Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by atreyudevil Sun Feb 05, 2017 6:23 pm

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171925 messages in 1318 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

View previous topic View next topic Go down

Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil on Thu May 29, 2014 1:21 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 1: Perasmian dan Demonstrasi Force Down

Oleh Rentaka Editorial Team

Pada 26 Mei 2014, Rentaka Editorial Team telah dijemput untuk menghadiri Hari Media Bersama MINDEF  & TUDM di Pengkalan Udara Kuantan. Kumpulan Editorial dari Kuantan telah diberi peluang untuk hadir untuk membuat liputan hari tersebut. Kami tiba di Pengkalan Udara Kuantan pada 0740 pagi, Dari situ kami dibawa ke Markas Pergerakan Udara dan diberi sedikit taklimat oleh anggota Provos yang bertugas sambil menunggu rakan media dari Kuantan yang lain. Kami diberikan baju, topi, tuala kecil dan beg untuk digunakan sepanjang acara hari media.

Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM
Lebih kurang pukul 8.15 pagi, pesawat CN-235 yang membawa Panglima Tentera Udara (PTU) serta tetamu-tetamu kehormat yang lain tiba. Kami diberitahu supaya bersedia untuk mengambil tempat kerana rakan-rakan media yang lain akan tiba sebentar lagi dengan pesawat lain dan demonstrasi force down akan dilakukan terhadap pesawat yang meraka naiki.


CN-235-220M yang membawa tetamu VIP


Panglima Tentera Udara JENERAL TAN SRI DATO’ SRI RODZALI BIN DAUD TUDM

Khemah Media dan VIP
Dari jauh kami dapat melihat sebuah C-130 Hercules yang diiringi rapat oleh 2 buat pesawat MIG-29N sedang menuju ke landasan. Pesawat C-130 itu kemudian diiringi ke arah khemah media dan VIP sambil diiringi oleh pasukan PASKAU yang kemudian membuat satu kawasan perimeter keliling pesawat sebaik sahaja pesawat berhenti. Apabila pesawat berada dihadapan khemah VIP, pintu ramp dibelakang diturunkan dan sepasukan lagi pasukan PASKAU menyerbu kedalam pesawat C-130 tersebut. Kesemua rakan media diminta turun dengan tangan diatas kepala dan didalam keadaan teratur.


Pesawat C-130 dan pesawat pejuang MIG-29N beraksi semasa demonstrasi force down

C-130 yang membawa para peserta media dari Kuala Lumpur yang diiringi masuk

Pasukan PASKAU menyerbu kedalam pesawat C-130

Salah seorang anggota PASKAU didalam keadaan bersedia

Para peserta media diminta untuk keluar didalam keadaan teratur dan tenang.
Suasana menjadi tegang apabila beberapa suspek pengganas telah ditahan oleh pasukan PASKAU dan berlaku sedikit pergelutan diantara pasukan PASKAU dan suspek-suspek pengganas yang cuba melawan. Keadaan kemudiannya terkawal apabila suspek ditahan dan dibawa pergi sekaligus pasukan PASKAU turut berundur. Kumpulan media diterangkan bahawa ini adalah SOP apabila terdapat pencerobohan oleh pesawat asing dimana pesawat itu akan di paksa untuk mendarat dan kesemua anak-anak kapal akan ditahan dan dibawa untuk tindakan selanjutnya.

Salah seorang suspek pengganas ditarik oleh pasukan PASKAU.

Suspek pengganas ditahan, dan dibawa pergi untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan PASKAU berundur setelah selesai operasi
PTU kemudian dijemput untuk menerima tabik hormat kawalan suku. Selepas itu PTU menjemput rakan-rakan media untuk majlis sarapan serta kata-kata aluan oleh PTU dan perasmian Hari Media MINDEF dan TUDM.


Tabik Hormat Kawalan Sukuk

PTU menerima tabik hormat

Majlis bersarapan, alu-aluan dan perasmian Hari Media bersama MINDEF dan TUDM
Bersambung dibahagian ke 2...

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil on Thu May 29, 2014 1:23 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 2: Demonstrasi pasukan Paskau G-FAC

Oleh Rentaka Editorial Team

Selesai acara perasmian dan bersarapan, pasukan media dibawa semula ke kawasan khemah media dan VIP untuk demonstrasi yang seterusnya. Demo yang kedua ini ialah demonstrasi penyusupan pasukan PASKAU G-FAC atau Ground Forward Air Control melalui udara. Pasukan yang terdiri daripada 8 anggota ini akan memasuki kawasan konflik untuk memusnahkan sasaran penting melalui pengeboman dari udara atau “Air Strike” menggunakan bom panduan laser atau LGB.


Para penerjun dari pasukan PASKAU G-FAC

Salah satu daripada ahli pasukan tersebut membawa satu unit Ground Laser Target Designator (GLTD). Ahli pasukan yang ditugaskan untuk membawa GLTD akan mengikat alat tersebut di kaki beliau semasa membuat penerjunan  dan sebelum mendarat, alat tersebut perlu dilepaskan terlebih dahulu sebelum beliau melakukan pendaratan. Pasukan G-FAC ini kemudiannya akan berkumpul semula dan bergerak ke arah kawasan objektif. Sebaik sahaja sasaran dikesan di kawasan objektif, GLTD tadi akan dipasang serta dihidupkan. Sasaran kemudiannya akan ditanda dengan menggunakan GLTD sebelum pesawat pejuang melepaskan bom panduan laser. Sebaik sahaja kepala penderia bom mengesan pancaran laser, ia akan mengikuti pancaran laser tadi hingga ke sasaran. 

Perhatikan GLTD pada kaki penerjun

GLTD dilepaskan sebelum penerjun mendarat diatas tanah

Sasaran ditandakan oleh pasukan G-FAC PASKAU
Setelah beberapa ketika, pesawat pengeboman dari jenis Hawk 208 membuat lintas lalu dan diikuti oleh beberapa siri letupan piroteknik.

Pesawat Hawk 208 melakukan bombing run
Apabila sasaran dimusnahkan, pasukan G-FAC akan berkumpul akan berkumpul semula untuk tujuan dikeluarkan secara SPIE-RIG dengan bantuan EC725 TUDM dari kawasan konflik. Salah satu dari anggota G-FAC akan melontarkan bom asap kuning sebagai tanda untuk membolehkan pesawat EC725 mengenalpasti kedudukan dan menuju ke arah mereka. Tali dikeluarkan dari helikopter dan pasukan G-FAC tadi akan mengambil kedudukan masing-masing untuk dibawa keluar dari situ.


Berkumpul dan bersedia untuk dikeluarkan

Bom asap sebangai tanda kedudukan mereka

Kabel diturunkan untuk proses SPIE RIG
Bersambung ke bahagian ke 3...

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil on Thu May 29, 2014 1:24 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 3: Pameran Statik

Oleh: Rentaka Editorial Team

Sebaik sahaja demonstrasi oleh pasukan G-FAC usai, kumpulan media dibawa melihat pameran static oleh TUDM. Kumpulan media disini dapat melihat serta beramah mersa dengan pasukan dan krew-krew yang yang terlibat. Antara pameran-pameran statik yang sempat dilawati ialah pameran pesawat EC725, MIG-29N, Hawk 208 dan booth PASKAU. Tak begitu banyak masa yang dapat diluangkan disemua tempat kerana kesuntukan masa. Namun dalam masa yang singkat itu banyak soalan dapat ditanya kepada krew-krew yang mengendalikan pesawat di hadapan dan di belakang tabir serta anggota lain yang terlibat.

EC725 Super Cougar

EC725 Super Cougar

Namun pameran yang paling mencuri tumpuan adalah pesawat penunda sasaran LearJet 35A. Pesawat ini berfungsi untuk menunda sasaran udara bagi membolehkan latihan tembakan meriam dilakukan secara realistik. Untuk menjadikan latihan lebih realistik, pesawat ini turut boleh membawa pod penyerakan elektronik (ECM) untuk menyerak radar pemantauan dan radar kawalan tembakan serta Targeting Pod. Kumpulan media kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan pas media yang telah diberikan sebelum iaitu samada kumpulan A dan B. Kumpulan-kumpulan ini kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan mengikut kumpulan tadi dan Rentaka berada di dalam kumpulan A

Pesawat penunda sasaran Learjet 35A yang dipasang dengan pod penyerakan elektronik dan Targetting Pod
Bersambung part 4...

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil on Thu May 29, 2014 1:26 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 4: Alert Hangar dan Operasi Pemintasan “Curiga”.

Oleh Rentaka Editorial Team

Bas telah membawa kumpulan media ke Alert Hangar di mana pesawat-pesawat pemintas QRA (Quick Reaction Alert) ditempatkan di dalam keadaan siap siaga untuk pemintasan pesawat asing. Sebelum menaiki bas, setiap ahli media diberi penyumbat telinga atau “Ear-Plug”. Sebaik memasuki bilik operasi, kumpulan media telah diberi taklimat oleh Mejar Jeneral Dato Sri Hj Affendi Buang dan Lt. Kol Sebastian mengenai fungsi dan peranan Alert Hangar. Media kemudiannya telah ditunjukkan simulasi pemintasan pesawat asing oleh pesawat MIG29N, dari pada saat isyarat memintas dikeluarkan oleh NADOC (National Defence Operation Center) untuk operasi pemintasan (OPS CURIGA).



Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Lt. Kol Sebastian William TUDM (di belakang)

Carta kesiagaan atau Readiness Chart dimana kesiagaan tahap "RedCon 4" ialah tahap normal.

gambar sekitar Alert Hangar
Media turut ditunjukan pesawat yang berada dalam keadaan  status "Alert 3" dimana juruterbang akan sentiasa bersedia didalam kokpit dengan enjin dihidupkan dan "Alert 5" serta dimana pesawat akan diberlepas dari landasan dalam masa 5 minit selepas arahan memintas diberikan. Simulasi dimulakan dengan panggilan telefon dari NADOC yang memberi arahan memintas. Arahan kemudiannya disahkan dan siren dibunyikan sebagai isyarat pemintasan telah diberikan. Simboliknya sempena hari Media hari ini siren telah ditekan oleh Panglima 1 Div Udara, YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif.

Pesawat MiG-29N sedang berada dalam status "Alert 3".

56 on the top of the tail fin

There goes 1 Taufan Ganas

Now there is 2 Taufan Ganas

Kilau - kilau Taufan Ganas. Afterburner On
Bersambung ke bahagian ke 5...

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil on Thu May 29, 2014 1:28 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 5: 320 Squadron dan Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Komunikasi

Oleh Rentaka Editorial Team

Kumpulan media kemudiannya dikumpulkan semula didalam kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kumpulan-kumpulan ini akan mengikuti lawatan yang telah ditetapkan tadi dan tetapi mengikuti turutan berbeza untuk mengelakan kesesakan. Tempat persinggahan pertama kumpulan A ialah melawat 320 Squadron Operation Center atau SOC02 iaitu sebuah squadron radar. Kami diberi sedikit penerangan oleh Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, YBhg Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM, yang turut mengetuai kumpulan kami sebelum taklimat penuh oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kolonel Ruzman TUDM, mengenai bidang kuasa, misi, visi dan fungsi squadron tersebut serta sejarah squadron dan radar-radar dibawah tanggung jawab TUDM. Kami berpeluang untuk menyaksikan pergerakan pesawat di ruang udara Malaysia secara langsung dan keadaan didalam bilik kawalan melalui tv yang disediakan serta proses-proses yang akan dilakukan sekiranya keadaan yang tidak diingini berlaku seperti pencerobohan masuk oleh pesawat luar, atau pesawat yang lari dari rancangan penerbangan (flight plan) mereka serta prosedur yang akan dilakukan.


Taklimat dari Lt. Kol Ruzman TUDM mengenai sejarah, visi dan misi SOC02

The Command and Control Centre secara langsung dari CCTV

Prosedur asas di dalam operasi pemintasan
Kami juga diberi penerangan mengenai sistem C2 Sentry Command and Control Air Defense Battlespace Management System oleh Kapten Hasmiza TUDM dimana turut dipertontonkan situasi pertarungan udara 4 melawan 2 iaitu 4 pesawat Hawk callsign Red dan 2 pesawat Sukhoi 30MKM callsign Blue. Sistem ini akan memaparkan objektif misi, formasi, taktik dan callsign pesawat yang terlibat. Di dalam situasi ini 4 pesawat Hawk di dalam misi untuk menyerang 2 pesawat Sukhoi yang berperanan sebagai penceroboh. Boleh dilihat di dalam gambar, bahawa jelas menunjukan bagaimana sistem ini berfungsi dan peranan untuk mencipta “situation awareness” di kalangan juruterbang-juruterbang TUDM agar mereka mempunyai kelebihan didalam setiap situasi dan memantau pergerakan serta merancang strategi yang akan memberi kelebihan kepada mereka.

Simulasi 4 Hawk vs 2 Su-30MKM
Sekolah kawalan trafik udara dan komunikasi
Kami kemudian dibawa kepada Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Komunikasi atau Air Traffic Control and Communication School. Disinilah bakal anggota kawalan udara akan dilatih sebelum diberi kepercayaan untuk memikul tugas yang sebenar. Didalam bangunan ini terdapat simulator yang memberikan pandangan 360 darjah seakan-akan pelajar itu berada diatas menara kawalan yang sebenar.

Pelajar akan dilatih untuk menghadapi semua keadaan sebenar di mana mereka akan dilatih untuk menghadapi sebarang masalah yang timbul dan cara terbaik untuk menangani masalah tersebut. Mesin simulator ini dapat memberikan sebarang scenario melalui yang telah ditetapkan sama ada keadaan hujan atau cerah, malah bersalji serta siang atau malam dengan apa-apa jenis pesawat yang telah diprogram terlebih dahulu.

Bersambung ke bahagian ke 6...

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil on Thu May 29, 2014 1:29 pm

Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 6: Bangunan (Air Combat Manoeuvring AND InstrumentS) ACMI dan Simulator MIG-29N


The ACMI Building
Oleh Rentaka Editorial Team

Bangunan ACMI ialah destinasi seterusnya dan disini kami diberi penerangan sekali lagi oleh Lt. Kol. Sebastian William TUDM mengenai ACMI. Sistem ACMI amat membantu dalam menajamkan lagi kemahiran juruterbang pejuang dalam pertempuran udara. Ini adalah kerana setiap keputusan dan pergerakan yang dilakukan oleh juruterbang dan pesawatnya akan direkodkan dan ini membolehkan para pelatih dan juruterbang untuk mengenal pasti kesalahan- kesalahan taktikal yang telah dilakukan sewaktu penerbangan semasa taklimat di dalam kelas. Sistem ACMI membolehkan juruterbang untuk melihat secara menyeluruh pertempuran udara yang telah disertai dan mempelajari apakah impak terhadap langkah taktikal yang telah mereka ambil serta cara- cara untuk berjuang dengan lebih efektif.

Pod ACMI bukanlah hanya sekadar merekod pergerakan pesawat tetapi juga dapat mensimulasikan pelancaran peluru berpandu serta tembakan meriam pesawat dan mengira peratus kebarangkalian untuk pesawat musuh ditembak jatuh.  Jika peratus tembakan adalah melebihi 70%, maka tembakan tadi akan dikira sebagai berjaya mengenai sasarannya.. Tim Rentaka turut dipertontonkan satu pertempuran antara 2 pesawat MiG-29N (Taufan Ganas) dan 2 pesawat Hawk (Madah) dimana sudut pandangan pertempuran antara 2 kumpulan tersebut adalah seolah-olah dari pandangan juruterbang. Sehingga kini hanya Su 30 MKM yang masih belum dapat menggunakan pod ACMI tetapi dalam proses untuk pemasangan.

Simulasi pertarungan udara antara 2 MiG-29N dan 2 Hawk 208

Senario di mana 2 pesawat MiG (Merah) dan 2 Pesawat Hawk (Kuning) didalam latihan pertempuran udara jarak dekat atau Dogfight".

ACMI pod dapat mensimulasikan pandangan dari kokpit juruterbang
Bangunan simulator mig-29n 17 squadron
Selesai di bangunan ACMI, kami dibawa pula ke bangunan yang menempatkan 2 simulator MiG-29 yang terletak berhadapan dengan bangunan ACMI. Di sini kami dapat melihat bagaimana bakal-bakal juruterbanng pesawat pejuang MiG-29 dilatih untuk mengendalikan pesawat dengan menggunakan simulator. Simulasi ini dibina serupa dengan kokpit pesawat sebenar kerana ini untuk membolehkan pelatih untuk membiasakan diri dengan keadaan sebenar dan tahu setiap kedudukan peralatan, dial dan suis yang penting. Simulator ini juga memberi peluang untuk bakal juruterbang untuk berlatih mengendalikan pesawat dalam situasi tertentu atau melakukan misi tertentu sebelum melakukannya secara amali.

Kerangka utama komputer yang mengawal segala program untuk simulator MiG-29N
Simulator ini juga dapat memberi pelbagai senario dan pelbagai keadaan cuaca kepada juruterbang seperti terbang di dalam keadaan hujan atau di waktu malam.  Disamping itu simulator ini juga dapat mensimulasi keadaan mencemaskan, seperti keadaan kerosakan enjin atau peralatan instrument penting. Ini adalah untuk melatih juruterbang untuk bersedia dan mempraktikan prosedur yang telah diajar untuk menangani situasi tersebut jika berlaku kepada pesawat mereka. Para wakil media juga turut diberikan peluang untuk mencuba simulator tersebut.
Bersambung dibahagian seterusnya..

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil on Thu May 29, 2014 1:30 pm

RENTAKA DI HARI MEDIA BERSAMA MINDEF DAN TUDM – Final PART.

Oleh Rentaka Editorial Team

Selesai lawatan di bangunan simulator MiG, kami dibawa semula ke bangunan markas pergerakan udara. Di sana kami dibawa kepada satu sidang media bersama PTU. Di antara intisari sidang media bersama PTU ialah mengenai peranan kuasa udara nasional dan kepentingannya didalam peperangan dan pertahanan. Status pengoperasian MiG-29N selepas 2015, penggantian radar pertahanan udara Martello; penggantian pesawat Allouette yang sekarang ini merupakan pesawat tertua berkhidmat di dalam TUDM dan penerimaan helikopter ke 12 EC725  yang juga yang terakhir dalam masa beberapa hari lagi.
Sesudah sidang media, para wakil media dijamu dengan hidangan makan tengah hari bersama PTU sebelum dibawa ke terminal peluru pengkalan udara Kuantan. Sebelum kami menaiki bas ke terminal peluru, para media diminta untuk menyerahkan segala peralatan  yang mempunyai bateri termasuklah kamera, telefon bimbit, penggera kereta dan juga jam pintar. Ini adalah langkah keselamatan kerana bateri dan papan litar elektronik dapat menganggu alatan sensor peluru berpandu yang akan ditunjukan kepada para media. Malah anggota-anggota TUDM juga menggunakan alat komunikasi dari jenis yang berbeza apabila berada di dalam kawasan terminal peluru. Di situ kami telah ditunjukan persenjataan untuk pesawat - pesawat pejuang dari peluru meriam 30mm sehinggalah peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat. Malah kami juga ditunjukan demonstrasi memasang bom Mk. 82 dengan kit panduan laser.

Selepas lawatan diterminal peluru, kami dibawa ke lapang sasar 10m yang biasa digunakan untuk menembak sasaran pistol. Semua wakil media diberikan penerangan ringkas mengenai prosedur dan langkah keselamatan serta cara untuk menembak oleh Mej. Naim TUDM dari pasukan Provos. Setiap wakil Media diberikan sepucuk pistol jenis Browning 9mm bersama 10 butir peluru dan mereka yang berjaya menembak sasaran dan memperolehi markah terbanyak, akan diisytiharkan pemenang.

Taklimat keselamatan dan asas pengendalian pistol Browning oleh Mejar Naim TUDM.

Para wakil media melakukan tembakan dibawah seliaan tenaga pengajar daripada PROVOS
Selesai acara menembak pistol, peserta media kembali dibawa ke Bangunan Markas Pergerakan Udara untuk sesi minum petang atau Hi-Tea. Selepas minum petang, upacara penyampaihan hadiah oleh YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif TUDM kepada 5 orang wakil media yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam acara menembak pistol. YBhg Mej. Jen. Dato Azizool Arif TUDM turut merasmikan upacara penutupan majlis Hari Bersama Media MINDEF dan TUDM. Sebaik sahaja majlis penutup selesai, para wakil media dari Kuala Lumpur kemudian bersedia untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat C-130 yang telah pun bersedia untuk berlepas.
Disini Tim Editorial Rentaka mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana menjemput serta memberi kesempatan kepada  kami untuk turut sama menyertai Hari Media bersama MINDEF dan TUDM.
Nota Editor Bersekutu: Errr... bos, takkan la itu jer. Gambo aweks- awekssss tarak ka?

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by venez on Sun Jun 01, 2014 5:31 pm

terbaik laporan..

--------------------my siggy below--------------------




avatar
venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by yaminz on Tue Jun 03, 2014 3:42 am

sempat lg tu kaki note... ekekeke
avatar
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 38

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by atreyudevil on Tue Jun 03, 2014 6:52 am

haha, pasal bab awek mmg cepat dia

--------------------my siggy below--------------------



♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by yaminz on Tue Jun 03, 2014 6:58 am

atreyudevil wrote:haha, pasal bab awek mmg cepat dia

ekekeke...
avatar
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 38

Back to top Go down

Re: Laporan Hari Media MINDEF & TUDM ke 56

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum