Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by Laxamana Mon Oct 23, 2017 9:35 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171927 messages in 1318 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

View previous topic View next topic Go down

Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by HangPC2 on Thu Nov 22, 2012 5:55 am

Perang Musuh-Bisik @ Perang Kemerdekaan Kedah (1821-1842)




[You must be registered and logged in to see this image.]


Bendera Kedah '' Bendera Merah Harimau Melompat ''



[You must be registered and logged in to see this image.]


Kota Kuala Kedah






Tunku Kudin


Tunku Kudin sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin merupakan anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin.

Tunku Kudin ialah anak kepada seorang Arab berbangsa saiyid dari Palembang yang bertalian darah dengan keluarga di Raja Kedah. Tunku Kudin, tinggal di Seberang Perai telah dipujuk supaya memimpin satu angkatan perang menentang angkatan Thai semasa perang Musuh Bisik yang telah meletus sejak 1821.

Orang-orang Thai yang menguasai di Kota Kuala Muda mengetahui sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Tunku Kudin telah mengupah beberapa orang jahat untuk membunuh beliau. Penduduk-penduduk yang tinggal di keliling rumahnya telah berjaya mengusir orang-orang upahan Thai ini dan menyelamatkan Tunku Kudin.

Pada suatu malam, sebiji letupan telah berjaya dipasang oleh orang-orang upahan Thai dirumahnya dan telah meletup dengan kuat ketika manusia sedang tidur nyenyak jam tiga pagi. Tunku Kudin telah dijilat api dan melecur sebelah tubuhnya. Azam Tunku Kudin menentang kekejaman Thai bertambah kuat apabila beliau sedar bahawa isteri beliau dan tiga orang anak-anaknya meninggal dunia akibat letupan tersebut.

Tunku Kudin telah kehilangan semua yang disayanginya, isteri dan anak-anak, rumah dan harta benda. Yang bertambah kuat ialah sumpah dan azam menuntut bela.

Orang-orang Melayu di Seberang Perai berkumpul memberi sokongan kepada Tunku Kudin untuk melepaskan kampong halaman di Kedah dari cengkaman Thai. Jumlah orang-orang Melayu yang tegak di belakang Tunku Kudin tidak kurang dari 5000 orang. Pada waktu dan ketika yang baik lagi sempurna, perahu-perahu kecil dan besar, beratus-ratus buah banyaknya, lengkap dengan tetunggul dan panji-panji, telah bergerak ke Kuala Kedah. Di sepanjang jalan, angkatan tersebut diturut-sertai pula oleh perahu-perahu dari Kuala Muda, Kuala Merbok, Kuala Yan, Kuala Sala dan Kuala Tebengau. Selepas berihat di Pulau Bunting, angkatan Tunku Kudin terus belayar ke Kuala Kedah dan disana ditemui pula oleh perahu-perahu dari Pulau Langkawi yang turut menghantar bantuan.

Angkatan Thai yang bersedia di luar Kota telah membedil perahu-perahu Melayu yang mendarat dan dibedil balas oleh angkatan laut Melayu. Pengawal-pengawal Kota mencuba seberapa daya menghalang kemaraan orang-orang Melayu yang ramai mendaki tembok Kota, tetapi dengan kebijaksanaan dan kecekalan hati Tunku Kudin, pertahanan Thai di Kota Kuala Kedah telah patah. Setelah beratus jiwa terkorban dari kedua belah pihak, orang Melayu dapat memasuki Kota itu melalui Pintu Kacapuri, pintu kecil lima puluh ela arah ke Utara pintu sekarang. Tunku Kudin berjaya menduduki Kota Kuala Kedah pada 24 haribulan April 1831.

Orang-orang Thai telah berundur ke Alor Ganu 15 batu dari Kuala Kedah mengikut Sungai Besar. Di Alor Ganu terdapat sebuah kota tanah yang dibuat oleh orang-orang Melayu kini dijadikan markas tentera Thai. Di Alor Ganu orang-orang Thai bertahan, sementara satu angkatan darat telah dihantar ke Legor menyusul bantuan.

Kejayaan Tunku Kudin menawan kembali Kota Kuala Kedah rupanya menjadi satu kegemparan besar kepada Inggeris di Pulau Pinang. Kononnya, mengikut satu perjanjian antara Inggeris dengan Bangkok yang dibuat dalam tahun 1826 bersamaan dengan Tahun Anjing dalam perkiraan tahun bangsa Thai, Inggeris hendaklah melarang dan menegah Sultan Kedah atau rakyatnya dari menyerang mengganggu atau merusak secara mana sekalipun ke atas Negeri Kedah yang telah menjadi Wilayah Thai.

Sebagai membuktikan kepada kerajaan Thai bahawa Inggeris adalah satu bangsa yang tidak pernah memungkiri janji dan rampasan kuasa oleh Tunku Kudin itu di luar pengetahuan mereka, maka Kerajaan Pulau Pinang telah menghantarkan senjata-senjata dan ubat bedil ke Alor Ganu.

Angkatan Thai menerima bantuan Inggeris dengan dua belah tangan dan mendesak Inggeris supaya menepati kehendak-kehendak Perjanjian Tahun Anjing itu dengan betul. Sebagai memperaktikkan tafsiran yang difahamkan oleh Inggeris dari Perjanjian itu, Inggeris mulalah mengenakan kepongan-kepongan dan kawalan di kuala-kuala sungai dan di sepanjang pantai Kedah supaya orang-orang dari laut tidak dapat berhubung menyampaikan bantuan dan sebagainya yang bercanggah dengan kepentingan Thai. Bantuan yang mulanya mencurah-curah tiba kepada Tunku Kudin di Kuala Kedah telah terhenti dengan tiba-tiba.

Dalam satu pertarungan sengit antara angkatan laut Kedah dengan angkatan laut bangsa Thai di Pulau Payar bertentangan dengan Kuala Kedah, angkatan Thai telah tewas dengan teruk. Kapal “Wolfe” milik Inggeris telah tiba entah dari mana lantas merejamkan peluru-pelurunya ke atas perahu orang-orang Melayu dan memusnahkan sehingga licin seluruh angkatan Melayu yang ada. Tindakan yang dilakukan oleh “Wolfe”- “Anjing Hutan” ini, adalah satu-satunya peristiwa yang unik di mana orang-orang Melayu telah diajar begitu rupa oleh kapal laut Inggeris.

Sebelum ini, perahu-perahu Melayu telah dikejar dan ditahan supaya jangan mendarat walaupun kerana mengambil makanan dan air, kemudian diusir supaya pulang sahaja. Kali ini “ Wolfe ” bertindak kasar dan amat menyedihkan pula bila ditilik bahawa perahu-perahu bangsa Thai sentiasa dibenarkan masuk atau keluar dengan bebas di mana-mana sahaja mengangkut ubat-ubat bedil dan sebagainya untuk menyerang perahu-perahu Melayu. Hampir seribu orang-orang Melayu yang dibedil ke dasar laut oleh kapal “ Wolfe ” berkelampong ke hulu ke hilir berminggu-minggu di laut Kedah selepas peristiwa itu.

Kemusnahan angkatan laut Melayu di Pulau Payar ini melumpuhkan Tunku Kudin yang bertahan didalam Kota.

Angkatan Melayu yang di ketuai oleh Tunku Sulaiman di Kuala Perai bersiap dengan kira-kira tiga ribu orang untuk belayar ke Kuala Kedah membantu Tunku Kudin. Angkatan Tunku Sulaiman telah ditahan dan di arah dengan sombongnya supaya balik ke Kuala Perai oleh 4 buah kompeni dari Madras Native Infantry yang ke Empat Puluh Enam berpengkalan di Pulau Pinang.

Kota Kuala Kedah telah dikepong dari darat dan dari laut, makanan dan ubat bedil telah kehabusan, penyokong-penyokong juga ramai yang mendapat sakit dan ramai pula yang telah terkorban dalam perjuangan menegakkan bendera merah harimau melompat, iaitu bendera Kedah pada zaman itu. Bendera merah dengan gambar gajah puteh telah dibantu oleh bendera “Union Jack”.

Kota Kuala Kedah dibedil siang malam tidak berhenti-henti sehingga kemungkinan untuk bertahan lebih lama menjadi mustahil. Ramai orang-orang Melayu yang pulang ke Pulau Pinang, dan Seberang Perai, diiringi oleh kapal-kapal “Wolfe” dan “Crocodile” dari belakang.

Kumpulan yang paling akhir sekali bersama Tunku Kudin tinggal Cuma 30 orang lagi. Mereka ini telah berjuang beberapa hari menangkis serangan-serangan tentera Thai semata-mata hanya dengan keberanian dan kegigihan yang luar biasa timbul dari keinginan mensyahidkan diri demi keluhuran kota pesaka dan watan seluruhnya. Nasi gerit dan manisan tebu yang menjadi ayapan orang berperang, telah habis dan ubat bedil juga telah berkurangan. Meriam-meriam seperti “ Katak Puru ” dan “ Badak Berendam ” serta berpuluh-puluh pucuk lagi meriam lain di Kota itu kononnya telah ada yang berdentum dengan sendirinya sebab tidak cukup kakitangan yang boleh mengawasi.


Tetapi, seperti kata pantun yang diabadikan sehingga sekarang :-


Pulau Sembilan tinggal delapan,

Satu merajuk ke Kuala Kedah;

Sudah nasib perminta badan,

Kita di bawah kehendak Allah



Maka pada 4 haribulan Oktober, 1831; bantuan Thai dari Legor telah tiba di Kuala Kedah : 7000 tentera dan 300 ekor gajah, menyerang Kota usang itu dari empat-empat penahapnya. Tunku Kudin dengan tiga puluh pahlawannya berjuang habis-habisan sehingga Tunku kudin sendiri telah luka parah di dada dan di pahanya, ubat bedil sudah habis pula.

Tunku Kudin terjatuh, tangannya terkapai-kapai memanggil seorang panglima yang paling karib supaya menghampirinya. Nama panglima itu tidak diketahui lagi, mereka berpelok-pelok dan kedengaran mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian Tunku Kudin menghunus keris pendeknya lantas menikam panglima itu dan panglima itu pula menikam beliau, masing-masing mengelupur sehingga sejuk dan kaku : Seorang di kiri dan seorang di kanan. Kononnya begitulah persetiaan mereka berdua. Biar mati sama sendiri jangan mati dibunuh bangsa Thai.

Angkatan Thai menembusi pintu Kota dan membunuh pahlawan-pahlawan Melayu yang masih hidup. Mengikut “ Singapore Chronicle ”, mayat-mayat yang bergelimpangan di sekitar Kota Kuala Kedah yang menjadi medan pertemporan yang dahsyat itu adalah di antara enam ribu hingga sepuluh ribu orang. Yang paling banyak terbujur ialah ialah orang-orang Thai kerana angkatan perang mereka jauh lebih besar dari angkatan perang Melayu. Walaupun lapuran “ Singapore Chronicle ” tidak berapa tepat tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kumpulan 30 yang terakhir dari angkatan Tunku Kudin bukanlah gerombolan sembarangan, cuma kerana “ sudah nasib perminta badan ”. Mungkin, kalau tidak disokong Inggeris, Thai tidak dapat lagi bertapak di Kedah, dan Kota Kuala Kedah pulang ketangan yang empunya nya. Tunku kudin menduduki Kota Kuala Kedah selama lima bulan dan lima belas hari.

Cerita Tunku Kudin tidak tamat begitu sahaja selepas beliau mati. Kepalanya dipanggal dan dibawa ke Legor dengan gajah. Tiba di sana, kepala itu diletakkan di atas talam tembaga yang berkaki, beralas dan berenda, kemudian ditatang oleh panglima perang bangsa Thai yang paling tua, sambil mengisut menyembahkannya kepada Raja Legor, Cau Phaya Nakon Si Tammarat. Beliau sangat ingin hendak menatap wajah pahlawan Melayu begitu handal dan gagah, sangat dikagumi oleh orang-orang Thai.

Raja Legor memandang dengan tidak terkelip matanya, terpesona juga dengan janggut jambang dan rambut menjejak tengkok di kepala yang tak berbadan itu – masih haibat dan menggerunkan. Kadar sejenak, Raja Legor bertanya “ Mana badannya ? ” . Panglima Perang Thai menggelengkan kepalanya dan menyembah, “ Tidak berguna Cau Phaya, hatinya sudah dimakan orang ”.

Entah benar entah tidak, tetapi inilah riwayat kepala di atas talam yang satu-satunya pernah didengar di dunia ini, selain dari kepala “ John the Baptist ” yang dipersembahkan kepada King Herod Antipas oleh tukang-tukang kelarahnya lebih 2,000 tahun dahulu.


Akhirkata :

Kisah ini berdasarkan karangan oleh sejarahwan Negeri Kedah, Almarhum Datuk Ismail Salleh. Beliau banyak membantu dalam kajian pihak kami mencari kisah peperangan Musuh Bisik. Almarhum sempat menyerahkan karya peneulisan beliau dalam kisah perang musuh bisik kepada pihak kami agar diteruskan pencarian kisah yang sebenar berlaku di bumi Kedah dan mencari wira-wira bangsa yang seharusnya ditokohkan.









avatar
HangPC2
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 899
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 35
Location : Langkasuka

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by HangPC2 on Thu Nov 22, 2012 6:15 am

Perang Kedah – Siam & Inggeris (Kota Kuala Kedah)



[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]


[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]


Sejarah Kedah dan Patani dalam menghadapi serangan Siam semakin dilupakan masyarakat pada hari ini. Perjuangan orang Melayu di kedua-dua buah negeri Islam ini perlu dihayati supaya sejarah rentetan kemerdekaan tanahair sentiasa dikenang serta diambil pengiktibaran daripadanya.

Kedah dan Patani mempunyai sejarah yang panjang. Kedua-duanya berasal dari satu empayar Melayu agung purba iaitu Langkasuka. Kemudian Kedah pula beada di bawah pengaruh Empayar Melaka. Manakala Patani pula yang berasal dari Empayar Langkasuka kemudian membentuk Empayar Chermin-Langkasuka sehinggalah menjadi sebuah Kerajaan Daulah Islamiyyah Fattani yang menjadi pusat penyebaran agama Islam di Nusantara. Kedua-dua negeri Kedah dan Patani adalah kota pelabuhan pesat yang maju yang menjadi tumpuan pedagang seluruh dunia pada suatu masa dahulu. Diatas faktor kemasyhuran empayar Melayu, pusat perdagangan serta pusat dakwah Islam inilah yang menjadi tarikan utama Siam sentiasa tidak berputus asa untuk menakluk kedua-duanya.


Kota Kuala Kedah terletak di muara Sungai Kedah kira-kira 10km dari bandaraya Alor Setar. Berbentuk segi empat, ia berada di utara tebing sungai Kedah, di mana tembok sebelah barat mengadap Selat Melaka, selatan tembok mengadap sungai mengahala ke Pekan Kuala Kedah, utara tembok mengadap kawasan paya.

Manakala timur tembok mengadap perkampungan nelayan dan sawah padi. Kawasan tembok yang mengadap daratan dikelilingi pula dengan parit yang dikenali dengan Alor Melaka. Ketika berfungsi sebagai markas ketenteraan, dibina istana raja, rumah pengawal, kantin, meriam dan pondok-pondok atau khemah untuk askar. Pintu utama pula mengadap sebelah timur Alor melaka. Setiap penjuru kota ini dikelilingi dengan meriam-meriam kecuali di tembok yang menghadap paya.


Meriam Badak Berendam & Meriam Katak Puru


[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]


Ironinya, kota yang menjadi saksi kepada perjuangan orang melayu dalam memerdekakan negeri Kedah bermula sebagai pertahanan hadapan bangsa penjajah terawal di tanah melayu iaitu Portugis. Nama asal kota tersebut ialah Kota Kuala Bahang dan diasaskan oleh Sultan Sulaiman Syah (1602-1619) dengan bantuan Portugis. Dari segi bentuk yang bersegi-empat menunjukkan kota ini pada awalnya dibina berfungsi lebih sebagai kilang atau gudang untuk tujuan perdagangan berbanding sebagai kota pertahanan tentera yang digunakan oleh pihak Portugis sendiri. Ia juga dibina agar tidak mudah terbakar. Malangnya, apabila ia dilihat sebagai kota pertahanan Portugis, ia juga menjadi sasaran utama musuh Portugis ketika itu, Aceh. Pada tahun 1619, Sultan Mahkota Alam dari Acheh telah menyerang kota tersebut dan menghalau Potugis dari situ. Mahkota Alam juga telah menakluk seluruh negeri, menawan 7000 rakyat termasuk Sultan Kedah sendiri dan membawa pulang mereka ke Aceh (rujuk kisah Puteri Lindungan Bulan).

Pada tahun 1650, kerajaan Kedah telah membeli 30 pucuk meriam dari Portugis untuk menguatkan lagi benteng pertahanan kota ini. Ia ternyata berhasil pada kurun berikutnya ketika perang saudara antara Sultan Muhammad Jiwa dan adiknya yang berhasrat untuk merampas kuasa iaitu pada tahun 1724. Sultan dibantu oleh Pahlawan Bugis iaitu Daeng Parani yang berkekuatan 62 buah perahu perang dari Riau dan Selangor manakala adik sultan dibantu oleh Raja Kechil dan pengikutnya dari Minangkabau untuk menghalau Bugis dari Kedah.

Raja Kechil berjaya menawan Kota Kuala Kedah tetapi bantuan yang tiba dari abang Daeng Perani, iaitu Daeng Merewah berjaya menghalau Raja Kechil dan pengikutnya keluar dari Kedah dan kembali ke Siak. Perang tersebut mengambil masa selama 2 tahun dan mengakibatkan kemusnahan negeri Kedah.

Dalam tahun 1771, orang-orang bugis sekali lagi memainkan peranan dalam tampuk pemerintahan negeri Kedah apabila mereka memihak kepada kumpulan pemberontak untuk menggulingkan sultan. Mereka berjaya menakluk Kota Kuala Kedah dan merampas 300 pucuk meriam pelbagai saiz dalam serangan tersebut. Bagaimanapun, Sultan berjaya merampas kembali Kota tersebut dengan bantuan pedagang Inggeris, Kapten Francis Light. Kapten Light berjanji akan menggunakan Kota tersebut untuk melindungi negeri Kedah dari serangan musuh, terutamanya SIAM. Bagaimanapun janji tersebut tidak pernah ditepati di mana mereka pula yang bersekutu dengan Siam.

Pada tahun 1771, Sultan Abdullah Mukaram Shah bercadang untuk menguatkan lagi kota ini dengan membeli meriam-meriam yang lebih besar seperti yang digunakan oleh musuh-musuhnya, Siam dan Bugis. Dinding kota diperkuatkan dengan batu-bata yang lebih kukuh. Ciri-ciri yang lebih moden seperti lubang untuk menempatkan senapang dan meriam juga dibina pada kota ini. Meriam-meriam yang lebih besar dibeli dari Acheh, Minangkabau dan Brunei. Pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 1780.

Ancaman pertama dari Siam menjelma pada petang Ahad 12 November 1821 bilamana satu angkatan perang dari Siam yang tidak diketahui tujuannya belayar ke Kuala Kedah. Mereka disambut dengan meriah oleh Bendahara Dato' Paduka Maharaja Sura. Semasa Panglima Siam, iaitu Raja Ligor Phya Buri Sakmuton dibawa melawat sekitar Kota Kuala Kedah beliau secara tiba-tiba mengarahkan askarnya menyerang para pengawal di dalam kota tersebut. Maka berlakulah pertempuran hebat di dalam kota itu. Akhirnya angkatan Siam berjaya menawan kota tersebut. Angkatan perang Kedah bersama sultan terpaksa berundur dan bertahan di Pulau Pinang. Di sini, mereka merancang strategi untuk merampas kembali negeri Kedah dari Siam.

Pada tahun 1831 putera sultan sendiri, Tengku Kudin telah mengetuai 3000 angkatan perang orang Melayu dari Prai telah menyerang Siam di Kedah dan menghalau mereka jauh hingga ke sempadan Siam. Kerajaan Siam dan British telah mengisytiharkan orang-orang melayu ini sebagai perompak, lanun dan pengganas. Kemenangan angkatan Kedah tersebut tidak lama di mana mereka kembali diasak Siam dan terpaksa berundur dan bertahan di kota Kuala-Kedah. Kapal-kapal perang British pula mengepung sepanjang persisiran pantai Kedah manakala tentera Siam menyerang dari darat. Kekebalan benteng Kota Kuala-Kedah menyebabkan pihak Siam terpaksa membina menara tinggi untuk menembak orang melayu di dalam kota tersebut. Setelah bertahan selama 3 bulan dan bertempur menentang 7500 askar dan 3000 gajah dari Siam, Kota Kuala-Kedah akhirnya jatuh ke tangan Siam. Tengku Kudin sendiri terbunuh dalam pertempuran tersebut dan kepalanya telah dihantar ke Bangkok.

Pada tahun 1838, sekali lagi angkatan perang Kedah diketuai oleh seorang lagi kerabat sultan, Tunku Mohammad Saad yang berkekuatan 10,000 askar dan 50 perahu perang dilengkapi meriam ringan telah mengusir Siam keluar dari Kedah melepasi Singora (Songkhla). Mereka juga berjaya membebaskan Patani dari naungan Siam buat seketika. Mereka bertahan di Songkhla sementara menunggu musim monsun tiba di mana bantuan askar melayu dari negeri-negeri sekitar dijangka tiba. Orang Eropah yang berkedudukan tinggi (gentry) di Pulau Pinang menolong baginda dengan menyediakan senjata dan bekalan. Tetapi tidak lama kemudian Kerajaan Negeri Selat memberi bantuan kepada Siam. Angkatan Tunku Muhammad sekali lagi terpaksa berundur dan bertahan di Kota Kuala-Kedah buat kali terakhir.

Bantuan dari Bangkok tiba bersama 15000 tentera dilengkapi senjata yang lebih moden, meriam dan gajah menyerang kota dari arah darat. Dari sebelah laut, kapal perang British HMS Hyacinth yang berkekuatan 18 laras meriam mengepung dari laut. Kapal tersebut terpaksa berlabuh jauh dari pantai untuk mengelakkan bedilan meriam dari dalam kota kuala kedah. Kapal tersebut turut diiringi oleh 3 buah lagi kapal perang yang lebih kecil iaitu HMS Emerald, HMS Pearl dan HMS Diamond.

Pada 19 Mac 1839 pekan Kuala-Kedah dikuasai sepenuhnya oleh askar Siam dan penembak hendap mereka ditempatkan di setiap sudut pekan tersebut. Orang Melayu yang ada ketika itu semuanya dibunuh dengan kejam. Menyedari harapan untuk menang adalah tipis dan kota akan jatuh ke tangan Siam pada bila-bila masa saja, pada malam tersebut orang melayu dibantu oleh askar upahan Sepoi membuat serangan berani mati ke atas kedudukan Siam di pekan tersebut. 15 askar Sepoi melepaskan tembakan bantuan ke arah askar Siam. Sementara itu saki-baki orang melayu yang tinggal diarahkan menyelamatkan diri dengan berenang ke arah kapal-kapal Inggeris. Kapten dan para kelasi kapal2 tersebut yang terdiri kebanyakannya dari orang melayu Negeri-negeri Selat turut merasa simpati di atas apa yang terjadi dan terpaksa menyelamatkan orang melayu yang berenang ke kapal-kapal tersebut..

Angkatan Tunku Muhammad yang bertahan di dalam kota hanya tinggal 200 orang. Menyedari mereka dikepung dari setiap sudut dan kemungkinan untuk menang adalah tipis, orang Melayu ketika itu terpaksa berjuang habis-habisan. Pada Subuh 20 Mac 1839, Kota Kuala-Kedah berjaya ditawan sepenuhnya oleh Siam dan kesemua mereka yang mempertahankan kota tersebut turut terkorban. Mulai dari tarikh tersebut, bedilan dari meriam-meriam dari kota tersebut tidak lagi kedengaran sehinggalah ke hari ini.

Sultan Ahmad Tajuddin yang semakin tua masih tidak berputus asa untuk mendapatkan kembali negerinya. Setelah cara ketenteraan gagal, baginda mencuba pula cara berdiplomasi. Baginda telah menghantar putera bongsunya, Tunku Dai untuk mengadap King Rama III. Dalam pertemuan tersebut, Tunku Dai berjanji akan mengakui kedaulatan Siam dengan syarat Sultan Kedah dikembalikan takhtanya.

Setelah berperang selama hampir 21 tahun, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dipulihkan takhtanya pada Jun 1842. Baginda telah kehilangan Perlis (diperintah rajanya sendiri) dan Setul/Satun (dimasukkan ke dalam jajahan Siam) tetapi telah berjaya menyelamatkan negeri Kedah dari diperintah terus oleh Siam seperti yang terjadi ke atas Patani dan berjaya mengekalkan institusi raja melayu sehinggalah ke hari ini. Baginda mangkat pada 1 Januari 1845.


Bagi pihak British pula, inilah pengalaman pertama yang mereka rasai berperang dengan orang Melayu sehinggakan Kapten Sherard Osborn, Pegawai Tentera laut British ketika perang Kedah-Siam 1838 telah membuat kenyataan berikut :


" Seperti anjing… pribumi (yakni org India) di sepanjang persisir pantai semenanjung India menjilat tangan yg mendera mereka;
Tetapi tidak bagi orang Kedah ! dan kita orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama memuliakan bangsa yang tidak tunduk kepada kekejaman "




Sources : [You must be registered and logged in to see this link.]







avatar
HangPC2
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 899
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 35
Location : Langkasuka

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by Blitzkrieg on Fri Nov 23, 2012 4:01 am

Satu kisah sejarah yang pilu. kalau tak sialap semasa awal RTM, ada animasi harimau melompat...tapi sekarang dah tukar.
Sudah sepatutnya sejarah Melayu ini diajar di sekolah2 rendah dan mengah supaya anak Melayu kenal sejarah kepahlawanan nenek moyang mereka. Biar ada jatidiri yang tinggi, barulah tak terpengaruh dengan K-Pop,-JPop....

Blitzkrieg
Corporal
Corporal

Malaysia
Posts : 94
Reputation : 44
Join date : 09/01/2012
Age : 41
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by the_killer on Fri Nov 23, 2012 4:17 am

nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...
avatar
the_killer
Staff Sargent
Staff Sargent

Mymil
Posts : 267
Reputation : 30
Join date : 20/07/2011

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by Blitzkrieg on Fri Nov 23, 2012 4:30 am

Agaknya masa tu, negeri lain tak campor sebab ada masalah perebutan kuasa gak..biasa kalau baca sejarah, rakyat ni ikut saja siapa pun sultan. Tapi pertelagahan antara anak-anak raja yang nak menjadi sultan..itu yang habis sumber, rakyat yang ada habis mati berperang. Kalau rakyat sendiri takde upah askar dari negeri seberang.....
Apa pun kesimpulannya, memang ada usaha bantuan dari negeri lain, tapi depa tak lepas sekatan kapal British.
Macam sekarang ni la, sekatan UN pada Bosnia masa perang Serb-Bosnia. Mujoq PM kita masa tu pandai p langgaq semua perintah UN.

Blitzkrieg
Corporal
Corporal

Malaysia
Posts : 94
Reputation : 44
Join date : 09/01/2012
Age : 41
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by the_killer on Fri Nov 23, 2012 5:10 am

sebab tu aku sokong patani di masukkan ke dalam wilayah malaysia..amik alik satun...
avatar
the_killer
Staff Sargent
Staff Sargent

Mymil
Posts : 267
Reputation : 30
Join date : 20/07/2011

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by Blitzkrieg on Fri Nov 23, 2012 5:43 am

Setuju..kalu tak abis la Melayu dizalimi. Tapi tak highlights sangat mungkin sebab nak jaga hubungan negara. Denar juga cerita sesekali asakar kita yang meronda sempadan terserempak dengan puak PULO ni.

Blitzkrieg
Corporal
Corporal

Malaysia
Posts : 94
Reputation : 44
Join date : 09/01/2012
Age : 41
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by yaminz on Fri Nov 23, 2012 5:51 am

the_killer wrote:nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...

ngr2 melayu len pun ada bgolak ms 2, perang saudara.. atau pun dhalang masa dlm perjalanan... atau mmg xhantar bantuan langsung...
avatar
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 38

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by kerambit75 on Fri Nov 23, 2012 9:27 am

Sebab kisah di atas ini aku sokong perjuangan PULO!!!
avatar
kerambit75
Kehormat MyMil

Malaysia
Mymil
Posts : 2612
Reputation : 83
Join date : 07/05/2010
Age : 42
Location : Ipoh

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by yusri on Fri Nov 23, 2012 1:23 pm

Hidup Melayu Very Happy

yusri
Corporal
Corporal

Malaysia
Mymil
Posts : 99
Reputation : 20
Join date : 02/06/2011
Location : Bangi

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by the_killer on Fri Nov 23, 2012 7:29 pm

melayu etnik yg hebat..berbeza dengn etnik jawa,bugis,banjar,mandailing,rawa,..dll..sebab melayu amat dikenali di nusantara,,,bahasa melayu ligua franca...

aku sebagai melayu suku kedah..memang panas hati ngan thailand...walau skang dah ok..tp wilayah yg sepatutnya milik kedah dirampas...
avatar
the_killer
Staff Sargent
Staff Sargent

Mymil
Posts : 267
Reputation : 30
Join date : 20/07/2011

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by HangPC2 on Sat Nov 24, 2012 11:16 am

yaminz wrote:
the_killer wrote:nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...

ngr2 melayu len pun ada bgolak ms 2, perang saudara.. atau pun dhalang masa dlm perjalanan... atau mmg xhantar bantuan langsung...


pada zaman ini negeri melayu banyak berlaku perang saudara terutama negeri yang memilki sumber bijih timah....
avatar
HangPC2
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 899
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 35
Location : Langkasuka

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by yaminz on Mon Nov 26, 2012 3:53 am

HangPC2 wrote:
yaminz wrote:
the_killer wrote:nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...

ngr2 melayu len pun ada bgolak ms 2, perang saudara.. atau pun dhalang masa dlm perjalanan... atau mmg xhantar bantuan langsung...


pada zaman ini negeri melayu banyak berlaku perang saudara terutama negeri yang memilki sumber bijih timah....

yup, da brebut timah pastu bawa bangsa len masuk... org len gak yg untung...
avatar
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 38

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by HangPC2 on Thu Nov 29, 2012 6:33 am

yaminz wrote:
HangPC2 wrote:
yaminz wrote:
the_killer wrote:nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...

ngr2 melayu len pun ada bgolak ms 2, perang saudara.. atau pun dhalang masa dlm perjalanan... atau mmg xhantar bantuan langsung...


pada zaman ini negeri melayu banyak berlaku perang saudara terutama negeri yang memilki sumber bijih timah....

yup, da brebut timah pastu bawa bangsa len masuk... org len gak yg untung...



Macam Kisah Perang Klang @ Perang Saudara Selangor (1866-1873) elok-elok Kawasa Lombong Bijih timah milik orang Mandailing akhirnya lepas kalah perang terus jadi milik Orang Cina.....
avatar
HangPC2
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 899
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 35
Location : Langkasuka

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by yaminz on Thu Nov 29, 2012 6:47 am

HangPC2 wrote:
yaminz wrote:
HangPC2 wrote:
yaminz wrote:
the_killer wrote:nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...

ngr2 melayu len pun ada bgolak ms 2, perang saudara.. atau pun dhalang masa dlm perjalanan... atau mmg xhantar bantuan langsung...


pada zaman ini negeri melayu banyak berlaku perang saudara terutama negeri yang memilki sumber bijih timah....

yup, da brebut timah pastu bawa bangsa len masuk... org len gak yg untung...



Macam Kisah Perang Klang @ Perang Saudara Selangor (1866-1873) elok-elok Kawasa Lombong Bijih timah milik orang Mandailing akhirnya lepas kalah perang terus jadi milik Orang Cina.....

Yup... org kita gak yg rugi...
avatar
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 38

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by atreyudevil on Thu Nov 29, 2012 10:46 am

HangPC2 wrote:
yaminz wrote:
HangPC2 wrote:
yaminz wrote:
the_killer wrote:nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...

ngr2 melayu len pun ada bgolak ms 2, perang saudara.. atau pun dhalang masa dlm perjalanan... atau mmg xhantar bantuan langsung...


pada zaman ini negeri melayu banyak berlaku perang saudara terutama negeri yang memilki sumber bijih timah....

yup, da brebut timah pastu bawa bangsa len masuk... org len gak yg untung...



Macam Kisah Perang Klang @ Perang Saudara Selangor (1866-1873) elok-elok Kawasa Lombong Bijih timah milik orang Mandailing akhirnya lepas kalah perang terus jadi milik Orang Cina.....

adoi, jgn la dikenang kisah lama, pasal kes ni la Moyang Den (orang mandailing), berhenti jadi bendahara dan merajuk lari ke batu gajah!

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by mumuchi on Thu Nov 29, 2012 10:52 am

kui kui den tengok jo Razz

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this link.]




Leaders look at the present, Great Leaders look at the past, present and the future!

Spoiler:


[You must be registered and logged in to see this link.]


avatar
mumuchi
GLOBAL MODERATOR
GLOBAL MODERATOR

Malaysia
Mymil
Posts : 19546
Reputation : 525
Join date : 05/06/2010
Location : Dulu Tempat Lumba Kuda

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by HangPC2 on Thu Nov 29, 2012 2:14 pm

atreyudevil wrote:
HangPC2 wrote:
yaminz wrote:
HangPC2 wrote:
yaminz wrote:
the_killer wrote:nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...

ngr2 melayu len pun ada bgolak ms 2, perang saudara.. atau pun dhalang masa dlm perjalanan... atau mmg xhantar bantuan langsung...


pada zaman ini negeri melayu banyak berlaku perang saudara terutama negeri yang memilki sumber bijih timah....

yup, da brebut timah pastu bawa bangsa len masuk... org len gak yg untung...



Macam Kisah Perang Klang @ Perang Saudara Selangor (1866-1873) elok-elok Kawasa Lombong Bijih timah milik orang Mandailing akhirnya lepas kalah perang terus jadi milik Orang Cina.....

adoi, jgn la dikenang kisah lama, pasal kes ni la Moyang Den (orang mandailing), berhenti jadi bendahara dan merajuk lari ke batu gajah!


Tengku Kudin ni menantu Sultan Abdul Samad..orang Selangor tak suka dengan tengku Kudin sebab dia kerabat diraja Kedah/orang luar/ pendatang.

Orang Bugis berpecah belah disebabkan oleh Tengku Kudin ni la..ada yg setuju dia mentadbir Klang (pengikut Sultan Abdul Samad)...ada yang tak setuju dia mentadbir Klang

Masa zaman ni gak ada kes seorang Mandailing kene bunuh dgn seorang Bugis tapi kes tu x dibicarakan oleh Raja Abdullah mahupun Sultan Abdul Samad menyebabkan orang Mandailing bermusuhan dgn orang Bugis

Tapi diesbabkan orang Bugis dah berpecah 2..maka orang Mandailing bergabung dgn Raja Mahadi bersama dgn pengikutnya dr kalangan orang2 Bugis.

Pertempuran demi pertempuran akhirnya Raja Mahdi serta pengikutnya dan orang2 Mandailing kalah...kongsi gelap Cina pula berpaling tadah...akhirnya lombong2 milik Mandailing dirampas oleh Tengku Kudin dan orang2 Mandailing berpindah ke Perak iaitu ke Batu Gajah dan Teluk Intan...

Lombong2 milik Mandailing diserahkan kepada pemimpin kongsi gelap Cina sbg ganjaran setelah berjaya menewaskan orang2 Bugis dan orang2 Mandailing di bawah pimpinan Raja Mahadi

Sebenarnya Kuala Lumpur tu kebanyakkannya adalah lombong2 Mandailing dan mereka dah lama bertapak disitu sebelum orang Bugis sampai...orang Bugis biasanya bermukim dipesisir pantai dan pinggir sungai yg berhampiran laut..kawasan ke hulu seperti Kuala Lumpur jarang untuk orang Bugis bermukim..maka tak hairan banyak nama2 jalan di Kuala Lumpur dinamakan sempena nama pemimpin2 Mandailing seperti Raja Bot, Raja Alang, Raja Unos dll berhampiran dgn tapak istana lama di Bukit Nenas..nama Kuala Lumpur dlm bahasa Mandailing adalah Muara Bustak


Credit : nobito (cari.com.my)



avatar
HangPC2
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 899
Reputation : 144
Join date : 22/04/2010
Age : 35
Location : Langkasuka

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by Steven 12 on Fri Nov 30, 2012 1:59 am

the_killer wrote:nenek moyang aku salah seorang pejuang lawan thai..bangga sebagai anak kedah..Alfatihah pada pejuang2 kedah sekalian...

kenapa negeri2 lain tak tolong kedah? kata sama2 melayu...

alahai masa tu semua ikut cakap raja jer 100%.. sebab kalah laga ayam ke, sebab puteri cun ke ... pun antara sendiri leh berperang... lagi pun masa tu mana ada semangat melayu2 or sedara sesama islam ni seme.. sebab semua melayu, xde lagi india ke, cina ke... pegangan islam pun masih tak seberapa kuat... Very Happy
avatar
Steven 12
Captain
Captain

Malaysia
Posts : 711
Reputation : 161
Join date : 19/11/2011
Location : Between the bluesky & planet earth

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by yusri on Fri Nov 30, 2012 2:19 am

Mungkin masa tu pegangan Islam kuat,...cuma persaudaraan Islam tak kuat. Dan boleh anggap juga orang Mandailing dan Bugis ni orang luar, bukan orang tempatan. Masing-masing nak luaskan pengaruh dan cari kekayaan di Tanah Melayu ni. Yang pasti orang Melayu tempatan (golongan bangsawan) tak kisah, suruh orang luar buat kerja untuk dia, buka lombong bijih timah, jadi askar upahan dll. Senang citer orang dulu suka import orang luar la...

yusri
Corporal
Corporal

Malaysia
Mymil
Posts : 99
Reputation : 20
Join date : 02/06/2011
Location : Bangi

Back to top Go down

Re: Peperangan Di Tanah Melayu Sebelum Abad Ke 20

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum