suami atau bapa kepada isteri dan anaknya haruslah sampai ke pintu syurga.

Firman Allah Taala :


[You must be registered and logged in to see this image.]

"Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh Para Malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" - At Tahrim:6, Al Quranul Karim

Dalam melaksanakan perintah pemeliharaan ini maka ketua keluarga perlu memiliki sifat cemburu, dan cemburu itu juga mestilah kerana sayangkan hubungan kasih dan cinta kepada Allah, kerana Dia-lah sumber kasih sayang yang paling utama. Jangan tergadai ikatan kasih sayang kepada Allah dek terlalu sayangkan anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Jika berlaku pertembungan cemburu atau cinta antara kepada Allah dan selainnya maka perhatikanlah firman Allah ini :


[You must be registered and logged in to see this image.]

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)" - At Taubah:24, Al Quranul Karim

Sifat cemburu mestilah dipandu dengan asas iman dan akal, bukan emosi semata-mata. Sikap cemburu jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati.

Cemburu Sifat Orang Beriman, Tanda Sayang & Bukti Harga Diri

Cemburu itu tanda sayang, ia menjadi bumbu dalam hubungan kasih sayang. Tetapi, sayangilah apa jua asalkan ia dihubungkan kepada Allah Taala Yang Mempunyai Segala-galanya. Justeru, cemburulah apabila suami atau isteri mahupun anak yang menunjukkan tanda-tanda lalai dan melencong daripada landasan hidup sebagai orang yang dicintai Allah. Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)

Sa'ad bin Ubadah R.A pernah menggambarkan perasaan marahnya di hadapan Para Sahabat jika dia mengetahui isterinya bergaul dengan lelaki lain. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, "Apakah kalian merasa hairan dengan kecemburuan Sa'ad? Sesungguhnya aku lebih cemburu jika dibandingkan dengannya, dan Allah lebih cemburu jika dibandingkan denganku. Kerana itu Allah melarang perbuatan keji, baik ia dilakukan secara terang mahupun secara sembunyi. Dan tiada sesiapapun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutusNya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorangpun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memujiNya) dijanjikannya syurga" - [ rujuk Sahih Bukhari (6846), Sahih Muslim (6846) ].

Ketika salah seorang isteri Rasulullah S.A.W bernama Mariah Al Qibtiyyah mengandung, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahi Mariah. Pada suatu hari, Rasulullah menemui Mariah dan melihat kerabat lelaki tersebut bersamanya. Rasulullah merasa cemburu sehingga terlihat warna kemarahan diwajahnya. Umar Al Khattab merasai perubahan sikap Rasulullah S.A.W itu, lantas Umar bertanya tentang keadaan Baginda S.A.W. Lalu Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah yang kerap datang ke rumahnya.

Apabila mendengar keresahan Rasulullah S.A.W, Umar lantas menghunus pedang mencari lelaki itu, lantas lelaki dicarinya segera menuturkan bahawa dirinya telah dikembiri oleh raja. Umar tidak jadi mengancamnya dan terus menemui Rasulullah menceritakan hal sebenar. Rasulullah berkata kepada Umar, "Jibril telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya dari tuduhan yang terlintas pada diriku. Allah juga memberikanku khabar gembira bahawa aku bakal menimang cahaya mata lelaki, dan Allah memerintahkan kepadaku agar anak itu diberikan nama Ibrahim"


Sifat cemburu tidak terkecuali turut dimiliki oleh Umar Al Khattab, Sahabat RasuliLlah S.A.W yang terkenal dengan sifat tegas dan garang. Abdullah bin Umar R.A menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Atikah binti Zaid, salah seorang isteri Umar Al Khattab, "Mengapa bonda tetap keluar solat Subuh dan Isya' ke masjid? Sedangkan bonda tahu bahawa ayah (Umar) tidak suka dan cemburu dengan perbuatan bonda?"

Lalu Atikah berkata, "Jika demikian, mengapa Umar tidak pernah menghambat dan melarangku?".

Abdullah bin Umar menjawab, "Ayah tidak melakukan demikian kerana Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya jangan menghalang kaum wanita ke masjid". Dalam riwayat lain, Atikah berkata kepada Umar Al Khattab, "Demi Allah, dinda tidak akan berhenti pergi ke masjid sehinggalah kanda melarangku berbuat demikian" [ rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari, 3/34 ].

Diriwayatkan juga, Atikah mula berhenti pergi ke masjid setelah diganggu seorang lelaki di dalam perjalanannya.

Benar, suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun, suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, ataupun bergaul tidak tentu hala. Suami turut mempunyai hak menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian untuk menutup ruang kepada kemungkaran. Sabda Rasulullah S.A.W, "Allah itu pencemburu dan seorang Mukmin juga pencemburu, Kecemburuan Allah itu bila ada seorang hamba datang kepadaNya dengan perbuatan yang diharamkanNya" - Sahih Bukhari (4925), Sahih Muslim (2761). WAllahua'alam
Back to top Go down
kapokbesi
Lieutenant
Lieutenant


Malaysia
Mymil
Posts: 635
Reputation: 106
Join date: 17/09/2011
Age: 26
Location: ولا تمشى فى الارض مرحا

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Mon Apr 16, 2012 2:09 pm

Jika Islam liberal didefinisikan sebagai satu fahaman Islam yang tidak terlalu mengongkong, kini wujud pula satu istilah baru iaitu ibu bapa liberal. Menurut Kamus Dewan, liberal bermaksud berpandangan bebas (terbuka), tidak terkongkong pada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya. Adakah ibu bapa zaman sekarang boleh disebut se-bagai liberal? Perkara ini boleh dibincangkan menerusi parenting style, iaitu apakah kaedah yang digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka?

Umumnya, ada tiga bentu'k teori didikan anak yang umum dan biasa diamalkan oleh ibu bapa iaitu :

Authoritarian Style : Ibu bapa yang mempunyai pandangan yang sangat tegas (strict) tentang sesuatu disiplin dan tingkah laku anak serta tidak membuka ruang untuk perbincangan, anak mesti mengikut apa sahaja kata-kata atau arahan ibu bapa tanpa banyak soal.

Permissive Style : Ibu bapa yang mempunyai pandangan yang 'relax' terhadap disiplin dan tingkah laku anak, mereka tidak kisah perlakuan anak. Mereka tidak menghukum jika anak melakukan kesalahan, malah memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak. Jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, mereka biasanya tiada sebarang dendaan yang dikenakan.

Democratic Style : Ia juga disebut sebagai Authoritative Style, iaitu ibu bapa yang mempunyai pandangan tentang disiplin dan tingkah laku anak-anak serta mereka bersedia untuk berbincang dan menerangkan kepada anak sebab-sebab sesuatu perkara yang dilarang. Alasan yang diberikan selalunya perihal baik buruk sesuatu perkara.

Ibu bapa liberal tergolong dalam golongan kedua. Ibu bapa dahulu lebih bersifat authoritarian, anak-anak mendengar kata dan tidak berani melawan. Sekiranya ibu bapa berkata putih, maka putihlah jawapannya, sekiranya hitam, maka hitamlah jawapannya. Anak-anak akan terus menurut perintah ibu bapa tanpa mempertikaikannya. Anak-anak sekarang pula, mereka akan cuba memberi pendapat jika tidak bersetuju dengan pandangan ibu bapa. Mereka boleh berbuat demikian mungkin disebabkan ibu bapa kini lebih demokratik berbanding ibu bapa zaman dahulu.

Ibu bapa yang liberal pula tidak kisah dan mengikut rentak semasa. Dalam mendidik, mereka tidak menyediakan panduan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, mana halal dan haramnya. Sebagai contoh, anak-anak keluar ke mana, balik pukul berapa, dengan siapa mereka keluar, ibu bapa tidak ambil tahu langsung mengenainya. Anak-anak bebas melakukan apa sahaja yang diingini. Mereka tidak nampak masalah yang akan timbul di kemudian hari, menyebabkan masalah sosial di kalangan anak-anak dan remaja tidak pernah selesai dari dulu sehingga sekarang, baik di bandar dan luar bandar.

Sesetengah ibu bapa apabila diberitahu keadaan anak mereka, mereka buat tidak tahu atau ambil ringan sahaja. Inilah ibu bapa yang bersikap liberal. Sebagai contoh, mereka tahu anak mereka keluar malam dengan girlfriend atau boyfriend, melepak sana sini, tetapi semua itu tidak mengapa bagi mereka. Sebaliknya, yang mereka bimbangkan pula apabila anak tidak mendapat A dalam mata pelajaran yang dipelajari. Malah hal ini amat dititikberatkan berbanding penekanan dari sudut agama.

Tidak salah sekiranya ibu bapa menitik-beratkan hal akademik. Semua ibu bapa inginkan anak mereka berjaya dalam pelajaran, tetapi ibu bapa seharusnya juga menyeimbangkan anak-anak dengan ilmu agama. Kalau inginkan anak mendapat A dalam akademik, ibu bapa seharusnya juga menekankan anak-anak mereka agar mendapat A dalam kefahaman agama dan praktikal akhlak. Malangnya, ibu bapa sekarang tidak nampak perkara ini.

Timbulnya ibu bapa liberal ini kerana suasana masyarakat hari ini yang bersifat material, tidak nampak betapa pentingnya agama. Ibu bapa sebegini ada kaitan dengan corak pendidikan mereka. Jika ibu bapa mereka dahulu tidak menekankan aspek ruhiyyah, anak-anak yang akan menjadi ibu bapa kini akan mempraktikkan cara yang sama terhadap anak-anak mereka pula. Sebab itu, kita lihat ada sesetengah ibu bapa kini terlalu gembira apabila anak dapat memasuki akademi hiburan. Mereka bangga anak dapat menceburi bidang anak berjaya dan ada yang menangis apabila anak tidak tersenarai dalam calon akhir rancangan hiburan.

Ada ibu bapa yang sangat menekankan dan ghairah anak mereka berjaya dalam akademik, sanggup menghantar anak-anak ke pusat tuisyen tanpa mengambil kira waktu kualiti dan masa solat. Sebelum maghrib, anak sudah pergi ke pusat tuisyen, tinggalkan solat maghrib begitu sahaja. Apabila anak sudah terbiasa dengan keadaan itu, bagaimana dengan perkembangan ruhiyahnya?

Masalah ini lebih parah lagi apabila ibu bapa mula takut untuk menegur perbuatan salah anak-anak mereka kerana bimbang anak akan memberontak dan lari dari rumah. Dan lebih malang lagi, ada anak-anak remaja yang terlanjur sehingga mengandung anak luar nikah dan dalam pengetahuan ibu bapa. Nampak seolah-olah ibu bapa pula yang takut dengan anak-anak. Pada hal di dalam al-Quran, Allah Taala telah pun menerangkan tentang tanggungjawab ibu bapa :

[You must be registered and logged in to see this image.]

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" - Surah at-Tahrim:6

Ibu bapa liberal juga ialah mereka yang ambil mudah tentang perjalanan hidup anak-anak, tidak berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, sedangkan perlakuan anak mengikut cara didikan ibu bapa. Jika ibu bapa liberal maka anak-anak akan menjadi liberal, jika ibu bapa ambil mudah soal agama, maka anak-anak juga akan lebih ambil mudah soal agama. Jika dikatakan cara didikan ibu bapa dahulu tidak sesuai, kita lihat ia berbalik kepada suasana sekeliling. Suasana zaman dahulu tidak sama dengan sekarang. Jika dahulu anak dididik secara tradisional, pergaulan anak perempuan dan lelaki ada batasnya, hari ini banyak ruang dan peluang, kalau tidak datang ke rumah atau 'dating'-pun, mereka boleh berhubung melalui kecanggihan teknologi elektronik seperti telefon, sms, e-mail dan sebagainya.

Ibu bapa yang liberal tidak kisah anak-anak menghadap komputer 24 jam dengan alasan anak-anak mereka harus mengikuti perkembangan teknologi maklumat, sedangkan mungkin tanpa kawalan yang sebaiknya hal tersebut menatijahkan perkara yang sebaliknya. Bila bercakap mengenai ibu bapa liberal, bagaimana pula dengan isteri dan suami liberal? la juga berkait-rapat. Isteri yang liberal tidak kisah suami keluar dengan siapa, begitu juga sebaliknya. Oleh itu konsep keluarga liberal amat luas, bukan setakat ibu bapa sahaja menjadi liberal, malah anak-anak yang lahir daripada keluarga liberal ini akan seterusnya melahirkan masyarakat liberal.

Pesan orang-orang tua, mendidik anak-anak seperti bermain layang-layang. Ada masa kita perlu melepaskan tali layang-layang itu untuk melihat sejauh mana layang-layang boleh terbang ditiup angin, tetapi ada masanya kita kena menarik kembali layang-layang ke sisi walaupun ia jatuh ke bumi. Maknanya, dalam mendidik anak perlu ada give and take. Ibu bapa liberal asyik memberi (give) sahaja, bila sekali berkata (take) tidak boleh, anak-anak tidak boleh menerimanya. Sebab itulah bentuk pendidikan terbaik ialah cara kedua iaitu democratic style, liberal tidak, mengongkong pun tidak.

Dalam Islam pun ada pendekatan democratic style. Kadang-kala ibu bapa tidak memahami bentuk pendidikan yang paling sesuai dan baik untuk masa depan anak-anak mereka. Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa 100%, ada yang berpunca kerana suasana rakan sebaya, kehendak semasa, kos hidup, kelonggaran nilai dalam masyarakat dan sebagainya. Apa pun, kita kena kembali kepada apa yang Islam kehendaki. Islam menolak semua bentuk liberal yang boleh merosakkan kemaslahatan masyarakat sehingga ada kaedah feqah yang berbunyi, "Jika sempit sesuatu perkara maka luaskan, dan jika luas sesuatu perkara itu maka sempitkan".
Back to top Go down
kapokbesi
Lieutenant
Lieutenant


Malaysia
Mymil
Posts: 635
Reputation: 106
Join date: 17/09/2011
Age: 26
Location: ولا تمشى فى الارض مرحا

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Fri Apr 20, 2012 12:40 pm

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this link.] border="0" alt="" />


Islam, di sebalik kesungguhannya membina peribadi, bukanlah agama untuk golongan yang suka menyendiri dan lari daripada masyarakatnya. Sebaliknya, Islam datang untuk mentadbir kehidupan dan menguruskannya. Maka pembinaan Islam terhadap diri dan peribadi adalah menumpu kepada asas bahawa mereka mesti hidup di dalam masyarakat dan bersama masyarakat menuju Allah dan manhajNya.

Itulah pembinaan di hari pertama dakwah al Rasul bermula. Ia membina sebuah jamaah sahabat yang dipimpin oleh ketaatan dan kepatuhan kepada ketua dan akhlak jamaah. Ia terbina lebih awal sebelum terbinanya negara Islam di kota Madinah, bahkan ia menjadiwasilah ke arah pembinaan negara Islam yang pertama itu.


[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this link.] border="0" alt="" />
Back to top Go down
powerw00t
Major General
Major General


Malaysia
Mymil
Posts: 5988
Reputation: 227
Join date: 19/04/2010
Location: Kuala Sg Baru, Melaka

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Fri Apr 20, 2012 3:00 pm

bagus kapokbesi, perkongsian ilmu yg bermanfaat tu Smile
Back to top Go down
kapokbesi
Lieutenant
Lieutenant


Malaysia
Mymil
Posts: 635
Reputation: 106
Join date: 17/09/2011
Age: 26
Location: ولا تمشى فى الارض مرحا

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Fri Apr 20, 2012 3:40 pm

berkongsi untuk tatapan mymilan..sama2 dapat manfaat n sama2 dapat amalkan.. Smile
Back to top Go down
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR


Malaysia
Mymil
Posts: 14271
Reputation: 267
Join date: 05/06/2010
Location: Dulu Tempat Lumba Kuda

PostSubject: Re: KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani   Sat Apr 21, 2012 4:32 pm

Ungkapan seorang kawan yang bagi teman perlu direnung secara mendalam.

Quote:

"islam itu mudah, tapi ramai yg menyampah...sebab? Sebab taknak faham serta memahaminya... Walau sifat menyampah tu tak ditunjuk, namun pada perlakuan dan tutur kata, sudah terserlah nyata betapa sesatnya umat islam yg mengadu domba pada sesama, yg memisahkan agama dengan perjuangan nafsu untuk kehendak kumpulan atau ikatan rapuh memfitnah nabi... Apa ikatan rapuh itu? Kalau dah mengikut cara yahudi dan nasrani, berhibur, berpesta, melolong2 slogan, menunjuk samseng dsbnya...adakah itu yg Nabi ajari?"


FB Emzeksidi Mzcd

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.]




Leaders look at the present, Great Leaders look at the past, present and the future!

Spoiler:
 
Back to top Go down
 

KAGAT Mymil - Perbincangan Rohani

View previous topic View next topic Back to top 
Page 10 of 10Goto page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Military, Police and Security Agencies :: Umum :: Perbincangan Am-
Jump to: