Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by atreyudevil Sun Feb 05, 2017 6:23 pm

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171906 messages in 1316 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Mengingati Lahad Datu #LD1313

View previous topic View next topic Go down

Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by atreyudevil on Wed Feb 12, 2014 8:55 pm

Seperti yang kita tahu, secara rasminya 12-2-2014 telah genap setahun permulaan kepada peristiwa lahad datu. Mari kita mengenang apa yang terjadi setahun dahulu.


[You must be registered and logged in to see this image.]

Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah

9 Februari: Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari: Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari: Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Beliau juga berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari:  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari: Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari: Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari: Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari: Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac: Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. 

2 Mac: Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang  pada pukul 12.43 tengahari.

Jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih manakala jenazah Koperal Sabarudin Daud dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar.

Pada hari yang sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melawat dua anggota komando yang cedera iaitu anggota komando polis, Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, di Hospital Lahad Datu.

3 Mac: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kesengitan di Semporna dengan penceroboh 'Kesultanan Sulu' berakhir  dengan jumlah sebanyak 12 kematian, termasuk enam anggota polis. Insiden berkenaan berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah pada 2 Mac, jam 8 malam.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh.

4 Mac: Jenazah Supt Ibrahim Lebar dari cawangan khas Bukit Aman, ASP Micheal Padel dari cawangan khas IPD Semporna, Sarjan Baharin Hami  dari cawangan khas IPK Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari BN 14 PGA Tawau, Koperal Salam Togiran dari IPD Tawau dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dari BN 14 PGA Tawau dibawa ke kampung masing-masing.

Jenazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27 diterbangkan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Charlie. Jenazah mereka tiba pada jam 7 petang.

Semasa sidang media di Manila, Presiden Filipina Benigno Aquino III berkata pentadbiran beliau akan meneruskan membantu menyelesaikan pencerobohan di Sabah melalui jalan keamanan.

5 Mac: Pada jam 7 pagi, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan itu adalah "bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara".

Operasi diberi nama Ops Daulat.

Pada 11 pagi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

Dalam sidang media lebih kurang pukul 2 petang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

Pada pukul 4 petang, Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.

6 Mac: Dalam satu sidang media bersama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga belas mayat pengganas dari Selatan Filipina ditemui di Kampung Tanduo susulan operasi menggeledah.

Korban itu termasuk seorang pengganas yang ditembak mati dalam satu pertempuran pada 6.45 pagi Rabu.

Sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah kubur.

Polis juga telah menahan empat lelaki dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.

7 Mac: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai waris Sultan Sulu, mengumumkan gencatan senjata pada pihak Kesultanan Sulu berkuatkuasa pukul 12.30 tengahari, menurut jurucakapnya, Abraham Idjirani.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Lahad Datu, menolak gesaan gencatan senjata dan mahu pengganas itu meletakkan senjata tanpa syarat serta serah diri.

Najib juga mengumumkan pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Kawasan itu merangkumi daerah Sandakan, Semporna dan Lahad Datu.

Tan Sri Ismail Omar pula berkata setakat ini 52 orang pengganas Sulu termasuk ketua kumpulan itu yang berpangkat ‘jeneral’, telah terbunuh dalam Ops Daulat.

Rakyat Malaysia telah meluahkan perasaan terkejut serta  jijik dengan tindakan tidak berperikemanusiaan penceroboh Sulu di Sabah yang dilaporkan telah mencacatkan anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dipertempuran di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.

8 Mac: Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Ismail berkata kumpulan pengganas dari Selatan Filipina yang menceroboh Sabah dan berkubu di dua kampung dekat Lahad Datu belum menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri dan meletak senjata.
Beliau berkata, sehubungan itu, gerakan memburu saki-baki anggota kumpulan itu diteruskan.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.

9 Mac: Keadaan di Felda Sahabat terkawal walaupun kedengaran beberapa bunyi siri letupan dilepaskan di 'ground zero' selepas 24 jam tiada pertempuran dilaporkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa seorang penceroboh ditembak mati  pada jam 8 pagi. Jumlah penceroboh yang ditembak mati adalah seramai 53 orang manakala seramai 79 suspek sudah ditangkap.

Pasukan keselamatan negara telah berjaya menahan seramai 27 suspek berhampiran kawasan pantai Kampung Tanjung Batu dalam operasi hari ini.

Pasukan forensik yang berpangkalan di timur Sabah akan melakukan bedah siasat mayat-mayat di kawasan tersebut hanya selepas proses pembersihan selesai.

Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mahu adakan ‘perbincangan’ dengan  Malaysia untuk menyelesaikan krisis di timur Sabah.

Malaysia melalui Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi bagaimanapun menolak ‘tawaran’ oleh Jamalul Kiram itu.

10 Mac: Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja lelaki beusia antara 12 ke 15 tahun ditembak mati manakala seorang lelaki dewasa cedera di bahagian kakinya apabila anggota keselamatan Malaysia menembak sebuah belukar di Kampung Sungai Bilis pagi ini.

Beliau juga berkata dua orang lelaki dan tiga orang perempuan ditahan untuk siasatan di tempat yang sama.

Manakala, di Semporna, enam orang yang dipercayai ada kaitan dengan penceroboh Sulu di Sabah ditahan dalam dua kejadian yang berasingan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pula berkata dua anggota pasukan keselamatan telah cedera ditembak peceroboh dalam satu kejadian berbalas tembakan di Tanjung Batu yang bermula dari 8 malam hingga 4 pagi tadi (Sabtu).

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata Malaysia mahu penceroboh Sulu ini samada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan mengikut undang-undang.

Manakala, sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian.

11 Mac: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menyatakan siasatan forensik masih lagi dilakukan untuk mengenalpasti identiti mayat seorang pengganas Sulu yang berpangkat Jeneral yang dipercayai sebagai Komander Haji Musa.

Siasatan dilakukan setelah pihak keselamatan menjumpai pakaian seragam pengganas Sulu yang mempunyai pangkat Jeneral di kawasan operasi di kawasan Kampung Tanduo.

Gerakan operasi ‘mopping-out’ kini giat diperhebat dan lebih menfokuskan kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Walaupun begitu, keadaan keselamatan di Bandar Lahad Datu dan Semporna yang tegang sebelum ini telah kembali kepada keadaan normal dengan urusan perniagaan berjalan seperti biasa dibawah kawalan pasukan keselamatan.

Usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat pengganas di kawasan operasi pihak keselamatan masih lagi berlangsung.

Sehingga kini, 54 pengganas Sulu telah terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan namun hanya 22 mayat sahaja berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi ‘mopping-out’ di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

18 dari 22 mayat pengganas Sulu yang kebanyakannya telah reput dan busuk telah dibawa ke Hospital Lahad Datu manakala selebihnya pula telah dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat.

97 orang yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu telah ditahan oleh polis sementara 125 orang ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi pihak keselamatan.

Polis turut menafikan pasukan keselamatan melakukan kekerasan dan kekejaman dengan menyasarkan tembakan kepada kanak-kanak. Ini susulan seorang budak berumur sekitar 12 hingga 15 tahun terbunuh setelah ditembak pihak keselamatan di satu belukar di Kampung Sungai Bilis Ahad lalu.

Penduduk tempatan pula diingatkan untuk tidak memasuki kawasan operasi pasukan keselamatan

Sementara itu, keluarga Kiram sedia berundur pasukan militannya dari Lahad Datu demi menghentikan konflik di kawasan itu dan wakil 'Sultan Sulu' telah memohon kebenaran untuk ke Sabah demi berbincang untuk penyelesaian konflik berdarah itu. 

12 Mac: Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan bahawa seorang tentera Malaysia terkorban dalam satu insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pagi ini semasa diserang hendap oleh kumpulan pengganas

Beliau juga berkata dalam pertempuran itu tiga orang anggota pengganas turut terbunuh.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seorang lagi anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.

Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi. Beliau berkata seorang lagi penceroboh yang terkena tembakan sempat melarikan diri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah Allahyarham Prebet Mohd Hurairah Ismail yang maut dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu dijangka diterbangkan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada jam 4  pagi Rabu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

Sementara itu, adik Jamalul Kiram III, Esmail Kiram II sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada kerajaan Malaysia ketika pasukan keselamatan negara terus memburu pengganas di Lahad Datu.

13 Mac: Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan selamat dikebumikan di kampong halaman masing-masing.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dua anggota tentera yang terkorban itu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib percaya ketua kumpulan penceroboh militan Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dua lagi mayat pengganas Sulu yang bertempur dengan pasukan keselamatan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu semalam ditemui hari ini.

Beliau berkata turut ditemui di kawasan itu ialah selaras senapang jenis M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45.

Selain itu juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membawa masuk beberapa aset-aset pertahan mereka dalam mengukuhkan pertahanan di kawasan yang terlibat termasuk helikopter dari Pasukan Udara Tentera Darat dan 12 kereta perisai (Armoured Personnel Carrier).

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menggembleng guna tenaga semua keanggotaannya dalam pasukan itu untuk ditambahkan lagi dalam usaha Operasi Daulati.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail menjelaskan seorang remaja berumur 12 tahun yang ditembak oleh pihak keselamatan di sebuah belukar di Tanjung Batu tempoh hari mempunyai pertalian dengan salah seorang lelaki yang ditahan beramai-ramai di sekitar kawasan itu.

Manakala, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Liow berkata pihaknya sudah menyediakan empat kontena untuk menempatkan mayat-mayat penceroboh Sulu.

14 Mac: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang lelaki yang membawa bungkusan yang mengandungi dua bilah pedang samurai serta tiga parang panjang ditahan oleh pihak polis semasa suatu sekatan jalan di Jalan Tanjung Labian, Lahad Datu kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak pengganas.

Anggota Parlimen Batu dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung isu Lahad Datu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata seramai 35 pengikut waris Jamalul Kiram III yang ditahan di Filipina semalam akan didakwa di mahkamah negara itu dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid juga berkata Gazmin telah memberi jaminan bahawa Filipina akan memberi kerjasama jangka masa panjang untuk menyekat orang-orang mereka daripada memasuki perairan Malaysia secara haram.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan juga diumumkan akan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Juga, Kementerian Kesihatan mengumumkan akan menyediakan sebuah hospital bergerak terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu bagi menampung keperluan dan perkhidmatan kesihatan di zon konflik itu.

15 Mac: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di Selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin berkata Azzimudie dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di Selatan Filipina.

Katanya pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota pasukan keselamatan menjumpai tiga kubur baru di Kampung Tanduo.

Menurut beliau, kubur-kubur itu mengandungi 15 mayat dan berada berhampiran dengan sebuah kubur besar yang ditemui di sana 10 hari lalu.

Hamza berkata setakat ini 61 orang Sulu telah ditembak mati dan 27 mayat telah berjaya dikeluarkan dari tempat pertempuran.

Polis juga telah menahan lapan pemuda dari Filipina yang menaiki bot laju untuk memasuki kawasan operasi di Kampung Sungai Bilis semalam.

Hamza berkata pemuda-pemuda itu yang berusia dalam lingkungan 17 ke 18 tahun cuba membawa 300 bekas air kosong dan wang tunai 369,000 pesos (RM28,300).

16 Mac: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini menyatakan satu mesyuarat berhubung kawasan yang dipanggil Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) akan diadakan segera bagi membincangkan perkara berhubung penubuhan kawasan keselamatan khas Sabah.

Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai penubuhan ESSCOM untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semasa sidang media di Lahad Datu hari ini mengatakan Malaysia akan memastikan ketua pengganas Sulu, Azimuddie Kiram dihadapkan ke muka pengadilan untuk bertanggungjawab ke atas perbuatannya.

Menurut beliau kerjasama diantara kerajaan Malaysia dan Filipina akan dapat memastikan Azimuddie dihadapkan ke mahkamah jika dia ditangkap.

Pada sidang media yang sama, Hamza menegaskan bahawa pasukan keselamatan perlu memastikan kawasan penduduk betul-betul selamat sebelum membenarkan mereka kembali ke rumah masing-masing.

Ini kerana kawasan tersebut dikhuatiri terdapat jerangkap ditinggalkan musuh serta kesan serangan yang dilakukan pihak keselamatan.

Sementara itu anggota keselamatan hari ini telah menahan seorang lelaki yang dipercayai pengganas Sulu di kawasan Felda Sahabat 17.

Menurut Hamza, suspek ditahan pada pukul 6.30 pagi ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi dan suspek telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

Operasi ‘mopping-out’ atau penggeledahan masih lagi diteruskan dan kawasan operasi telah tertumpu ke kawasan Tanjung Batu.

Selain dari pemeriksaan rumah ke rumah, pasukan keselamatan juga menumpukan usaha penggeledahan di kawasan ladang kelapa sawit dan hutan belukar.

Berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di Filipina membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau ada membaca kenyataan setiausaha pertahanan Filipina, Voltaire T Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina telah menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.

Dalam satu kenyataan di Perak, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan media Filipina kononnya disekat daripada mendapat gambaran sebenar Operasi Daulat di Lahat Datu.

Menurut beliau, kerajaan akan berbincang bagi membenarkan diplomat Filipina di negara ini melawat suspek pengganas Sulu yang ditahan.

17 Mac: Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim memberitahu pemberita pada sidang media di Lahad Datu hari ini bahawa anggota keselamatan negara telah bertembung dengan kumpulan musuh yang terdiri dari empat orang.

Seorang daripadanya telah berjaya ditembak mati pada pukul 10:15 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata saki-baki musuh dilihat sudah bergerak dalam kumpulan kecil dan beliau berharap orang ramai tidak memasuki kawasan operasi.

Beliau menambah, hampir 80 peratus daripada bedah siasat ke atas mayat pengganas Sulu yang terbunuh dalam operasi Ops Daulat telah dilengkapkan.

Pada sidang media yang sama, Hamza berkata setakat ini seramai 104 orang telah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) manakala 241 orang lagi telah ditahan dibawah akta-akta lain.

Selain itu beliau berkata proses menjejaki musuh, pemeriksaan dan pengeledahan sedang giat dijalankan dan Kampung Tanjung Batu dijangka akan dibersihkan serta selamat dari pengganas Sulu secara sepenuhnya esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran hari ini menyatakan keyakinan beliau bahawa pilihan raya dapat dilakukan dengan lancar di kawasan parlimen itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kesesuaian persenjataan termasuk logistik perlu diambil kira agar pasukan keselamatan negara mendapat kelengkapan alatan kententeraan yang sesuai mengikut keadaan.

18 Mac: Pasukan keselamatan telah bertempur dengan saki baki pengganas Sulu di kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat 22, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media pagi Isnin berkata pihaknya percaya ada musuh yang cedera atau terbunuh  tetapi beliau belum menerima laporan mengenainya.

Sementara itu, kawasan persisiran pantai Felda Sahabat akan menjadi kawasan pertama pengukuhan pertahanan negara melalui pembinaan pos kawalan baru yang diperkukuh dengan peningkatan kekuatan anggota pasukan keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Cadangan itu akan dilaksana dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, Ops Pasir yang dilaksanakan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB) bagi mengawal 1,400 kilometer pantai Sabah akan diteruskan walaupun Esscom diwujudkan.

Beberapa buah kereta perisai berantai yang tiba di Lahad Datu adalah untuk meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

Menurut Panglima Divisyen Pertama Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar, kereta-kereta perisai itu dibawa dari Semenanjung Malaysia untuk mengukuhkan lagi operasi serta mendominasi kawasan-kawasan Tanjung Labian apabila operasi tamat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menolak kenyataan ketua pengganas, Jamalul Kiram III mengenai genjatan sejata.

Katanya, beliau tidak pernah mempercayai kata-kata Kiram mahupun ahli keluarganya sejak hari pertama lagi.

Hamza juga memaklumkan, dua pertempuran yang berlaku pagi tadi tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Kekuatan pasukan ketenteraan terus ditambah dalam usaha menghapuskan saki baki penganas Sulu.

Petang tadi pula, sebanyak 17 kenderaan perisai jenis 'armoured personnel carrier' (APC) Adnan tiba di Lahad Datu sebelum dibawa ke Felda Sahabat.

Kenderaan perisai itu tiba di bandar Cenderawasih dari Tawau kira-kira pukul 5 petang Isnin.

Dibawa dengan lori pengangkut, ia turut diiringi 17 trak tentera yang dipenuhi anggota tentera.

Setakat ini jumlah tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 masih 104 dan tangkapan bagi kesalahan-kesalahan lain, 240.

Mayat yang telah dikeluarkan pula sebanyak 28 dan jumlah musuh yang telah ditembak mati, 62.

Ops Daulat yang telah memasuki hari ke-14 telah mengorbankan sembilan anggota keselamatan negara, manakala sembilan lagi cedera.

20 Mac: Lapan lelaki Filipina telah didakwa di Mahkamah Majistret sementara di ibu pejabat polis Lahad Datu kerana  melancarkan perang terhadap Yang Pertuan Agong dan penglibatan dalam aktiviti keganasan.

Suspek yang berusia antara 17 dan 67 tahun telah didakwa bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas dan di bawah Seksyen 121 akta yang sama kerana melancarkan perang terhadap Yang Pertuan Agong.

Ia adalah tuduhan pertama yang sedang dijalankan di tengah-tengah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Kes itu bagaimanapun telah dipindahkan kepada ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Dalam perkembangan yang sama juga, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bedah siasat pada 28 mayat pengganas  Sulu telah siap dan untuk mengelakkan faktor kesihatan dan ruang yang tidak mencukupi di rumah mayat  Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau, semua mayat akan dikebumikan di lokasi sementara yang tidak didedahkan.

Selain itu, Ketua Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata operasi ‘mopping-out'oleh pasukan keselamatan di kawasan kampung Tanjung Batu akan mengambil beberapa hari lagi sebelum penduduk kampung dibenarkan untuk kembali ke rumah-rumah mereka.

Pada masa yang sama juga, satu mayat musuh telah ditemui dan ia dipercayai bahawa lelaki itu dibunuh semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 6 Mac.

Mayat tersebut akan diambil keluar dari kawasan itu hari ini.

21 Mac: Satu pertempuran di kampung Tanjung Batu berlaku tengahari semalam menyebabkan seorang musuh dibunuh dan seorang wanita telah berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan.

Ketua Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kepada pemberita, seorang anggota ATM tercedera kerana terkena serpihan peluru di jari kiri semasa satu pertempuran pada pukul 11:30 pagi semalam.

Walaubagaimanapun, anggota ATM tersebut berada dalam keadaan stabil setelah pembedahan mengeluarkan serpihan peluru itu telah selamat dilakukan.

Sementara itu, lapan warga Filipina yang berdepan dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas, hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di  Tawau.

Kira-kira 40 anggota lengkap bersenjata berada di sekitar kawasan mahkamah tersebut yang telah ditutup kepada orang awam bermula 5.30 petang semalam.

Kawasan luar mahkamah juga disita dan dikawal. Hanya pekerja mahkamah dibenar masuk ke mahkamah manakala wartawan hanya dibenar berada di luar kawasan.

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dilihat memasuki mahkamah pada pukul 8.23 pagi.

22 Mac: Polis telah menyiasat insiden yang berlaku di Kampung Kembara Sakti, Lahad Datu namun masih tidak dapat memastikan insiden itu ada kaitan dengan pengganas atau tidak.

Ini berikutan susulan sebuah rumah di kampung itu yang dijilat api pada malam Khamis dan pihak berkuasa mempercayai kejadian tersebut lebih menjurus kepada kecuaian pemilik rumah tersebut.

Dalam satu sidang media di Lahad Datu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Lian mengesahkan kejadian tersebut namun menafikan adanya tembak menembak berlaku pada kejadian itu.

Sehingga kini, tiada petunjuk yang kukuh menunjukan kejadian itu berpunca dari angkara pihak pengganas.

Pihaknya telah meletakan beberapa anggota keselamatan di kampung itu demi untuk meyakinkan penduduk tentang faktor keselamatan.

Sehingga hari ini, jumlah pengganas yang berjaya ditewaskan masih lagi kekal sebanyak 63 orang manakala mayat musuh yang telah dibawa keluar dari kawasan konflik juga kekal dengan 30 mayat.

Jumlah anggota keselamatan negara yang gugur di medan pertempuran juga masih lagi tidak berubah iaitu sebanyak 10 orang.

Dalam masa yang sama juga, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama-sama dengan pegawai pejabat daerah telah mula membuat penilaian kerosakan harta benda di kawasan-kawasan terlibat di Lahad Datu bagi mentaksirkan jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa.

Dalam masa yang sama juga, Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu berkata pendakwaan keatas lapan warga Filipina atas tuduhan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang diPertuan Agong adalah “tidak sah” atas alasan Malaysia tidak ‘memiliki’ Sabah.

Namun, dakwaan Jamalul Kiram III telah disangkal dan diberi amaran oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang mengatakan bahawa Jamalul Kiram III juga akan didakwa atas tuduhan yang sama andainya dia menjejakan kaki ke Sabah.

Malah beberapa peguam dan pengamal undang-undang turut bersetuju dengan tuduhan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia terhadap lapan suspek pengganas yang dihadapkan ke mahkamah pada Khamis. 

[You must be registered and logged in to see this link.]

[You must be registered and logged in to see this link.]

[You must be registered and logged in to see this link.]

[You must be registered and logged in to see this link.]


compile by atreyudevil & wannvader


Last edited by atreyudevil on Wed Feb 26, 2014 6:15 am; edited 1 time in total

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by atreyudevil on Wed Feb 12, 2014 9:05 pm

Lahad Datu: A year later:


Widow of slain commando continues with life courageously
[You must be registered and logged in to see this link.]

Despite having lost her husband ASP Zulkifli Mamat to Sulu gunmen in Lahad Datu last year, Noor Aziah has been courageously continuing on with her life.

She is trying to do the best she can as a single mother of three children.

Aziah, 29, appeared a strong figure when met at the Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre in Kuala Lumpur, where her three-month-old son was warded in the High Dependency Unit for breathing complications.

On March 2, 2013, VAT 69 commando Zulkifli, 29, was killed in a shootout with Sulu intruders in Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Aziah described her late husband as a very patient man.

“He was very friendly with everyone, and not the sort to pick and choose his friends,” she said, adding that while Zulkifli was soft spoken, he could also be firm when he needed to be.

Aziah said her husband was a very active person, and when not working, would always find something to occupy his time, such as jogging, motor biking, or mountain climbing.

“I used to sometimes ask him, ‘You are always working, can’t you sit still?’ He never felt tired!” recalled Aziah, who lives in Perak.

Upon hearing of his deployment to Lahad Datu, Aziah was initially hesitant about allowing him to go but relented when told how important the mission was.

“When he was sent to Sabah, he had just returned from Sarawak on another assignment. I asked him not to go to Lahad Datu as I was unwell. I did not know I was pregnant then,” she said.

Although Zulkifli looked heavy-hearted to leave, Aziah could also tell that her husband was determined to assisting his comrades in combat.

“He told me that it was not easy to get assigned for the mission because everyone was fighting for a chance to go. He said he was lucky to have been chosen,” she said.

“When I asked him to take a break from work, he said that he would take a rest after his mission. He told me that we would go on a holiday after he came back,” said the secondary school teacher.

Source: The Star Online



God tests those He loves
[You must be registered and logged in to see this link.]

When her husband’s team was deployed to respond to information that Sulu gunmen were hiding in Kampung Simunul, Semporna, Jabah Mingku Voon was not too worried.

“As the wife of a policeman, I trusted my husband’s ability to carry out his duties even though I was also aware that his job was not an easy one,” said the widow of Semporna Special Branch chief ASP Michael Padel.

ASP Michael was one of six policemen gunned down during an operation at Kampung Siminul, Semporna.

Michael, 35, was born and raised in Sarawak. He was promoted as the head of the Semporna Special Branch a few months before his last assignment.

Although it had been more than a decade since ASP Michael and she were married, the 34-year-old Jabah vividly remembers the first time she met her husband.

“It was in 1998. At that time, he had not yet joined the police force and was still a teacher in Kuching. I was working part-time in a restaurant while studying. When he first approached me, I was a bit hard-hearted and ‘jual mahal’ (played hard to get),” recalled a smiling Jabah.
“A few months before his death, we celebrated our 13th wedding anniversary by renewing our vows. He asked me to marry him again in church. We exchanged rings and wore wedding attire. It was a very romantic moment; he was a very romantic man,” she said.

“A while back, while I was cleaning out boxes, I found a Valentine’s card from him from 1998. Rasa sedih pun ada, lucu pun ada (It was sad, but it was amusing as well).”

Jabah said that she had opted to become a housewife because her husband wished for her to be at home with their son, Macluie.

Although Michael was by nature a cheerful man, he behaved strangely very soon after his 35th birthday.

“At first, I didn’t take much heed of it. During our anniversary in September, he kept mentioning his old schoolmates and went about repairing whatever was broken in the house,” said Jabah, her expression visibly more solemn.

“He brought our son out to the movies very often, sometimes three times a week. He even called his family every day in Sarawak. He usually calls often, but never like this.”

On the day he left Tawau for Semporna at 5am, Michael’s change of behaviour was at its peak, she said.

“He was uncharacteristically sad. He kept getting in and out of the car. He looked anxious as if something was troubling him deeply but he assured us that he would return home.

“When he gave me a goodbye hug, I saw that my husband was crying. If my husband was shedding tears, what more my reaction as his wife?” said Jabah.

While in Semporna, Michael would call home five to six times a day and sent messages frequently.

“There were always texts asking how we were. It was unusual, it felt like we were dating again, the amount of times he contacted me.

“On Friday, when (ASP) Zulkifli (Mamat) was shot (in a gun battle with Sulu gunmen in Kampung Tanduo, Lahad Datu), my husband asked about our son and told me he would not be coming home that day.

“The last call I received was at 3pm on the day he passed away. He told me not to worry and asked one of our friends to accompany and check on me at home. A few hours later, he was shot and all attempts to reach his phone failed,” said Jabah, adding that she had no idea what was happening at the time.

“I felt very alone as I was away from my hometown (in Simunjan, Sarawak) and only had my son with me. Throughout the night, I kept wondering what happened to Michael and praying that he was all right.”

The officers who came to inform Jabah of her husband’s passing had difficulty delivering the news.

“On Sunday midnight, a large group of officers arrived at my house and told me that my husband was injured and warded at the hospital. I felt uncomfortable, and my instinct as a wife told me something was amiss,” she said.

“The officer who delivered the news of my husband was crying. The wives of the policemen also cried, as they did not know how to break the news to me. There were many of them, I can’t remember how many now. All I know is that I fainted when they told me of his injury. Deep down, I knew that if he was only injured, there would not be that many officers at my doorstep.”

Her son was the one who consoled her.

“He told me ‘Daddy is only hurt, don’t worry’,” she recalled.

A year after his passing, Jabah said that not much has changed in her and her son’s lives.

“My friends say it has been a year and I must move on, but perhaps it is hard for me because I was not redha (at peace) with his passing,” she said.

Jabah’s son is her rock during these difficult times, always reminding his mother to continue on with life despite their sorrow.

“He is a very strong boy. He always tells me that we cannot continue to be sad,” she said.

“My son and I have our own ways of dealing with grief. When he sees me sad, he asks if anything is wrong. I always answer ‘nothing’. When I see him sad, I ask him the same question. He gives me the same answer.

“He hides it well, but I know he is troubled. After all, we are both going through the same thing together,” said Jabah.

Even though the family has lost a father and a husband, Jabah feels proud of Michael’s sacrifice and believes that his death was not in vain.

“I tell myself that God will not test us if we are not strong enough to bear it. He will not test us if He does not love us,” she said.


Source: The Star Online

Wife recalls last moments with husband
[You must be registered and logged in to see this link.]

PETALING JAYA: On the day Sergeant Salam Togiran was deployed to in Kampung Simunul, Semporna against Sulu gunmen, his wife Marlinah Utan felt something troubling her.

“I texted him, asking ‘How are you? Are you ok?’ He replied at 3pm, ‘Alhamdulillah, I am fine’. An hour or so later he called me and asked that I pray for his safety,” recalled the 40-year-old Sabahan.

“I told him I was worried about him and to always remember that there are loved ones at home waiting for him to return. That was the last conversation I had with my husband.”

Salam was among six police officers killed by Sulu gunmen during an ambush in Kampung Simunul, Semporna, Sabah on March 2, 2013.

On the night of the ambush, Marlinah was at a surau in Tawau with other members of Perkep (Association of Policemen’s Families).

“We were having special hajat prayers to ask for the safety of those stationed in Sabah and tahlil prayers for the late Insp Zulkifli Mamat and Kpl Sabaruddin Daud (VAT 69 commandos killed in Kampung Tanduo on March 1, 2013),” said the homemaker.

After prayers, Perkep members received word that policemen were attacked in the Kampung Simunul operation.

“It was then that I started getting frantic as I knew my husband was in Semporna. I shouted, ‘Help! My husband is there, my husband is there!’” she recalled.

Coincidentally, one of the officers’ wives, who had family in Semporna received a call from where the policemen were fighting with the gunmen.

The call was put through loudspeaker and gunshots echoed throughout the room.

“As they tried to calm me, more news arrived that a few of our men had fallen. I kept on asking for their names, in between tears,” recalled Marlinah.

“When they answered ‘Tuan Michael (Padel),’ it was as if I lost control of myself.

“I knew my husband was one of the fallen even though no one explicitly told me. I knew because wherever Tuan Michael was, my husband was sure to be beside him. They were very close friends,” she said.

Looking back at the past year, Marlinah hopes to never again experience what she did that night.

“It was torture, waiting and waiting for news about my husband. I contacted the police station, I called everyone but not a single person could tell me that my husband was no longer with us,” she said.

At 3pm the next day, Marlinah received a call from an officer from the Special Branch. He told her to wait for him at her home.

“By then, I had lost all strength. When he finally arrived, the officer brought my husband’s clothes from Semporna. It was then that I lost all hope of finding my husband alive.

“When I received the news that he had passed away but his body could not be brought home at the time, my heart broke. I hugged my children and tried to give them strength as best I could but my children had difficulty accepting it.”

Marlinah’s eldest son took the news especially badly because the 16-year-old boy had promised to be the one to lead his father’s funeral rites.

“My husband told my son that when he died, he would like my son to be the one to give him his last bath, to do the jenazah prayers and to lay him to rest in the grave. My son was sad, because he could never fulfill that promise. How could he, in that condition?" she asked.

A day before Salam’s death, the family had been watching news on television when there was a report that Zulkifli was killed in Kampung Tanduo.

“My husband told me, ‘Kalau macam ini, saya pun nak!’ (If this is what it is like there, I also want to be a part of it)," she recalled.

At the time, Salam was not yet assigned to Semporna and Marlinah had no notion of what was to happen.

“I was angry then. I said, ‘Don’t speak carelessly. If anything were to happen to you, what is to become of the family?’ He simply smiled and said, ‘This is mati syahid (It is a martyr’s death)’," she said.

When her husband received instructions to go to Semporna, Marlinah noted a change in Salam’s behaviour.

“He told me the invaders were dangerous people and that the mission might take longer than usual. He avoided looking at me the whole time but asked that I take good care of the family,” she said.

The most challenging obstacle for Marlinah now is in trying to fill her husband’s role in the family.

“The hardest thing for me is when the children look for their father. If they say, ‘if dad were here ...’ it really shatters me, but I try to be strong for my children,” said the mother of four.

To keep her going, Marlinah turns to the memories she shared with her late husband.

“All my memories of him are beautiful. To me, he was the best person I know. But sometimes I think, as much as he loved his children and me, he had more love for his country,” she said.

“Sometimes it makes me sad, but it also makes me a stronger person. It makes me proud of him.”

Source: The Star Online


Life a nightmare, says widow

[You must be registered and logged in to see this image.]
Siti Bandora (second left) and her children looking at her husband's photograph.

A year after Police Sergeant Azis Sarikon was gunned down in Semporna’s Kg Simunul during the March 2 ambush by Sulu gunmen, his family have yet to come to terms with his tragic death.

In fact, life has become a nightmare for his widow Siti Bandora and her four children, Mohd Faridzel Helmi, 20, Liyana Abd Aziz, 17, Nurul Sazwani Aziz, 14, Mohd Aiman Hakimi, 9.

“As the days passed, our feelings of loss and helplessness increased. We miss him more each day and being a mother, I try my best to hide my feelings and try to be stronger for them,” said Siti.

“I am worried for (my children). I fear they will never recover from the shock and sadness of their father’s sudden death,” she said.

She said this was reflected in the children’s school exam results.

“They used to come home with good results and were among the top in their respective classes. Now, it is all bad results,” said the housewife.

“I really don’t know how to help them apart from pretending that I have moved on. I constantly remind them to do so,” said a tearful Siti.

Siti said she had little emotional support from others.

“Sometimes, I have to remind myself that he really is gone and will never return. I have to make myself happy,” she said, adding that at times, her youngest child often asks when his father was coming home.

Siti says she tells him that he would only be able to see his father when he gets to heaven himself.

“To make us feel better, I take Liyana and Aiman, who are living with me to visit their father’s grave,” she said.

Siti says her two other children – Mohd Faridzel, who is studying in Universiti Malaysia Sabah (UMS), and Nurul, who is at boarding school – are coping better.

“I really wish to see (all my children) grow up happy people, and remember that their father died a hero,” she said.

For now, all Siti can do is pray and hope that her family will learn to let go and move on with their lives.

Source: The Star Online

Family still pines for slain cop

[You must be registered and logged in to see this image.]
Nur izzaty and her mother looking at her father's photograph.

For 12-year-old Nur Izzaty Syafiqah, her father’s clothing has a calming effect whenever she feels depressed.


The Year Six student of SRK St Agnes in Kota Kinabalu still misses her father, Sergeant Major Baharin Hamit who was killed by Sulu gunmen in Kampung Simunul in Semporna on March 2 last year.

“The only way she could soothe her aching heart was by hugging her father’s old clothes,” explained her 52-year-old mother, Sumiati Suarah, during an interview at their home in Kampung Laut Inanam, near Kota Kinabalu.

The family’s three-bedroom terrace house is decorated with the late sergeant’s sports trophies, service medals and commendations.

“I still keep some of his clothes especially his badminton outfit, because there’s still his scent on them,” said the widow of the former Special Branch policemen from the state police headquarters.

Sumiati said that her daughter regularly dreamt of her father and there were even times when she dreamt that her father was baking a chocolate cake for her even though he could never bake.

“These dreams make her feel happier,” Sumiati said, adding that she wanted her daughter to focus on the forthcoming UPSR exams, later this year.

Her older son, 17-year-old Muhd Izzat Syafiq, who studies in SMK Kolombong is coping better. According to Sumiati, he is better at dealing with his feelings of loss.

For Sumiati, the events before her husband left their home for Semporna will always remain in her memory.

“I will never forget the day he was left for Semporna. My daughter cried so hard,” she said.

Sumiati says she misses her husband dearly, especially for the little things he did when he was alive.

“When I cooked, he was always with me in the kitchen, just keeping me company, bothering me, and “entertaining” me. Even when I was tired, I did’t feel it as he was always there, making life more wonderful for me,” she said.

Source: The Star Online

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by lkick2113 on Thu Feb 13, 2014 5:28 am

hope lepas ni team esscom jgn bagi chance kat sesiapa pon dari pinoy untuk masuk sini........org suluk ni jenis pendendam aku ada baca 1 artikel.....tak mustahil diaorg akan datang balik nak balas dendam....
avatar
lkick2113
Major
Major

Malaysia
Mymil
Posts : 1385
Reputation : 92
Join date : 21/04/2010
Location : centre of the earth

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by atreyudevil on Wed Feb 26, 2014 6:29 am

Mukadimah





Arwah muncul dalam mimpi’

[You must be registered and logged in to see this image.]
NURUNNISA Abu Bakar menatap album Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud ketika ditemui di rumahnya di Taman Bercham Maju, Ipoh, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

IPOH 12 Feb. - “Setelah hampir setahun pemergian abang (Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud), baru sekarang saya rasa boleh terima yang dia tidak akan kembali lagi kepada kami sampai bila-bila".
Begitulah luahan Nurunnisa Abu Bakar, 41, balu kepada seorang anggota polis komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang menjadi kubu kumpulan pengganas Kiram pada 1 Mac tahun lalu.
Menurut Nurunnisa, pada peringkat awal, dia tidak pernah dapat melupakan Sabarudin dan sentiasa berharap arwah pulang menemuinya dan tiga anak mereka seperti kebiasaan apabila suaminya itu keluar bertugas.
“Bukan bermaksud sekarang saya sudah dapat melupakannya. Tetapi sekarang hati saya lebih tenang dan mampu teruskan penghidupan kami empat beranak.
“Arwah beberapa kali muncul dalam mimpi saya. Dalam mimpi itu dia langsung tidak bersuara dan hanya memandang saya dan anak-anak sambil tersenyum. Sedikit sebanyak terubat rasa rindu padanya," kata Nurunnisa ketika ditemui di rumahnya di Taman Bercham Maju di sini hari ini.
Sabarudin terbunuh pada 1 Mac tahun lalu dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Selain isteri, Allahyarham meninggalkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berusia antara 13 dan 18 tahun.
Nurunnisa memberitahu, meskipun bukan lagi isteri seorang anggota polis, namun Persatuan Keluarga Polis (Perkep) tidak pernah meminggirkannya dan sentiasa menjemputnya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan mereka.
Jelasnya, penglibatannya itu secara tidak langsung menyebabkan dirinya ‘sibuk’ dan masa yang terluang selepas menguruskan anak-anak, dipenuhi dengan perkara-perkara yang menyeronokkan.
“Ada rasa malu juga kerana saya bukan lagi isteri anggota polis. Tetapi mereka tetap panggil dan mahu saya sertai setiap program yang dibuat. Ini juga sedikit sebanyak buat saya dapat keluar dari ‘dunia kesedihan itu’," katanya.
Malah, Nurunnisa berkata, sejak pemergian Sabarudin, anak-anaknya juga semakin bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka sekeluarga dan saling menasihati antara satu sama lain jika wujud sebarang masalah.
Perubahan tersebut paling ketara berlaku pada anak sulungnya yang kini menuntut dalam jurusan Sains Komputer di Kolej Yayasan Melaka.
“Paling teringat dekat arwah apabila membeli barang kelengkapan sekolah anak-anak kerana selalunya arwah yang tahu dekat mana mahu membeli barangan tersebut dan jenis yang mana lebih baik.
“Semasa itu panggilan ‘abah’ memang tidak lekang dari bibir anak-anak. Tapi (kini) mungkin sebab anak semuanya sudah besar dan mereka cepat dapat menerima apa yang telah berlaku kepada ayah mereka," katanya.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd


Ibu masih ternanti-nanti panggilan telefon Farhan

[You must be registered and logged in to see this image.]
ROSLAWATI Ghani dan Ruslan Hassan menunjukkan gambar Allahyarham Ahmad Farhan di rumah mereka di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 12 Feb. - "Sehingga hari ini, saya masih ternanti-nanti panggilan telefon daripada Ahmad Farhan terutama pada waktu tengah hari. Apabila telefon tidak berbunyi, saya berasa hairan mengapa tiada sebarang khabar berita dari dia."
Itu antara luahan Roslawati Ghani, 45, ibu Koperal Ahmad Farhan Ruslan, dari Batalion Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja, yang terbunuh dalam kemalangan di Cenderawasih dekat Lahad Datu, Sabah, ketika ditemui di rumahnya di Pasir Tumboh di sini baru-baru ini.
Roslawati berkata, walaupun sudah hampir setahun anak keduanya itu 'pergi' namun dia seolah-olah merasakan Ahmad Farhan masih hidup cuma berjauhan daripada keluarga.
Cerita ibu kepada enam anak itu, tabiat Ahmad Farhan yang sering menghubungi dia setiap hari jika tidak menyertai operasi membuatkan dia rindu untuk mendengar suara anaknya itu.
"Apabila Ahmad Farhan tidak bertugas, dia akan telefon saya sekurang-kurangnya tiga kali sehari walaupun sekadar mahu bertanya apa yang sedang saya lakukan pada ketika itu.
"Memang sukar menerima kenyataan tetapi sebagai hamba Allah, saya reda dengan pemergian dia secara tiba-tiba itu," katanya sebak.
Sementara itu, bapa Ahmad Farhan, Ruslan Hassan, 52, berkata, sejak di bangku sekolah menengah anaknya itu telah menunjukkan minat untuk menjadi tentera.
"Asalnya, dia bercita-cita menjadi tentera udara, namun tidak kesampaian kerana ketika memohon dia masih belum cukup umur.
"Dia tidak putus asa dan terus menghantar sendiri permohonan untuk menjadi tentera darat secara diam-diam," katanya.
Selain itu, Ruslan mengakui merindui perangai Ahmad Farhan yang sentiasa mengambil berat dan tidak pernah menyusahkan orang lain untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Tambah pesara tentera itu, disebabkan perangainya, Ahmad Farhan rajin mencari kerja sambilan untuk mengumpul duit.
"Sejak saya bersara, saya tinggal berasingan dengan mereka. Jadi, setiap kali saya pulang ke sini, dia akan membeli kepala ikan dengan menggunakan duit simpanannya dan meminta ibunya memasak lauk kegemaran saya itu," katanya.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd



Impian Zulkifli bina kedai bantu adik tertunai

[You must be registered and logged in to see this image.]
KHATIJAH ISMAIL

BESUT 12 Feb. - Hampir setahun berlalu tetapi bagi ibunya, Khatijah Ismail, 65, terasa masih baru sahaja anaknya Allahyarham Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat meninggalkannya kerana ingatan masih begitu tebal.
"Dia pergi lebih awal daripada mak cik. Dulu arwah (Zulkifli) pernah beritahu mak cik yang dia akan mengumpulkan wang hendak bina sebuah kedai di depan rumah kami untuk kesenangan adik-adiknya pada masa depan.
"Kini, impian arwah hampir tertunai apabila sebuah kedai jahit mula dibina dan akan diusahakan oleh adik perempuannya," kata Khatijah.
Zulkifli adalah pegawai polis komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah pada Mac tahun lalu.
Menurut Khatijah, kedai dibina hasil wang sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak sebagai tanda ingatan terhadap anak ketiga daripada enam beradik itu.
"Apabila mak cik terkenang balik apa yang pernah diucapkan oleh arwah sebelum ini, mak cik panggil anak-anak mak cik yang lain dan bincang untuk bina satu kedai dengan sebahagian wang tersebut sebagai tanda ingatan terhadap arwah.
"Lagipun, dengan adanya kedai itu, ia setidak-tidaknya dapat menambah pendapatan kami anak beranak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat sini baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi 2 Mac yang lalu, Zulkifli merupakan antara anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam pertempuran yang turut membunuh 12 penceroboh bersenjata rakyat asing itu.
Dalam pada itu, Khatijah yang kini tinggal dengan anak keempatnya, Zainal Abidin, 28, bersama menantu serta dua orang cucu di rumah itu memberitahu, sehingga kini, masih ada rakan-rakan serta kenalan Zulkifli yang singgah ke rumahnya selepas menziarahi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Bayor tidak jauh dari rumah mereka.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd






--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by atreyudevil on Wed Feb 26, 2014 6:37 am

Pemergian beri kesan mendalam
[You must be registered and logged in to see this image.]
Rosiah Dahlan

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kini setelah hampir setahun pemergian Allahyarham Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, yang terkorban dalam serangan pengganas Kiram di Kampung Simunul, Semporna, Sabah, seisi keluarga terus tabah menerima ketentuan ilahi.
Pemergiannya pada malam ulang tahun perkahwinannya yang ke-23 bersama isteri, Rosiah Dahlan, 52, pada 2 Mac itu meninggalkan kesan cukup mendalam terhadap keluarga. Apatah lagi Allahyarham seorang yang suka memanjakan isteri dan tiga anaknya.
Menurut Rosiah, sepanjang tempoh itu, apabila diimbas beberapa tingkah laku Allahyarham sebelum kejadian, wira negara itu seolah-olah memberi petunjuk tentang pemergiannya.
"Arwah ada beritahu adik-beradiknya ketika pulang ke kampung di Terengganu bahawa beliau tidak akan pulang berhari raya di kampung lagi sebab sudah ada rumah sendiri. Apabila dengar arwah berkata seperti itu, saya juga rasa hairan.
"Malah sebulan sebelum kejadian, kami sekeluarga pergi ke Mesir melawat anak kedua yang belajar di sana, arwah kata beliau tidak suka Mesir dan tidak mahu pergi lagi ke sana, sedangkan anak kami baru setahun belajar di sana.
"Ketika itu juga dia beria-beria hendak bergambar dengan anak sulung kami dengan alasan tidak pernah bergambar berdua," katanya ketika ditemui di rumahnya di USJ 9, Subang Jaya dekat sini baru-baru ini.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki dan dua perempuan iaitu Amirul Shafiq, 22, sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Pemasaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Segamat, Amira Shahira, 20, belajar perubatan di Mesir dan Amira Shahida, sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Rosiah berkata, bagi mendapat gambaran sebenar mengenai insiden yang menimpa suaminya itu, beliau sekeluarga telah pergi ke lokasi kejadian di Kampung Simunul, Semporna, November lalu.
"Di sana, saya berjumpa seorang anggota Cawangan Khas yang bersama arwah semasa kejadian itu. Dia ceritakan dari awal hingga akhir apa yang terjadi. Saya berpuas hati apabila saya dapat tahu apa sebenarnya berlaku," katanya yang mengunjungi pusara Allahyarham setiap hari Jumaat dan hujung minggu.
Menceritakan kembali detik hitam yang berlaku setahun lalu itu, Rosiah berkata, beliau bersama Amirul Shafiq dan Amira Shahida menghantar Allahyarham ke lapangan terbang seminggu sebelum kejadian itu.
"Saya hanya siapkan tiga helai pakaian untuk arwah kerana diberitahu arwah akan beri taklimat di Kota Kinabalu untuk tiga hari sahaja. Segala pergerakan arwah, beliau maklumkan kepada saya cuma tidak beritahu apa dibuat," ujarnya.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd


Air mata mengalir setiap kali teringat memori bersama Ahmad Hurairah
[You must be registered and logged in to see this image.]
RAHMAH Mamat menunjukkan uniform tentera milik Ahmad Hurairah Ismail ketika ditemui di rumahnya di Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini.

PASIR MAS 12 Feb. - Walaupun sudah hampir setahun Koperal Ahmad Hurairah Ismail meninggal dunia, sehingga kini ingatan keluarga kepada wira negara itu semakin menebal.

Setiap detik, memori bersama Ahmad Hurairah terus terpahat tatkala itu juga air mata setiap ahli keluarga pasti akan mengalir.

"Setiap malam, apabila mengingati dia (Ahmad Hurairah), hati saya pasti berasa sayu.

"Lebih-lebih lagi, apabila mengingati kembali janji dia mahu pulang ke kampung untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada saya," kata ibunya, Rahmah Mamat, 51, ketika ditemui di Kampung Bayu Lalang, di sini baru-baru ini.

Cerita Rahmah, sehingga hari ini dia tidak sanggup melihat barangan kepunyaan anak ketiganya itu kerana akan mengingatkan kembali ingatannya kepada Ahmad Hurairah.

"Sehingga hari ini, saya hanya menyimpan barang-barang seperti pakaian, album gambar dan trofi milik Ahmad Hurairah dalam almari berkunci.

"Saya memang tidak boleh melihat langsung barang-barang milik dia, saya tidak sanggup untuk menanggung kerinduan," katanya.

Sebelum Ahmad Hurairah menyertai operasi di Lahad Datu, Sabah, kata Rahmah, anaknya itu sempat menghubungi dia untuk meminta dihalalkan makan minum selain meluahkan rasa rindu pada keluarga.

Apabila ditanya mengapa anaknya itu berkata sebegitu, ujar ibu kepada 12 orang anak itu, Ahmad Hurairah seperti kelazimannya hanya mendiamkan diri.

"Saya tidak sangka, itu adalah panggilan terakhir daripada dia selepas dua tahun tidak bertemu," katanya sambil mengelap air mata.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by atreyudevil on Wed Feb 26, 2014 6:38 am

Waris harap kenduri arwah di Masjid Negara
SHAH ALAM 12 Feb. - "Meskipun Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud telah meninggalkan kami hampir setahun lalu tetapi senda gurau arwah masih terngiang-ngiang di telinga."
Begitulah luahan hati Che Azni Ahmadun, 49, abang sepupu kepada Sabarudin, anggota polis komando VAT 69 yang terbunuh di Lahad Datu.
Menurut Che Azni, wajah arwah Sabarudin ketika ditatap buat kali terakhir semasa upacara pengebumian juga sukar untuk dilupakannya.
"Arwah seorang yang ceria... saya sukar untuk melupakannya. Sehingga sekarang rasa rindu kepadanya masih tidak pernah pudar," katanya ketika ditemui di kediamannya di Seksyen 24 di sini hari ini.
Malah katanya, perasaan rindu serta kehilangan juga semakin kuat terasa.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat mengadakan satu majlis kenduri arwah di Masjid Negara untuk mengenang pemergian wira-wira Lahad Datu yang terkorban.
Beliau juga berharap rakyat di negara ini bersatu dan sayangkan keamanan negara kerana ia bukanlah datang secara percuma.
Che Azni berkata, kerajaan juga perlu mewujudkan satu memorial untuk mengenang wira-wira Lahad Datu yang gugur ketika mempertahankan negara di muzium untuk membakar semangat golongan muda supaya menjadi lebih patriotik.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wajib hukum petualang, pengkhianat


[You must be registered and logged in to see this image.]
Keratan Utusan Malaysia berhubung insiden serangan di Lahad Datu, Sabah.
KOTA KINABALU 11 Feb. - Hanya binatang buas memperlakukan mangsanya dengan penuh kejam. Ia langsung tidak pelik kerana spesies itu tidak berakal. Tetapi apabila manusia yang melakukannya, ternyata mereka lebih hina daripada binatang.
Ini hakikat bukan lakonan. Hanya manusia bertopengkan syaitan yang sanggup melakukannya. Kekejaman tanpa langsung ada perasaan perikemanusiaan inilah yang dilakukan kumpulan pengganas Kiram terhadap pasukan keselamatan di Kampung Simunul, Semporna dan Tanduo, Lahad Datu, Sabah, setahun lalu.
Seramai 10 wira negara terkorban dalam tragedi berdarah itu, lapan anggota polis dan dua tentera. Kezaliman pengganas itu adalah dahsyat sehingga langsung tidak terfikir oleh akal waras.
Dalam kejadian 1 Mac tahun lalu di Kampung Tanduo, dua anggota pasukan komando VAT 69, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, ditembak di kepala oleh penembak tepat semasa melakukan rondaan keselamatan.
Pasukan keselamatan dibunuh dengan penuh tipu muslihat melalui serangan gerila. Malah mereka amat ganas dan kejam sehingga sanggup memperlakukan sesuka hati kezaliman terhadap tubuh anggota keselamatan yang dibunuh dan semasa mereka masih nazak, seperti yang berlaku di Simunul, Sabah.
Selepas mereka ditawan, kepala wira negara dipenggal. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga anggota pasukan keselamatan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dada dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Malah, badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan, kemudian dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua-dua biji mata dicungkil menggunakan senjata tajam.
Terdapat juga yang tangannya ditetak sehingga kudung dan kepala dikelar menggunakan kerambit. Apa gelaran selayaknya bagi pengganas yang langsung tidak berperikemanusiaan ini?
Seorang wira negara yang terselamat dalam tragedi Simunul itu, Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, kepalanya ditetak, perut dan tangan kiri ditembusi tiga das tembakan; tapak tangan kanan putus, tulang atas pergelangan tangan kanan serta jari telunjuk kiri tersembur ditakik dengan kapak.
Sekali lagi ditegaskan, dalang di sebalik tragedi berdarah ini tanpa mengira sesiapa pun apabila perbuatan mereka itu menggadaikan kedaulatan negara tidak boleh dimaafkan sama sekali. Petualang dan pengkhianat negara ini wajib dihukum.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by atreyudevil on Wed Feb 26, 2014 6:39 am

Wanita selamatkan polis terima ugutan bunuh

[You must be registered and logged in to see this image.]

SEMPORNA 11 Feb. - Usaha murni seorang wanita menyelamatkan anggota polis ketika insiden pertempuran di Kampung Simunul di sini tahun lalu menyebabkannya menerima surat ugutan bunuh dipercayai daripada kumpulan pengganas Kiram.
Sutera Abdul Rahman, 59, berkata, dia dan suami menerima surat itu dua bulan selepas insiden meragut nyawa enam anggota pasukan keselamatan di kampung tersebut.
Menceritakan lebih lanjut, sebaik pulang daripada berniaga, dia dan suami terlihat sepucuk surat tanpa sampul diselit di daun pintu rumahnya kira-kira pukul 6 petang.
"Saya kemudian berseloroh kepada suami bahawa surat tersebut merupakan surat penghargaan kerajaan atau pejabat daerah atas pertolongan ketika menyelamatkan anggota berkenaan.
"Namun, apabila melihat surat tersebut yang ditulis dalam bahasa Tagalog dan Suluk, saya yakin ini 'kiriman dendam' saki baki ahli pengganas Kiram yang tidak berpuas hati dengan saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Antara isi kandungan surat ugutan itu ialah:
"Di sini surat ini datang untuk Hajah Jubaidah (Zubaidah). Hajah, kamu dengan polis sama sahaja. Yang buat kami marah dengan kamu sebab kamu tolong polis. Baguslah kamu bersembunyi. Kalau kau yang kena (bunuh/cedera) polis tidak akan tolong. Kami beritahu kau baguslah kau tolong mereka (polis) tapi kalau bukan Hajah/polis akan dibunuh. Wassalam untuk kau dan polis."
Sutera yang juga dikenali sebagai Hajah Zubaidah berkata, dia langsung tidak berasa gentar dengan ugutan itu kerana percaya ajal maut dirinya, suami dan anak-anak adalah ketentuan Allah. Dia juga yakin pasukan keselamatan akan menjaga keselamatannya.
Tambahnya, selepas menerima surat ugutan yang bertarikh 29 Mei tahun lalu itu, dia dan suami membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
Ketika diminta menceritakan kembali malam insiden tersebut, Sutera berkata, ketika dalam perjalanan pulang daripada berniaga dia sudah melihat kelibat anggota polis di luar pekarangan kampung dan di atas jambatan kayu menghala ke beberapa rumah termasuk rumahnya.
Katanya, sebaik mengunci pagar jeriji dan pintu dia segera menunaikan solat maghrib dan kemudian menyediakan makan malam sebelum anak perempuannya, Dalma Majid, 25, pulang ke rumah tersebut.
"Selang beberapa minit, pintu rumah saya diketuk tetapi saya tidak membukanya kerana mereka bersenjata dan berpakaian biasa sebelum seorang anggota polis lengkap berpakaian polis dan bersenjata memperkenalkan diri.
"Saya kemudian memberi kerjasama kerana anggota terbabit memberitahu ingin menggeledah rumah saya mencari seorang bernama 'haji'," katanya yang memberitahu tiada individu bernama 'haji' di rumah berkenaan.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by atreyudevil on Wed Feb 26, 2014 6:40 am

Wajah bengis pengganas Kiram masih diingati


[You must be registered and logged in to see this image.]
PAKAIAN seragam pengganas Kiram yang dipamerkan di sebuah galeri di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

LAHAD DATU 11 Feb. - "Walaupun pencerobohan pengganas Kiram sudah hampir setahun, tetapi ingatan saya masih kuat terhadap wajah-wajah bengis kumpulan itu. Mereka mengerumuni kedai runcit saya seawal pukul 6.30 pagi pada Isnin, 5 Mac tahun lalu."
Demikian cerita seorang penduduk Kampung Tanjung Labian, Hamid Dilma, 64, ketika ditanya saat-saat getir berhadapan atau bertentang mata dengan kumpulan pengganas Kiram itu.
Menceritakan lebih lanjut, pada masa itu dia yang sedang membuka kedai runcitnya berasa hairan apabila melihat sekumpulan individu berpakaian 'tentera' membawa senapang dan parang panjang datang dari arah kebun Kampung Tanduo.

Tanjung Labian terletak bersebelahan dengan Tanduo iaitu jaraknya kira-kira satu kilometer.
Menurut Hamid, kumpulan itu melulu ke kedainya dan memberitahu ingin membeli kelengkapan dapur seperti beras, tepung, air, keropok serta beberapa lagi makanan segera.

[You must be registered and logged in to see this image.]
GAMBAR bertarikh 25 Februari 2013 menunjukkan Azzimudie Kiram (kanan) bersama orang kanannya ketika sesi rundingan berlangsung di sebuah rumah kosong di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

"Salah seorang daripada mereka membawa parang panjang. Seorang lagi iaitu bekas Penolong Pegawai Daerah Kudat, Azzimudie Kiram memberitahu agar tidak panik sebaliknya ikut arahan dengan menjual barang yang mereka kehendaki," katanya yang mendakwa kesemua mereka berada dalam keadaan lesu dan lapar.
Tambah Hamid, ketika kejadian itu, dia amat risau kerana bimbang kumpulan itu bertindak di luar kewarasan manusia dengan menggantung dan membunuh dirinya dengan kejam.
"Apa sahaja yang dimahukan pengganas itu dituruti kerana bimbang diancam. Mereka membayar menggunakan wang tunai ringgit dan peso Filipina ketika membeli barang keperluan itu," katanya.
Beliau menambah, penduduk kampung yang cuba menyelamatkan diri melalui laluan utama gagal berbuat demikian kerana disekat kumpulan pengganas sebelum dihimpunkan di pekarangan kedainya.
Katanya, pada ketika itu, kira-kira 30 penduduk yang cuba melarikan diri ditahan sebelum dibebas tanpa dicederakan kira-kira sejam kemudian.
"Saya pula gagal menyelamatkan diri kerana sentiasa dikawal ketat beberapa pengganas. Salah seorang daripada mereka juga menumpang bermalam di rumah saya," katanya.

Artikel Penuh: [You must be registered and logged in to see this link.]
© Utusan Melayu (M) Bhd

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by atreyudevil on Sat Mar 01, 2014 6:31 am

Kampung Tanduo selepas 1 tahun

dimana setahun lalu, darah perwira Malaysia gugur dibumi ini.

#LD1313

[You must be registered and logged in to see this image.]

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Mengingati Lahad Datu #LD1313

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum