Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:37 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171894 messages in 1313 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Come and embrace photography

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Go down

Come and embrace photography

Post by observateur on Mon May 10, 2010 6:48 am

Salam.

Thread utk bincang, tips & sebagainya buat penggemar photography. Esp juga since kak leena nak sambar canon 1000D & Pak Long pun ada tunjuk minat.

Elok juga utk letak gambar2 sebagai bahan perbincangan. Syaratnya gambar sendiri. Gambar2 macam ansel adams ke taruh thread yg satu lagi ye!

TQ

observateur
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 2914
Reputation : 106
Join date : 18/04/2010
Age : 49

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by harleena on Mon May 10, 2010 6:52 am

thanks observateru sebab bukak topik ni. Memang tadi rasanya nak bukak topik ni sebab banyak nak belajar pasal photography ni.

harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 48

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by zulupapa on Mon May 10, 2010 7:01 am

bagus dah ada thread ni .... sekurang-kurangnya ada juga tips dan info berkaitan dengan dslr ni ..... tak kira la samada dslr pemiliknya nikon ke, canon ke dsb .....

mungkin ada yang boleh memberikan tips awal pasal photography ni ....

zulupapa
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1633
Reputation : 83
Join date : 21/04/2010
Age : 71

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Mon May 10, 2010 7:13 am

cantekkk, nanti kita tempek gambar n tulis properties dia so leh discuss apa teknik kita pki... Smile

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by observateur on Mon May 10, 2010 7:15 am

Soalan kak leena berkenaan aperture f32, f64...

Aperture adalah (saiz) bukaan atau lubang (yg kasi cahaya masuk). Lagi kecik nombor (f1.8. f3.2...) bermakna lebih besar bukaan tu. Lebih besar nombor (f16, f32..) bermakna lebih kecik bukaan tu.

Macam bukaan anak mata. Bila siang, cahaya matahari terang, anak mata mengecil utk control cahaya tak masuk banyak sangat.

Dalam gelap, anak mata membesar utk melihat dgn lebih baik sebab cahaya kurang. Bukaan lebih besar utk lebih cahaya (boleh masuk).

Aperture ni dia ada pada lens, bukan body. Utk indoor, biasanya camera akan set aperture besar supaya banyak cahaya masuk. Bila cukup cahaya, shutter speed akan lebih tinggi (tu kurangkan risiko camera shake - gambar blur).

Tapi bila aperture besar (f2, f3.2), kena fokus betul2. Tang kat fokus (object) tu aje dia sharp. Background atau foreground akan jadi kurang sharp atau blur (mengikut besarnya bukaan aperture). Utk portret, sesuai bukaan besar sebab kita nak highlight muka orang (atau object) tu aje. Tamau mende2 tak relevan di background atau foreground "kacau".

Utk gambar2 landscape atau permandangan, elok pakai aperture kecil (f16, f32...) sebab hampir semuanya akan sharp dari foreground sampai ke background. Cuma, nak pakai aperture kecik ni kena keadaan yg terang.

bukaan aperture f64 hanya didapati pada lens spesel. Lens2 biasa (dslr...) paling kecik biasanya f32 aje. Photographer terkenal Ansel Adams amik gambar landscape pakai f64 dan hasilnya huiii. Ada yg macam nak give up sebab tak berjaya nak amik gambar sharp macam ansel adams. Yelah, lens biasa paling kua pun f32. Mamat ni pakai f64.

Harap2 kak leena boleh paham. panjang gak syarah ni.

Aperture ni berkait rapat dgn shutter speed. Bila bukaan besar (cahaya cukup), shutter speed pun boleh laju (kurang risiko blur). Sebaliknya bila bukaan kecik (cahaya kurang), kena compensate dgn slow shutter speed supaya cahaya cukup. Ni dah masuk bab lain.

Kita cite plak selepas neh.

Ven atau sesape dipersilakan tambah2 atau perbaiki lagi bab aperture neh. TQ

observateur
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 2914
Reputation : 106
Join date : 18/04/2010
Age : 49

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by observateur on Mon May 10, 2010 7:17 am

Aku ingat takyahla strictt sngat pasal gambar sendiri sebab tujuan utk sama2 belajar.

Ndaknya kalo kak leena suruh tunjuk example landscape dgn f64, mana aku nak buat? kena gak pinjam gambar ansel adams. eheheh Embarassed

observateur
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 2914
Reputation : 106
Join date : 18/04/2010
Age : 49

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by zulupapa on Mon May 10, 2010 7:24 am

disebabkan dslr ni mahal, mesti ada cara penjagaannya .... pantang larang dsb ....

zulupapa
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1633
Reputation : 83
Join date : 21/04/2010
Age : 71

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Mon May 10, 2010 7:31 am

zulupapa wrote:disebabkan dslr ni mahal, mesti ada cara penjagaannya .... pantang larang dsb ....

- masa nak tukar lens pastikan kamera face down so habuk or air x masuk dlm...

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by observateur on Mon May 10, 2010 7:39 am

zulupapa wrote:disebabkan dslr ni mahal, mesti ada cara penjagaannya .... pantang larang dsb ....

semua camera basic dia penjagaan yg sama. Tapi betulla, dslr buleh tukar2 lens jadi penjagaannya memang kena lebih skit.

Yg pertama kena jaga, jangan sentuh lens. Bekas cap jari akan kurangkan performance lens. Sama gak dgn compact biasa, takleh sentuh lens. Yg ditakuti lagi bila tercalar lens bila mengelap (cap jari). Sebab tu kalo dslr, awal2 lagi siap pasang UV filter, bukan sahaja utk filter UV ray tapi lebih penting utk jaga permukaan lens.

Yg kedua bab habuk, Dslr moden ada filter habuk neh tapi kalo terlebih habuk (sebab cuai, kurang penjagaan..), terencat gak performance camera. Bila buka lens utk tukar lens lain, kita selalu kena jaga. Jgn biar lama sangat semasa nak ganti lens. Jgn biar terlentang bila tukar lens... common sense kena ada.

Moisture atau kelembapan kena jaga. Kalo tempat terlebih lembab, fungus boleh jadi. Kalo dah kena kat lens (esp belah dalam) kira abisla lens tu. Sangat mahal utk bersihkan. Kalo camera murah spt compact, mungkin tak payah kecoh sangat. Tapi kalu dah invest sampai 5-6 angka punya equipment... elok beli dry box. Tiap kali lepas pakai, masuk dalam dry box nih.

Yg lain2 kira common sense jugak. Janganla pakai lasak2 sampai terhantuk sana sini.

Mungkin Ven atau yg lain boleh tambah atau perbaiki. TQ

observateur
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 2914
Reputation : 106
Join date : 18/04/2010
Age : 49

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Mon May 10, 2010 7:47 am

kawe bab2 menulis nih x pandailer pki term2... kawe tau tunjuk direct jerk, he3... kira mcm short n sharp... Smile

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by harleena on Mon May 10, 2010 12:12 pm

observateur wrote:Soalan kak leena berkenaan aperture f32, f64...

Aperture adalah (saiz) bukaan atau lubang (yg kasi cahaya masuk). Lagi kecik nombor (f1.8. f3.2...) bermakna lebih besar bukaan tu. Lebih besar nombor (f16, f32..) bermakna lebih kecik bukaan tu.

Macam bukaan anak mata. Bila siang, cahaya matahari terang, anak mata mengecil utk control cahaya tak masuk banyak sangat.

Dalam gelap, anak mata membesar utk melihat dgn lebih baik sebab cahaya kurang. Bukaan lebih besar utk lebih cahaya (boleh masuk).

Aperture ni dia ada pada lens, bukan body. Utk indoor, biasanya camera akan set aperture besar supaya banyak cahaya masuk. Bila cukup cahaya, shutter speed akan lebih tinggi (tu kurangkan risiko camera shake - gambar blur).

Tapi bila aperture besar (f2, f3.2), kena fokus betul2. Tang kat fokus (object) tu aje dia sharp. Background atau foreground akan jadi kurang sharp atau blur (mengikut besarnya bukaan aperture). Utk portret, sesuai bukaan besar sebab kita nak highlight muka orang (atau object) tu aje. Tamau mende2 tak relevan di background atau foreground "kacau".

Utk gambar2 landscape atau permandangan, elok pakai aperture kecil (f16, f32...) sebab hampir semuanya akan sharp dari foreground sampai ke background. Cuma, nak pakai aperture kecik ni kena keadaan yg terang.

bukaan aperture f64 hanya didapati pada lens spesel. Lens2 biasa (dslr...) paling kecik biasanya f32 aje. Photographer terkenal Ansel Adams amik gambar landscape pakai f64 dan hasilnya huiii. Ada yg macam nak give up sebab tak berjaya nak amik gambar sharp macam ansel adams. Yelah, lens biasa paling kua pun f32. Mamat ni pakai f64.

Harap2 kak leena boleh paham. panjang gak syarah ni.

Aperture ni berkait rapat dgn shutter speed. Bila bukaan besar (cahaya cukup), shutter speed pun boleh laju (kurang risiko blur). Sebaliknya bila bukaan kecik (cahaya kurang), kena compensate dgn slow shutter speed supaya cahaya cukup. Ni dah masuk bab lain.

Kita cite plak selepas neh.

Ven atau sesape dipersilakan tambah2 atau perbaiki lagi bab aperture neh. TQ

ok. so, mana nak tau kamera kita tu pakai f apa? ada tertulis kat spec ke?

harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 48

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by zulupapa on Mon May 10, 2010 12:43 pm

cara untuk mengetahui jumlah ’shutter count kamera’ yang telah digunakan. Anda boleh cuba gunakan link di bawah untuk mengetahui ‘exif’ dan ’shutter count’ kamera digital anda.

http://regex.info/exif.cgi

http://www.opanda.com/

zulupapa
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1633
Reputation : 83
Join date : 21/04/2010
Age : 71

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by observateur on Mon May 10, 2010 2:53 pm

TQ Pak Long utk tips yg sangat berguna.

Kak Leena, ni contoh gambar pakai aperture besar. Tempat yg difokus (stroberi, buih sabun) tu yg sharp. Yg lain blur.


[/quote]

[Ven pinjam gambar adik ko...TQ]

observateur
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 2914
Reputation : 106
Join date : 18/04/2010
Age : 49

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Mon May 10, 2010 3:14 pm

observateur wrote:TQ Pak Long utk tips yg sangat berguna.

Kak Leena, ni contoh gambar pakai aperture besar. Tempat yg difokus (stroberi, buih sabun) tu yg sharp. Yg lain blur.



[Ven pinjam gambar adik ko...TQ][/quote]

no prob... dia guna nikon

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by observateur on Mon May 10, 2010 3:54 pm

Ni contoh gambar2 Ansel Adams (biasanya dia pakai f64). Tengok gambar: fore ke background - semua sharp belake. Payah nak dapat sharpness macam nih. Kalo suka buleh google
[note: gambar ni discan & resolution tak besar. Kalo tengok real pix, huiii...]




observateur
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 2914
Reputation : 106
Join date : 18/04/2010
Age : 49

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Mon May 10, 2010 3:58 pm


camera model - Canon 450D
shutter speed - 1/64
aperture - f/5.7
ISO - 400
focal length - 50mm



beberapa teknik photography dari aku - using zoom n apature effect

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by zulupapa on Tue May 11, 2010 3:30 am

observateur, tips tu pun anak pak long yang berikan .... Very Happy

zulupapa
Lt Colonel
Lt Colonel

Mymil
Posts : 1633
Reputation : 83
Join date : 21/04/2010
Age : 71

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by harleena on Tue May 11, 2010 11:05 am

venez wrote:
camera model - Canon 450D
shutter speed - 1/64
aperture - f/5.7
ISO - 400
focal length - 50mm



beberapa teknik photography dari aku - using zoom n apature effect

ISO tu apa pulak?

harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 48

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Tue May 11, 2010 11:11 am

Setting ISO pada kamera digital akan menentukan seberapa tinggi tingkat sensitivity sensor kamera terhadap cahaya yang ada (coz dslr kamera xder filem). Semakin tinggi nilai sensitivity tersebut maka akan semakin sedikit jumlah cahaya yang diperlukan untuk menghasilkan gambar. for example, semakin kurang cahaya yang ada maka semakin tinggi nilai ISO yang mesti kita setting pada kamera.

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Info dan teknik fotografi

Post by venez on Tue May 11, 2010 11:15 am

Untuk belajar tentang asas fotografi x semestinya anda perlu menghadiri kelas2 berbayar. Anda boleh membaca diinternet, buku dan mencuba. Cubalah berkali2 sampai anda faham. Kamera digitalkan. X perlu fikir nak beli filem atau sebagainya. Cuba, x jadi, jgn delete dulu, tgk dan analisis sebab apa gambar tu x jadi seperti yang sepatutnya. Mencuba atau latihan itu penting.

Cara saya belajar

1. Saya akan letak satu subjek di depan saya, saya akan shoot dari aperture paling kecil sampai paling besar, dari iso paling rendah sampai paling tinggi atau semua setting yang ada. Kemudian saya akan bandingkan semuanya.
2. Untuk composition atau cara berfikir kreatif, saya letak satu subjek contohnya kasut di atas meja, kemudian saya akan shoot dari pelbagai angles, pelbagai rules kemudian saya akan bandingkan.
3. Dan saya suka tgk gambar di majalah, internet, Flickr yang mempunyai Exchangeable image file format (EXIF) atau dalam kata mudah spesifikasi/maklumat tentang gambar, saya akan cuba hasilkan gambar menggunakan setting yang digunakan jurugambar asal sampai setepat mungkin.
4. Sentiasa tgk2 dan analisis gambar yang dihasilkan oleh jurugambar ‘pro’ dan jurugambar yang menghasilkan gambar yang cantik dan terbaik.

- dari blog jurugambar

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Tue May 11, 2010 11:18 am

Kaitan Shutter, Aperture dan ISO…

Apakah kaitan antara Shutter, Aperture dan ISO… ? Adakah mereka adik beradik ? sepupu ? atau jiran ???

Ketiga2 ini merupakan faktor paling penting dalam photography… Ianya menentukan exposure sesuatu gambar tersebut. Selain exposure, ianya turut mempengaruhi faktor lain seperti “depth of field” atau keluasan fokus , sharpness dan lain-lain…

Penggunaan ketiga-tiga faktor ini dalam penghasilan sesuatu gambar itu perlulah harmoni memandangkan ianya merupakan faktor penentu kepada exposure sesuatu gambar itu…

Harmoni? mengapa saya kata harmoni? begini… kita bermula dengan kenali apa itu tiga komponen ini dahulu…

1 ) Shutter


Satu komponen di dalam kamera dimana ianya berfungsi untuk menentukan jumlah cahaya yang akan masuk di dalam ke sensor atau filem sesebuah camera itu sendiri pada jumlah masa yang tertentu. Kelajuan nya dikira dalam millisecond atau milisaat… laju tuuu….

2) Aperture


Aperture juga menjalankan fungsi dimana ianya menentukan jumlah cahaya yang akan masuk melalui lens dan terus ke sensor atau filem. Aperture juga mempengaruhi beberapa perkara lain di dalam photography sebagai contoh depth of field atau darjah subjek di dalam focus dan ianya turut mempengaruhi sharpness sesuatu gambar itu sendiri. Aperture dibaca dalam unit “f” contoh nya, f2.8 , f4, f5.6 gitu… Dan aperture mempunyai bacaan yang terbalik dari keadaan fizikal dia… Semakin besar bukaan aperture itu, semakin kecil lah nombor dia… rujuk rajah di bawah…



3) ISO sensitivity atau speed


Setengah orang panggil sensitivity setengah panggil speed… suka hati korang lah nak panggil ape. - Ini pula merupakan tahap ke-sensitif- an sensor atau filem anda terhadap cahaya. Kalau korang masih ingat la kan, masa zaman filem dulu, pegi kedai gambar ah chong beli filem, mesti die cakap “bili ini filem ampat latus punya laa… ini manyak telang punya woOoo… waaa gelenti punyaaa”. 400 Itulah ISO sensitivity or speed. Biasanya rating ISO ni bermula dari 50 hingga ke 1600. bergantung pada camera. Ada yang bermula dari 100 atau 200… camera canggih-canggih & mahal-mahal ni ade yang ISO sampai 3200 sampai 6400 pun ade… fuyooOooohhh… ISO ni penting bila korang nak tangkap gambar malam-malam kan… Gelap… jadi korang naik kan la ISO kamera korang tu…

Jadi sekarang, bagaimana mereka berkait… ? korang mesti ingat lagi pasal exposure kan? ingat tak pasal exposure indicator? . Perhatikan kamera korang, tengok pada exposure indicator tu, seperti yang kita bincang kan kat dalam entry berkenaan exposure, tiga perkara di atas saling berkaitan antara satu sama lain…

Secara mudah nak faham lah. Bila shutter korang perlahan, jadi ianya membenarkan lebih banyak cahaya masuk mengenai sensor korang… Jadi, aperture pula akan menjalankan tugas untuk mengecilkan bukaan dia untuk mengurangkan jumlah kemasukan cahaya . Macam tu juga lah bila shutter korang laju… Aperture akan membuka lebih besar untuk membenarkan lebih cahaya masuk.

Situasi di atas pula (shutter laju atau slow/aperture besar atau kecil) di tentukan oleh tahap kesensitifan sensor… which is ISO lah… Apabila ISO korang makin sensitif terhadap cahaya . Jadi korang perlulah melajukan shutter dan mengecilkan aperture untuk korang dapat exposure yang ideal… Dan, begitulah juga sebaliknya…

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Tue May 11, 2010 11:20 am

for those wanna learn basic photographer macam aku, bleh selak2 pdf nih : asas fotografi

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by harleena on Wed May 12, 2010 3:54 am

Good topik buat orang2 baru macam akak. thanks sebab bukak topik ni.

harleena
MODERATOR
MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 4168
Reputation : 81
Join date : 18/04/2010
Age : 48

http://wadahharleena.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by venez on Wed May 12, 2010 3:58 am

no prob kak... sy merge topik utk senang refer teknik dan gambar... Smile

--------------------my siggy below--------------------





venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by mumuchi on Thu Jun 10, 2010 6:59 am

Terimakasih! Sangat ilmiah. Ok nak tanya, antara nikon dan canon, apa adv dan disadv. macam ada dua puak lak tengok. Dan pilihan untuk beginner yang sesuai utuk bajet bawah RM2.5K, apa yang bagus dari segi complete kit, pembelajaran penggunaan dan daya tahan obsolescense untuk say 3 tahun akan datang!

(ni tgh pikir nak sambar hd tv ke dslr ni confused

mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 19546
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Re: Come and embrace photography

Post by Sponsored content Today at 8:15 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum