
Military, Police and Security Agencies Established on April 2010. MyMil is a hangout place where military enthusiasts meet, fully armed with mouse, keyboard and few cups of coffee. |
Member2 baru diharapkan dapat perkenalkan diri masing2 di SINI terlebih dulu, terima kasih Off topics haven, borak sampai pengsan di Warung Kopi Pak Jabit!! Mana2 posting yg bersifat provokasi, spam dan trol akan dipadam tanpa ragu2 lagi. Sila berposting dgn berhemah. Kepada ahli2 yg tidak pernah aktif dan berposting dalam masa 20 hari dari tarikh pendaftaran keahlian anda akan DIGUGURKAN. Ini adalah untuk menggalakan forumer untuk lebih aktif berforum. Warga Mymil ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tentera Laut ke 78. Warga Berinovasi Menjana Transformasi.
To all new forumer, your membership will be DROPPED in 20 days after the registration date, this is to discourage silent lurkers in the forum.
|
| Latest topics | » LHS/Webshops / Stash Sales by yaminz Today at 4:50 pm
» Diorama WIP Plans and References by yaminz Today at 4:10 pm
» Perbincangan Mengenai 'Military Model Kits' by mumuchi Today at 3:54 pm
» Rekrut Mei 2012 by tupai tanah Today at 2:57 pm
» Pengumuman Awam/Public Service Announcement by atreyudevil Today at 2:40 pm
» Bola Cafe: International V2 by 5229 Today at 1:21 pm
» KAUNTER LUAHAN PERASAAN V3 by innocentti Today at 9:31 am
» INDUSTRI PERTAHANAN NEGARA by Panji Alam Yesterday at 9:20 pm
» Military videos by kerambit75 Yesterday at 6:34 pm
» Sembang2 Bunker Pak Jabit V37 by mumuchi Yesterday at 4:13 pm
» Astronomy Club @ Mymil by kapokbesi Yesterday at 2:24 pm
» Oil and Gas Discussion by skyline Sat May 19, 2012 7:29 pm
» The Siberian Research Institute Of Aviation Part 1 by kapokbesi Sat May 19, 2012 6:39 pm
» Laporan MAGERAN: Tragedi 13 Mei 1969 by arizain Fri May 18, 2012 10:55 pm
» Non Military Videos by Steven 12 Fri May 18, 2012 2:48 pm
» Diari MYMIL by standupper Thu May 17, 2012 2:40 pm
» Sembang MyMil - Pencarian Jodoh Atre, Tin, Bijan dan Jazim...V3 by Blitzkrieg Wed May 16, 2012 2:36 pm
» Perbincangan HUT Mymil Ke-2 by yaminz Wed May 16, 2012 12:24 pm
» 26 April 1976 - Tragedi Gubir by Laxamana Wed May 16, 2012 10:39 am
» Malaysia boleh lumpuh kerana perisik by alphawolf Mon May 14, 2012 9:30 pm
|
| Statistics | We have 335 registered users The newest registered user is tomatoman23
Our users have posted a total of 132286 messages in 987 subjects
|
| MyMil at Facebook |  |
| MyMil at Google+ Page |  |
|
Al-Fatihah and R.I.P
5
5
8
| |
| Author | Message |
|---|
kapokbesi Lieutenant

Posts: 635 Join date: 17/09/2011
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Thu Feb 09, 2012 12:25 am | |
| | kapokbesi wrote: | | Al-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam lingkungan orang-orang yang soleh.. |
| atreyudevil wrote: | | hai kapok, lama tak nampak! |
adee..tp bz skit..seminggu ni setup audio sistem utk prgrm medical student kt sni..kne monitor lgi..so, bz skit..(jgn byk2..kang kne yellow kang..hihi..) |
|  | | atreyudevil ADMIN


  Posts: 6990 Reputation: 327 Join date: 19/04/2010 Location: Kuantan
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Thu Feb 09, 2012 12:42 am | |
| hehehe sapa brani yellow! kekekeke okok.. sori ince mod! [You must be registered and logged in to see this image.]--------------------my siggy below-------------------- |
|  | | standupper Kehormat MyMil

 Posts: 2108 Reputation: 323 Join date: 04/05/2010
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Thu Feb 09, 2012 12:50 am | |
| Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama, Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan berikut:
Seorang Pegawai ATM yang sedang bertugas sebagai Pegawai Staf United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di Markas UNIFIL Lubnan telah pulang ke rahmatullah. Pegawai tersebut adalah Allahyarham Leftenan Kolonel Habibullah bin Haji Ismail, yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jabal Amel, Tyre, Lubnan akibat sakit jantung pada 6 Feb 2012 jam 8.30 malam (waktu Malaysia).
Pada hari kejadian, Allahyarham yang memegang jawatan sebagai Pengarah Awasan di Pusat Operasi Bersama, Markas UNIFIL telah mengadu sakit perut selepas selesai melaksanakan tugas. Beliau telah melapor sakit di Hospital UNIFIL yang berdekatan pada jam 1 tengahari dan ketika sedang menerima rawatan, Allahyarham telah rebah kerana diserang sakit jantung.
Beliau tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit dan telah lulus ujian perubatan sebelum dihantar ke kawasan misi. Allahyarham telah diberikan rawatan kecemasan dan intensif jantung di Hospital UNIFIL berkenaan termasuk rawatan renjatan jantung dan bantuan pernafasan. Pada 6 Feb 12 jam 6.10 petang, Allahyarham telah dipindahkan ke Hospital Jabal Amel, Tyre untuk rawatan lanjutan.
Jenazah Allahyarham telah diberikan penghormatan terakhir pada hari ini oleh Force Commander UNIFIL, Mejar Jeneral Paolo Serra, Duta Malaysia ke Lubnan,Illango Karupannan dan pegawai-pegawai kanan UNIFIL semasa upacara perbarisan penyampaian Pingat UNIFIL dan pingat oleh Angkatan Tentera Lubnan pada jam 2 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri (RHIA). Jenazah dijangka akan diterbangkan pada 5 petang ke tanahair.
Jenazah Allahyarham dijangka akan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Feb 12 jam 8.30 malam dan seterusnya akan dipindahkan ke Pangkalan Udara Subang untuk sembahyang jenazah di Masjid Pangkalan Udara Subang. Jenazah Allahyarham akan diterbangkan dengan menggunakan pesawat TUDM C-130 dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah untuk urusan pengkebumian jenazah di tempat kelahiran beliau.
Beliau telah meninggalkan seorang balu iaitu Puan Maryani bt Mahadzir dan tiga orang anak iaitu Muhammad Hilman Hafiz (13 thn), Muhammad Haziq Haikal (9 thn)dan Mirza Hadeerah (6 thn).
Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera serta seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. |
|  | | atreyudevil ADMIN


  Posts: 6990 Reputation: 327 Join date: 19/04/2010 Location: Kuantan
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Thu Feb 09, 2012 8:56 am | |
| S’wak police officer dies in Timor LesteKUCHING: An officer from the state police headquarters passed away while on assignment in Timor Leste. He was 52. Chief Inspector Benet Pawun had served in Timor Leste for 14 years and the bad news was relayed to his wife, Clare Boar, 51, at 10am on Tuesday. According to Clare, the last time she saw her husband was on Christmas last year when he was 20 days’ holiday in Serian. Benet was believed to have died from dengue fever. “I was shocked when I was told that my husband had passed away. He called me recently asking about our children. We missed him so much and his passing is a great loss to us,” she lamented. Benet left behind six children aged from 17 to 32. His body is expected to be transported back to the state next week. State CID chief, SAC Zulkifli Hasan said that currently the state police had not received a full report on Benet’s demise from Timor Leste. He said so far the cause of his death had not been officially determined. [You must be registered and logged in to see this link.] --------------------my siggy below-------------------- |
|  | | atreyudevil ADMIN


  Posts: 6990 Reputation: 327 Join date: 19/04/2010 Location: Kuantan
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Tue Feb 14, 2012 10:23 pm | |
| | Quote: | UCAPAN TAKZIAH : GUGURNYA SEORANG ‘BLUE BERET’ DARI PDRM.
Pada 7 Febuari 2012, lebih kurang jam 10.15 pagi, Insp. Benet AK Pawun, 52 tahun, telah meninggal dunia di kediamannya di Manlueuna, Comoro, Dili. Menurut rakan mendiang, KPL. Noordin bin Kamat, pintu bilik mendiang diketuk beberapa kali namun tiada respon dan panggilan telefon juga tidak dijawab. Pasukan UNPOL kemudiannya mendapati mendiang telah meninggal dunia.
Hasil bedah siasat sepasukan pegawai perubatan diketuai Dr. Maria Biceida Aguero Ramos (Supervisor Forensic Pathology) dibantu oleh Dr. Nurul Islam di Dili National Hospital Guido Valadares tidak dapat mengesahkan sebab kematian setakat ini kerana sampel-sampel yang diambil perlu dihantar ke Darwin, Australia untuk tujuan analisa.
Mendiang yang berasal dari Serian, Sarawak meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Mendiang mula berkhidmat dalam PDRM pada 1 April 1980, dan bertugas di IPK Sarawak sebelum menyertai Misi PBB di Timor Leste (UNMIT) pada 14 Oktober 2011 bersama-sama dengan dua belas orang ‘Blue Beret’ atau Pegawai Polis PBB yang diketuai oleh DSP Loi Poo Lang. Selepas menjalani latihan induksi di Induction Training Centre (ITU), Obrigado II, Dili, Timor Leste, mendiang telah ditempatkan di Border Patrol Unit, Lapangan Terbang Dili sebagai Pegawai Peronda Polis PBB.
Ketua Polis Negara serta seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan taulan mendiang.
[You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
sitrep
|
R.I.P!--------------------my siggy below-------------------- |
|  | | venez ADMIN


  Posts: 14593 Reputation: 337 Join date: 19/04/2010 Age: 33 Location: Selangor
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Fri Feb 17, 2012 2:30 pm | |
| RIP... --------------------my siggy below-------------------- |
|  | | yinchet Lt Colonel


  Posts: 1501 Reputation: 189 Join date: 10/02/2011 Age: 26 Location: Petaling Jaya
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Fri Feb 17, 2012 2:59 pm | |
| |
|  | | Steven 12 Warrant Officer


 Posts: 428 Reputation: 95 Join date: 19/11/2011 Location: Between the bluesky & planet earth
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Thu Feb 23, 2012 8:28 pm | |
| Almost complete list of our efos aircrash since 80's.... [You must be registered and logged in to see this link.](speial thanks to blog owner: [You must be registered and logged in to see this link.]) Two of my friends - Mej Alias Bakar & Leut. Muda Man Affendi is my ex-schoolmate & ex-ITM friend respectively... Alfatihah & RIP my friend... May Allah Bless your Soul dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman... |
|  | | standupper Kehormat MyMil

 Posts: 2108 Reputation: 323 Join date: 04/05/2010
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Sun Apr 01, 2012 10:08 pm | |
| Komander Markas Udara di Cawangan Udara TLDM meninggal dunia. al-Fatihah.. [You must be registered and logged in to see this image.]TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) KEHILANGAN SEORANG PEGAWAI YANG BERWIBAWA 1. Warga TLDM hari ini dikejutkan dengan berita pemergian Kepten Ahmad Shukri bin Hj Mohd Yunus TLDM yang merupakan Komander Markas Udara di Cawangan Udara TLDM (CUT). Jenazah Kepten Ahmad Syukri, 49, yang meninggal dunia pada petang semalam akibat sesak nafas sewaktu menjalani aktiviti konvoi bermotosikal ‘Big Bike’ ke Terengganu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 1, Jalan Teras Bentong Pahang kira-kira pada pukul 11.30 pagi ini. 2. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek, Bandar Bentong dan diimamkan oleh Imam Besar masjid berkenaan. Kawalan jenazah turut dilaksanakan oleh pegawai dan anggota dari KD RAJAWALI dan urusan jenazah turut dibantu oleh warga Markas Wilayah Laut 1 dan 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RMAD), Bentong. Pemergian Allahyarham cukup memberi kesan pada warga Cawangan Udara TLDM dan TLDM kerana beliau merupakan pemerintah tertinggi di Cawangan Udara TLDM dan merupakan seorang yang berwibawa dan dedikasi sepanjang perkhidmatannya. 3. Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin bin Ali turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya, Kg Baru, Bentong Pahang. Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada TLDM dan jasa serta pengorbanan Allahyarham akan dikenang oleh seluruh warga TLDM. 4. Antara yang hadir ialah Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato' Abd Hadi bin A. Rashid, Ketua Pengarah Material Markas Tentera Laut, YBhg Laksamana Muda Dato' Mohd Noh bin Lebai Mahat, Panglima Wilayah Laut 1, YBhg Laksamana Pertama Dato' Pahlawan Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli serta beberapa pegawai kanan TLDM. 5. Pengkebumian Allahyarham hari ini turut dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan serta jiran terdekat yang mengenali beliau. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Norkasdilela bte Ramli dan empat orang anak. Salam takziah dihulurkan daripada seluruh warga TLDM kepada keluarga Allahyarham, semoga roh beliau dicucuri rahmat bersama-sama orang yang soleh. |
|  | | Akmal3110 Lieutenant


 Posts: 575 Reputation: 44 Join date: 15/10/2011 Age: 22 Location: Bravo
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Mon Apr 02, 2012 9:53 am | |
| |
|  | | atreyudevil ADMIN


  Posts: 6990 Reputation: 327 Join date: 19/04/2010 Location: Kuantan
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Mon Apr 02, 2012 9:57 am | |
| Al-Fatihah dan Takziah R.I.P --------------------my siggy below-------------------- |
|  | | yaminz MODERATOR


 Posts: 8755 Reputation: 182 Join date: 23/04/2010 Age: 33
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Mon Apr 02, 2012 10:27 am | |
| Salam takziah buat keluarga... al-fatihah... |
|  | | jebat2000 MODERATOR


 Posts: 823 Reputation: 80 Join date: 21/04/2010 Age: 50 Location: jitra
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Mon Apr 02, 2012 11:49 pm | |
| | standupper wrote: | Komander Markas Udara di Cawangan Udara TLDM meninggal dunia. al-Fatihah..
[You must be registered and logged in to see this image.]
. |
arwah ni suka memancing. alfaatihah--------------------my siggy below--------------------[You must be registered and logged in to see this image.] |
|  | | kapokbesi Lieutenant


  Posts: 635 Reputation: 106 Join date: 17/09/2011 Age: 26 Location: ولا تمشى فى الارض مرحا
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Mon Apr 02, 2012 11:59 pm | |
| al-fatihah..semoga roh beliau sentiasa didalam rahmat Allah SWT.. |
|  | | atreyudevil ADMIN


  Posts: 6990 Reputation: 327 Join date: 19/04/2010 Location: Kuantan
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Wed Apr 04, 2012 9:32 am | |
| Al-fatihah dan salam takziah diucapkan kepada Cip Ven dan keluarga Abang Cip Ven terhadap pemergian anak saudara cip dan anak kepada abang cip.
semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang2 beriman. --------------------my siggy below-------------------- |
|  | | harleena MODERATOR


  Posts: 3974 Reputation: 63 Join date: 19/04/2010 Age: 44
 | Subject: Re: Al-Fatihah and R.I.P Wed Apr 04, 2012 4:33 pm | |
| Al-fatihah buat keluarga Venez. Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan dari Allah. --------------------my siggy below--------------------[You must be registered and logged in to see this image.] |
|  | | |
| Page 7 of 8 | Goto page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  |
| | Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|