Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by atreyudevil Sun Feb 05, 2017 6:23 pm

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171906 messages in 1316 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA

View previous topic View next topic Go down

PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA

Post by atreyudevil on Sun Nov 11, 2012 6:39 am

PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA

[You must be registered and logged in to see this image.]

HARI
ITU, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna.
Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah
ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh
hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa
berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya
entah dari mana.

Pekan Semporna yang
terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang
itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna
itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang
punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali.
Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di
samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai
Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD)
Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai
(OCS) nya ialah Sarjan Sagar Singh.

Perhubungan antara Balai
Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi
radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10
jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan
Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat
Penolong Penguasa Polis (ASP). Bullah, keturunan Kadazan, semasa
kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif
Lans Koperal.

“Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang.
Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali
dari menangkap ikan,” Bullah Ganggal memulakan ceritanya.

“Para
pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran
padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang
tidak jauh dari situ”, katanya.

“Orang di pekan dan di padang
itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (Lanun! Lanun!)
cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".


“Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan
Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia
memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna
berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat
kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di
sana".

Lans Koperal Bullah Ganggal segera bertindak dengan
menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke
balai.

“Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu
saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami,
lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun
hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan”.

Sementara itu di Balai Polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh
orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru
ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan
orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun
itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil
memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh
Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan
wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna
dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu terputus terus.


“Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar
putih tulang, jangan putih mata”, kata Sagar Singh kepada dua orang
anggotanya dengan penuh semangat dan mereka terus melawan dengan
beraninya.

Bullah yang ditugaskan melindungi isteri dan
anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata
tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti
menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan
yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun
itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali dan perutnya diburaikan.


Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu
bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua
orang anggotanya terkorban.

Bullah cuba untuk keluar dari
tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh
permintaan isteri Sarjan Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain
supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja
lanun-lanun itu mendapati Sarjan Sagar dan orang-orangnya terkorban,
mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan
alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat
menyimpan senjatapi dan peluru, lalu merampasnya.

Lanun-lanun
itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka
terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.


“Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong
oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja
merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah
mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak
berkeperimanusiaan langsung,” kata Bullah dengan perasaan amat geram.

“Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula
keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat
membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".


“Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari
jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai
dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.

Menurut
Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia
mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak
sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya,
Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang
tekukur.

Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu,
mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit
(perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“Bila
mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota
polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih
hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sarjan Sagar, PC Jambuan, PC
Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan
ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air
mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan
saya,” ceritanya lagi.

Bullah segera mengambilalih tugas Ketua
Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu
sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat
lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan
mayat empat orang rakannya, Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak
Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di
balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat
rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi
pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi.

Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang
pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semunul. Mayat
-mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orangnya pada malam kejadian itu.
Mereka mengambil keputusan untuk menghantar dua orang awam ke Lahad
Datu bagi membawa Pembantu Hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang
luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan
meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi
menerusi wireless radio.

Pada malam itu Bullah dan Panglima
Jakarullah serta orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan
berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.

Petang esoknya, 30 Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai
Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H.
Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang
jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan
penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi
tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas
lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika
kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau
terkejut, gamam dan ketakutan.

(Sumber: Berita Bukit Aman, 1983)

compiled by :http://www.facebook.com/photo.php?fbid=433070376742525&set=a.403147886401441.82102.403142033068693&type=1

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum