Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by atreyudevil Sun Feb 05, 2017 6:23 pm

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171925 messages in 1318 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Perbandingan : Samsung Galaxy S3 Dan Galaxy S4

View previous topic View next topic Go down

Perbandingan : Samsung Galaxy S3 Dan Galaxy S4

Post by venez on Sat Mar 16, 2013 5:26 am



Samsung semalam telah pun melancarkan Galaxy S4 secara rasminya, dan semestinya apa yang dikatakan ramai adalah berkenaan dengan rekabentuk peranti berkenaan yang menyerupai Galaxy S3. Jadi, mari kita lihat perbandingan antara kedua-dua peranti ini daripada apa yang kita ketahui buat masa ini.

Spesifikasi :

Samsung Galaxy S4
Cip 4+4 Teras 1.6Ghz
Skrin 5-inci (HD penuh)
Kamera 13MP / 2MP
Memori 2GB RAM
Bateri 2600mAh

Samsung Galaxy S3
Cip Empat Teras 1.4Ghz
Skrin 4.8-inci
Kamera 8MP / 1.9MP
Memori 1GB RAM
Bateri 2100mAh

Samsung Galaxy S3 telah dilancarkan pada tahun lepas, maka perbezaan antara kedua-dua peranti ini daripada spesifikasi semestinya adalah ketara, dengan Galaxy S4 mendahului S3 dalam pelbagai perkara.

Samsung Galaxy S4 didatangkan dengan peningkatan dari segi skrin yang kini membawakan paparan resolusi penuh untuk gambar yang lebih tajam dan jelas, serta dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan teras (4+4) daripada Samsung, iaitu Exynos 5 OctaCore.

Kedua-dua peranti ini turut sama didatangkan dengan bateri yang boleh ditanggalkan, disamping menyertakan ruangan mikro-SD sekiranya pengguna inginkan ruangan storan yang lebih besar.

Rekabentuk

Rekabentuk kedua-dua peranti ini boleh dikatakan lebih kurang sama tanpa sebarang perubahan yang besar. Namun, Samsung mengatakan Galaxy S4 lebih solid berbanding dengan peranti generasi sebelumnya.




Seperti dapat dilihat, Galaxy S3 membawakan rekabentuk yang lebih membujur berbanding S4, selain mana Galaxy S4 membawakan rekaan bahagian tepi kerangka yang lebih nipis.

Pada bahagian belakang peranti pula, kedudukan flash turut diubah untuk memberikan kesan pencahayaan yang lebih baik, disamping kedudukan speaker pada bahagian bawah Galaxy S4.

Aplikasi

Samsung pada peranti Galaxy S3 dan Galaxy S4 membawakan pelbagai sokongan dan aplikasi baru. Galaxy S3 memperkenalkan sokongan Smart Stay yang membawakan sokongan pengesanan adakah pengguna memandang peranti ataupun tidak. Samsung kelihatan terus menambah baiknya pada Galaxy S4, dengan menyertakan sokongan dinamakan Smart Scroll, dan juga Smart Pause.

Selain itu, S-Voice yang diperkenalkan pada Galaxy S3 turut ditambah baik dengan kebolehan untuk digunakan ketika memandu pada Galaxy S4.

Sokongan lain yang turut ditambah pada Galaxy S4 adalah termasuk kebolehan untuk mengasingkan penggunaan peranti untuk pekerjaan dan peribadi melalui Samsung Knox, serta beberapa fungsi baru lain, seperti S-Health dan S-Translator.

Walaupun beberapa fungsi ini dikatakan akan disertakan pada Galaxy S3, namun ia masih tidak diketahui bilakah ia akan tiba.

Samsung Galaxy S4 bakal mula dijual bermula penghujung April 2013 ini, dan semestinya kita akan dapat ketahui bagaimanakah perbezaanya ketika digunakan pada tangan, selain pelbagai perkara lain padanya.

Jadi, sekiranya anda, adakah akan kekal menggunakan Galaxy S3 ataupun menaik-taraf kepada Galaxy S4?

sos : http://amanz.my/

--------------------my siggy below--------------------




avatar
venez
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 17387
Reputation : 581
Join date : 19/04/2010
Age : 38
Location : AFNG

http://venez2.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum