Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by malarkey Fri Oct 13, 2017 10:25 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171926 messages in 1318 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

SKUAD OLIMPIK

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

SKUAD OLIMPIK

Post by pisang on Fri Jun 24, 2011 2:31 am


TAHNIAH


Malaysia tempah babak seterusnya

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD dan TAN MING WAI
sukan@utusan.com.my

Wan Zack Haikal (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Lebanon, Chadi Atie pada pertemuan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 2-1. - utusan/shahril Azman Zaini

KUALA LUMPUR - Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan Malaysia mara ke saingan peringkat kumpulan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 selepas jaringan mereka menumpaskan Lebanon 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kedua-dua gol yang hadir seawal minit ketujuh dan 40 itu turut membawa skuad bawah 22 tahun negara bimbingan Ong Kim Swee menang 2-1 secara agregat setelah terikat tanpa jaringan di Stadium Sports City, Beirut, Ahad lalu.

Pasukan pelawat yang dibimbing Samir Saad bagaimanapun cuba menyaingi ketika tuan rumah pincang beraksi dengan 10 pemain, malah berjaya merapatkan kedudukan menerusi Chadi Atie pada minit ke-64 setelah tuan rumah kehilangan pemain tengahnya, Gary Steven Robbat pada babak kedua kerana menerima kad kuning kedua.

Lebanon juga lebih awal menguji penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat menerusi tandukan Mahmoud Kojok pada minit keempat dan Mohamad Haidar (keenam) yang bagaimanapun hanya terus kepada dakapan pemain Kelantan itu.

Hanya seminit kemudian, tuan rumah menunjukkan sentuhan siapa sebenarnya yang lebih tepat dalam gerakan penyudahan apabila membuka tirai gol hasil rembatan kaki kanan Mohd. Irfan Fazail.

Ia berpunca daripada sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Mohamad Muslim Ahmad dan selepas satu percubaan jarak dekat pertama sempat diadang pemain lawan lantas stadium bergema dengan sorakan gol diraikan lebih 10,000 penyokong.

Permainan tiba-tiba diberhentikan pada minit ke-27 kerana pengadil Jepun, Toma Maasaki mengadu terdapat pancaran cahaya laser daripada penonton.

Menyambung aksi seminit kemudian, Mohamad Fandi Othman bagaimanapun mensia-siakan pula sepakan bebas tidak jauh dari petak penalti untuk menambah gol.

Minit ke-30 menyaksikan Wan Zack Haikal Wan Nor pula melepaskan peluang keemasan dengan rembatan yang tersasar daripada umpanan leret cantik Gurusamy Govandar Kandasamy yang mengatasi dua pemain pertahanan lawan.

Pada minit ke-38, satu lagi kesempatan gol buat Lebanon terbentang menerusi Haidar yang melepaskan rembatan kaki kirinya dan menewaskan Khairul Fahmi, namun hanya palang menjadi penghalang yang menghampakan pelawat.

Stadium Nasional gamat sekali lagi dengan sorakan ceria penonton apabila Wan Zack Haikal yang mendapat satu lorongan bola cantik Gary Steven Robbat menolak masuk gol kedua Malaysia sekali gus menghampakan lagi penjaga gol lawan, Mohamad Dakramanji yang cuba meluru keluar.

Meraikan gol kedua yang menjarakkan kedudukan sehingga separuh masa pertama tamat, ribuan penyokong negara berpadu tenaga untuk menyanyikan lagu patriotik, Barisan Kita.

Malang menimpa Malaysia yang terpaksa bermain dengan 10 orang sebaik sahaja permainan babak kedua mencecah lima minit apabila Gary Steven dikenakan kad kuning kedua oleh Maasaki kerana mengasari Mohamad Haidar.

Malang berganda tiba pada minit ke-64 yang menyaksikan Lebanon merapatkan kedudukan 1-2 menerusi tandukan Chadi Atie yang menewaskan Khairul Fahmi malah Mohamad Muslim yang cuba mengeluarkan bola di garisan gol, masih gagal menyekatnya.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd. Affize Faisal Mamat (Wan Zaharulnizam Zakaria), Mohamad Fadhli Mohd. Shas, Mohd. Irfan Fazail (Izzaq Faris Ramlan), Syahrul Azwari Ibrahim (Abdul Shukur Jusoh), Gurusamy Govandar Kandasamy, Gary Steven Robbat, Muhammad Zubir Mohd. Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohamad Fandi Othman.

LEBANON: Mohamad Dakramanji, Jad Noureddine, Mohamad Haidar, Omar Ouaida, Nour Mansour, Haytham Faour, Ali Bazzi, Chadi Atie (Mustapha Chahine), Kassem Leila, Mahmoud Kojok, Abdallah Taleb
avatar
pisang
Staff Sargent
Staff Sargent

Malaysia
Mymil
Posts : 261
Reputation : 36
Join date : 27/07/2010

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by powerw00t on Fri Jun 24, 2011 2:35 am

Ini sudah bagus...., tapi baru lebanon, lom lagi dgn yg dah ada nama
avatar
powerw00t
Major General
Major General

Malaysia
Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 18/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by atreyudevil on Fri Jun 24, 2011 2:47 am

syang si Robart kene red card aa, kalo tak takde la goyah skit game

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by HangPC2 on Fri Jun 24, 2011 12:52 pm

yang tak tahan tuh Jurulatih Lubnan berlagak giler...
avatar
HangPC2
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 899
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 35
Location : Langkasuka

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by manaman on Fri Jun 24, 2011 2:33 pm

Jangan puji melambung awal sgt mcm komentetar rtm dulu yg suka masuk bakul awal2, last2 hampeh. Just be gentlemen and sportmen.

manaman
Sergeant
Sergeant

Mymil
Posts : 137
Reputation : 22
Join date : 08/02/2011
Location : Wilayah

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by powerw00t on Fri Jun 24, 2011 4:37 pm

manaman wrote:Jangan puji melambung awal sgt mcm komentetar rtm dulu yg suka masuk bakul awal2, last2 hampeh. Just be gentlemen and sportmen.

aku membayangkan hasbullah awang, dia punya emo masa komentar sungguh mendirikan bulu roma.... No
avatar
powerw00t
Major General
Major General

Malaysia
Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 18/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by pisang on Fri Jun 24, 2011 5:57 pm


macam mana pula kalau zainal abidin rawop?
avatar
pisang
Staff Sargent
Staff Sargent

Malaysia
Mymil
Posts : 261
Reputation : 36
Join date : 27/07/2010

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by samuraisan on Fri Jun 24, 2011 6:48 pm

Very Happy Harimau Malaya kena lebih Agresif lagi... tapi sekurang2nya Wakil Tunggal Asia Tenggara alien
avatar
samuraisan
Major
Major

Malaysia
Mymil
Posts : 1117
Reputation : 273
Join date : 30/05/2010

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by koirazie2 on Sat Jun 25, 2011 5:55 am

go go go malaysia..
avatar
koirazie2
Warrant Officer
Warrant Officer

Malaysia
Mymil
Posts : 448
Reputation : 11
Join date : 07/04/2011
Age : 36
Location : Temerloh

http://www.facebook.com/koirazie

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by jofizo on Sat Jun 25, 2011 7:34 am

next week pre-wc plak........

jofizo
Lieutenant
Lieutenant

Mymil
Posts : 653
Reputation : 62
Join date : 21/10/2010

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by koirazie2 on Sat Jun 25, 2011 10:47 am

jofizo wrote:next week pre-wc plak........

pre-wc tu ape bro?? Embarassed
avatar
koirazie2
Warrant Officer
Warrant Officer

Malaysia
Mymil
Posts : 448
Reputation : 11
Join date : 07/04/2011
Age : 36
Location : Temerloh

http://www.facebook.com/koirazie

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by harleena on Sat Jun 25, 2011 11:18 am

koirazie2 wrote:
jofizo wrote:next week pre-wc plak........

pre-wc tu ape bro?? Embarassed

If not mistaken, wc tu world cup...

--------------------my siggy below--------------------

avatar
harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 49

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by yusri on Sat Jun 25, 2011 11:18 am

Tahniah kepada skuad Olimpik Malaysia kerana layak ke pusingan ketiga (kumpulan) semoga dapat berjuang bersungguh-sungguh seterusnya berjaya menempah tempat ke Olimpik London 2012. Very Happy
p/s: pre wc: pra kelayakan Piala Dunia 2014 lawan Taiwan pada 29 Jun 2011.

yusri
Corporal
Corporal

Malaysia
Mymil
Posts : 99
Reputation : 20
Join date : 02/06/2011
Location : Bangi

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by koirazie2 on Sat Jun 25, 2011 12:16 pm

harleena wrote:
koirazie2 wrote:
jofizo wrote:next week pre-wc plak........

pre-wc tu ape bro?? Embarassed

If not mistaken, wc tu world cup...

isehmen....malu lah plakk...
avatar
koirazie2
Warrant Officer
Warrant Officer

Malaysia
Mymil
Posts : 448
Reputation : 11
Join date : 07/04/2011
Age : 36
Location : Temerloh

http://www.facebook.com/koirazie

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by MMW on Sat Jun 25, 2011 1:43 pm

Ada 12 pasukan yang layak ke pusingan ke-3. Pasukan tersebut akan diundi dalam 3 kumpulan (4 setiap satu) Nanti akan ada permainan timbal-balas mcm mini league le (6 game (3x2). Juara kumpulan layak automatik ke olimpik.

3 pasukan tangga kedua akan berlawan antara satu sama lain untuk mendapat satu tempat untuk playoff dengan pasukan tempat ke-empat dari African zone. Pemenang lwn Africa akan layak ke Olympic.

So 12 pasukan yang akan ke pusingan ke-3 ialah:-

1. Qatar
2. Iraq
3. Bahrain
4. Australia
5. Jepun
6. Syria
7. UAE
8. Korea Selatan
9. Uzbekistan
10. Arab Saudi
11. Oman
12. Malaysia cheers cheers cheers
avatar
MMW
Colonel
Colonel

Malaysia
Mymil
Posts : 2269
Reputation : 159
Join date : 07/03/2011
Age : 46
Location : Cheras

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by pisang on Sat Jun 25, 2011 4:53 pm

Nampaknya sebelsa yang lain tu semua handal-handal belaka... semuga berjaya
avatar
pisang
Staff Sargent
Staff Sargent

Malaysia
Mymil
Posts : 261
Reputation : 36
Join date : 27/07/2010

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by 5229 on Sat Jun 25, 2011 6:30 pm

realistiknya.memang susah nk ke pusinga akhir olimpik.tapi pendedahan mamni cukup buat pemain kita semakin matang.6 game bagi wa amat bermakna..




p/s : nak satu grup dengan socceross boleh Laughing
avatar
5229
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 761
Reputation : 30
Join date : 29/08/2010
Age : 33
Location : nowhere

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by pisang on Sat Jun 25, 2011 8:52 pm

yang diketahui cuma korea selatan .. kita menang sekali
avatar
pisang
Staff Sargent
Staff Sargent

Malaysia
Mymil
Posts : 261
Reputation : 36
Join date : 27/07/2010

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by koirazie2 on Sat Jun 25, 2011 10:20 pm

MMW wrote:Ada 12 pasukan yang layak ke pusingan ke-3. Pasukan tersebut akan diundi dalam 3 kumpulan (4 setiap satu) Nanti akan ada permainan timbal-balas mcm mini league le (6 game (3x2). Juara kumpulan layak automatik ke olimpik.

3 pasukan tangga kedua akan berlawan antara satu sama lain untuk mendapat satu tempat untuk playoff dengan pasukan tempat ke-empat dari African zone. Pemenang lwn Africa akan layak ke Olympic.

So 12 pasukan yang akan ke pusingan ke-3 ialah:-

1. Qatar
2. Iraq
3. Bahrain
4. Australia
5. Jepun
6. Syria
7. UAE
8. Korea Selatan
9. Uzbekistan
10. Arab Saudi
11. Oman
12. Malaysia cheers cheers cheers

11 team ni agak2 yg mana malaysia boleh beat..?ermm...rasa2 ader chance x nak dpt tmpat kedua pastu playoff....nak dpt slot auto
tu nk kene jdi juara kumpulan....nmpak mcm mustahil juara..rasa2 lah Surprised
avatar
koirazie2
Warrant Officer
Warrant Officer

Malaysia
Mymil
Posts : 448
Reputation : 11
Join date : 07/04/2011
Age : 36
Location : Temerloh

http://www.facebook.com/koirazie

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by pisang on Sun Jun 26, 2011 2:16 am

bergantung kepada pasukan yang satu kumpulan. Insyallah...
kena jadi juara kumpulan. nak lawan afrika tu macam banyak sangat rintangannya...
avatar
pisang
Staff Sargent
Staff Sargent

Malaysia
Mymil
Posts : 261
Reputation : 36
Join date : 27/07/2010

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by jofizo on Sun Jun 26, 2011 4:49 am

kalah menang soal kedua, yg penting semangat melawan...... kalau menang tuh kira bonus la........

jofizo
Lieutenant
Lieutenant

Mymil
Posts : 653
Reputation : 62
Join date : 21/10/2010

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by bijan on Sun Jun 26, 2011 5:21 am

bravo team malaysia
avatar
bijan
Brig General
Brig General

Malaysia
Mymil
Posts : 3142
Reputation : 71
Join date : 11/10/2010
Location : Dalam Sarang ... Tengok bebird terbang depan tingkap

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by koirazie2 on Sun Jun 26, 2011 5:40 am

klau mlysia diundi ngan kump syria,uzbek,oman.mlysia...agak2 ade can tak..?ikut akal kawe yg cetek ni...3 ngra tu jer yg mlysia bleh bersaing....ker guano..?ape2 pun bravoo malaysia bravoooo Laughing
avatar
koirazie2
Warrant Officer
Warrant Officer

Malaysia
Mymil
Posts : 448
Reputation : 11
Join date : 07/04/2011
Age : 36
Location : Temerloh

http://www.facebook.com/koirazie

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by blankrasta on Sun Jun 26, 2011 6:52 am

silent .


Last edited by blankrasta on Sat Jul 07, 2012 9:23 am; edited 2 times in total

blankrasta
Major
Major

Malaysia
Mymil
Posts : 1330
Reputation : 81
Join date : 19/04/2010
Age : 29

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by koirazie2 on Sun Jun 26, 2011 7:16 am

ultras malaya mmg sempoi...
avatar
koirazie2
Warrant Officer
Warrant Officer

Malaysia
Mymil
Posts : 448
Reputation : 11
Join date : 07/04/2011
Age : 36
Location : Temerloh

http://www.facebook.com/koirazie

Back to top Go down

Re: SKUAD OLIMPIK

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum