Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by Laxamana Mon Oct 23, 2017 9:35 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171929 messages in 1318 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Cerita Rakyat

View previous topic View next topic Go down

Cerita Rakyat

Post by standupper on Sun May 29, 2011 9:04 am

Cerita Emak Tentang Jatuhnya Pesawat Pengebom B29 di Kampung Kami



by Abdul Hamid Ahmad, 29 May 2011


Kelmarin 28 Mei 2011, aku dan Safwan duduk bersama Emak di meja dapur selepas sarapan pagi yang panjang. Emak kami sememang gemar bercerita tentang kisah lama-lama, tentulah Emak sudah melihat banyak hal tentang susah senangnya hidup. Masih banyak yang Emak masih ingat. Asalnya Emak menyebut bahawa dulu keluarga kami ini sememang tidak banyak yang dimiliki – maklum sajalah keadaan hidup ketika itu. Atuk bukan bekerja makan gaji – ketika itu jika kerja makan gaji sudah cukup lumayan hidup. Atuk adalah manusia yang membina kehidupan dengan kudrat, yang asalnya sememangnya tiada bertanah. Di rumah ketika akan berkahwin dengan Abah, kata Emak, cuma ada 7 buah pinggan. Tujuh buah! Maka ketika akan berkenduri, Enek meminjamlah pada jiran sekeliling rumah termasuklah di rumah Uwan Ateh Iyah. Periuk juga tidak sempurna, kuali sememang tidak ada.

Pada suatu hari, ketika Emak masih kanak-kanak, kapalterbang jatuh di kampung kami. Kata Emak, namanya B29 – tak boleh lupa, katanya lagi. [Tarikh sebenar peristiwa ini adalah pada 11 Januari 1945 – boleh dibaca di sini [You must be registered and logged in to see this link.] Umur Emak pada ketika itu barangkali dalam 10 atau 11 tahun. Sebenarnya kapalterbang itu besar sekali kerana ia adalah sebuah pesawat pengebom berinjin empat milik pasukan tentera Amerika. Kata Emak, badan pesawat ini jatuh di kawasan sawah padi di Kampung Padang. Agaknya sekarang ini tempat ini dapat dilihat terus daripada kawasan jalanraya depan rumah Kak Ita Rahmat, depan kedai Gani Kiding. Ekornya telah putus dan jatuh menimpa dapur rumah Tok Hj Talib, datuk sahabatku si Moran. Ia terbakar dan berasap berhari-hari.

Kata Emak, air di sawah padi pada ketika itu kelihatan berwarna warni, tetapi bila dipijak, rupa-rupanya minyak! Dapat kulihat Emak masih menceritakan pengalamannya sebagai seorang kanak-kanak. Mereka beramai-ramai pergi melihat. Bau minyak memenuhi segenap ruang.

Ada gambar pesawat yang jatuh ini di sini

Cebisan-cebisan besar pesawat ini jatuh di merata tempat. Sayapnya patah dan putus di udara. Sebahagian jatuh di Tiga Bato (hilir kampung kami).

“Dihimpok-e kobau ‘ontuo Cayut Tigo Bato nua hah, mati!”, Kata Emak.
“Oghang putih nan jatuh di Kolomobuk tu, ando pistol-e. Dapek dek Tuk Aseh pistol-e tu, dijual-e kek Cino Omeh”, Kata Emak lagi.

Tidak lama kemudian, kata Emak, perangpun tamat – Jepun telah menyerah di Singapura. Bangkai pesawat B29 masih di situ dan mula dikerjakan oleh penduduk kampung. Ada yang menggunakannya untuk membuat tutup pintu pagar, ada yang hanya mengambil dan menyimpan saja. Satu ketika, ada tukang logam berbangsa Cina yang datang dan duduk di Semerbok. Kerjanya mengambil upah menukang besi dan logam. Orang-orang di kampung kami telah pergi membawa cebisan aluminium pesawat ini dan menempahnya menjadi kuali, periuk dan macam-macam benda. Atuk juga tidak ketinggalan. Ditempahnya tiga buah periuk, besar, sedang dan kecil. Aku sempat melihat dan makan nasi dan gulai yang telah dimasak di dalam periuk itu. Kini semuanya sudah berlubang, tetapi sempat periuk ini bantu membesarkan semua 12 orang anak-anak Emak dan Abah.

Aku pernah lihat periuk kecil itu dengan tudungnya sekali, yang dua lagi sememang tidak bertudung. Semasa bulan puasa, Emak rebus mi sanggul dipengat bersama pisang masak. Bila sembelih ayam, Emak gulai dalam periuk yang sederhana itulah. Periuk-periuk itu semua tidak pernah putih bahagian luarnya, ia tebal dengan jelaga dan tak perlu cuci sebab keluarga kami sememang masak nasi dan bertanak gulai tiga kali sehari – pagi, tengahari dan malam. Nasi juga tak pernah sempat basi di dalam periuk!


Anggota yang mati telah disimpan oleh rakan-rakannya di dalam ladang getah milik Hj Ujang di Semerbok. Namanya S/Sgt RE Spratt. Kemudian, empat anggota yang tidak mati telah dihantar oleh orang-orang kampung kami kepada Gerila Parti Komunis di Kendong, termasuk seorang yang tersangkut di dahan kayu di Kg Batang Merbok di ulu kampung kami. Orang-orang kampung yang terlibat, kata Emak, ialah Sudin Sidek, Ujang Tuk Aseh, Long Berahin (Ibrahim Wahab) dan Tuk Talid Kogho (Talib Kera). Pada pendapatku, ada orang kampung kami yang ada kaitan dengan gerila di Kendong. Pada ketika peristiwa ini berlaku, khabar telah datang bahawa Jepun akan tiba dan menghukum penduduk kampung kami yang telah membantu pasukan gerila. Orang-orang kampung telah mengutip wang seringgit dan segantang beras. Semua dilakukan dengan rundingan melalui gerila di kampung kami dengan gerila operatif di hutan. Kata Emak, kalau sempat Jepun tiba, Emakpun tak ada, dan kami semuapun tak ada di mukabumi ini kerana Emak akan telah mati dibunuh beramai-ramai. Itu tidak berlaku dan tak bolehlah ini menjadi tuduhan.


Tak sampai setengah tahun kemudian, Jepun menyerah kalah dan perang tamat. Bintang Tiga tiba-tiba mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jepun. Ini peristiwa yang cukup besar juga. Selama 17 hari terjadi peristiwa-peristiwa yang menjadi kenangan pahit kepada penduduk Melayu di kawasan sebelah sini. Beberapa penduduk telah digantung sampai mati di khalayak dan beritanya disampaikan kepada penduduk kamung kami oleh anggota gerila sendiri. “Lidahnya Ahmad Monti terjelir panjang! Aku tengok sendiri, tadi!” kata orang itu kepada penduduk kampung kami.

Kata Emak, Pakcik Rebo, ayah sahabatku yang manis Siti Fatimah, juga terjadual untuk dibunuh oleh mereka. Oleh kerana perundingan berkaitan beberapa hal, Pakcik Rebo tidak jadi diambil. Maka lahirlah kami semua dan aku sempat bersahabat dengan Timah untuk beberapa ketika.

British datang semula dan menyusun pemerintahan, gerila komunis masuk ke hutan. Perang adalah tipu helah!

Sebenarnya peristiwa jatuhnya pesawat pengebom B29 ini tidak tamat begitu sahaja. Pasukan British, setelah memerintah semula di Malaya , telah menghantar pegawai-pegawainya mencari penduduk kampung kami yang telah membantu menyelamatkan anggota pesawat B29 itu. Mereka itu ditawarkan kerja jika sesuai.

Sudin Sidek tidak mahu bekerja di Singapura – dia telah diberikan ganjaran wang. Long Berahin tidak sekolah dan tidak dapat melakukan kerja-kerja menulis. Dia juga diberikan hadiah serupa. Tuk Talid (gelarannya tak usahlah disebut lagi) sudah terlalu tua untuk bekerja, dan dia juga diberikan wang. Cuma Ujang Tuk Aseh sahaja yang meneriwa tawaran bekerja di Singapura. Dia menjadi kerani di jabatan kastam. Boleh tahan juga hidupnya – dia membeli motosikal besar. “Besar sungguh!” Kata Emak. Tapi dia mati kemalangan, motosikal ini jatuh bersamanya ke dalam laut di Johor.

Begitulah cerita Emak. Kini sudah banyak betul pinggan di dapur Emak. Kata Emak, dua buah pinggan yang dipinjam ketika Emak bernikah masih ada dalam simpanan kerana Abah sudah tinggal bersama di dalam keluarga Emak. Sehingga beberapa tahun dan ada duit sedikit, Abah dan Emak membeli pinggan lagi. Dua buah pinggan itu dipulangkan kepada orang yang empunya, dan mereka menerimanya semula.

Habis.





*Cerita ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Abdul Hamid Ahmad, Pengarah Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan UMS.

avatar
standupper
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3271
Reputation : 630
Join date : 04/05/2010

Back to top Go down

Re: Cerita Rakyat

Post by standupper on Sun May 29, 2011 9:44 am

Hasil kreativiti dari serpihan B-29!

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]
avatar
standupper
Kehormat MyMil

Mymil
Posts : 3271
Reputation : 630
Join date : 04/05/2010

Back to top Go down

Re: Cerita Rakyat

Post by alphawolf on Sun May 29, 2011 10:08 am

Pehh hi-grade aluminium tu!

--------------------my siggy below--------------------

"Look, you stupid b*****d, you've got no arms left"
"Yes I have!"
"LOOK!"
"It's just a flesh wound"
avatar
alphawolf
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 1457
Reputation : 196
Join date : 18/10/2010
Location : "Sitting Elephant"

Back to top Go down

Re: Cerita Rakyat

Post by powerw00t on Sun May 29, 2011 1:41 pm

Sesuai utk suami yg ingin bermadu, periuk terbang pastinya begitu sinonim dgn benda yg pernah terbang!
avatar
powerw00t
Major General
Major General

Malaysia
Mymil
Posts : 7424
Reputation : 360
Join date : 18/04/2010
Location : Kuala Sg Baru, Melaka

Back to top Go down

Re: Cerita Rakyat

Post by Steven 12 on Fri Dec 23, 2011 10:29 pm

powerw00t wrote:Sesuai utk suami yg ingin bermadu, periuk terbang pastinya begitu sinonim dgn benda yg pernah terbang!


wakakakakakaaaaaaa... terbaik broo!!!

- teringat kesah kat kampung aku dulu2 zaman belom perang... ada sorang pakcik tu azan kuat2 kat tengah2 sawah padi sebab takut ingatkan hantu tinggi, rupanya kapalterbang british terbang rendah... ekekekekeee..
avatar
Steven 12
Captain
Captain

Malaysia
Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth

Back to top Go down

Re: Cerita Rakyat

Post by kapokbesi on Fri Dec 23, 2011 11:52 pm

teringat jugk cite pak long den yg pernah bertugas kt Bintulu dulu masuk keluar hutan n balik rumah naek trak, bawak M-16..
avatar
kapokbesi
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 968
Reputation : 181
Join date : 17/09/2011
Age : 31
Location : ولا تمشى فى الارض مرحا

Back to top Go down

Re: Cerita Rakyat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum