Malaysia's Military, Police and Security Agencies
Welcome to the battlefield, soldier!

MyMil adalah bod perbincangan berkenaan ketenteraan, agensi2 penguatkuasaan yang ada di Malaysia dan juga di serata dunia. Daftar sekarang untuk menikmati paparan perbincangan berinformasi sambil bersantai. Ahli2 yg baru akan digugurkan daripada senarai sekiranya tidak aktif dalam masa yg terdekat. Berforumlah dengan berhemah.

Terima kasih.


Admin dan moderator MyMil

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by Mymil, nor is Mymil responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, Mymil does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. Mymil reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. Mymil also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Log in

I forgot my password

Latest topics
» Sembang Medan Selera Pak Jebat V44
by malarkey Fri Oct 13, 2017 10:25 am

» PAINTBALL - Come get some...
by pisang Tue Dec 13, 2016 8:53 am

» Baru balik
by pisang Mon Dec 12, 2016 12:47 pm

» Jaket camo
by atreyudevil Fri Jul 15, 2016 11:17 am

» Nusantara Total War: Portuguese Invasion
by Adib Mon Feb 22, 2016 2:57 pm

» Rekrut baru disini
by kapokbesi Thu Feb 11, 2016 11:32 am

» Keretapi Tanah Melayu Berhad
by zacky.uesoff Thu Feb 04, 2016 6:00 pm

» ALL ABOUT HAM RADIO (AMATEUR RADIO STATION)
by kapokbesi Mon Nov 16, 2015 7:42 am

» Gathering MyMil 2015
by yaminz Tue Aug 11, 2015 4:15 am

» Diari MYMIL
by edayu Mon Apr 27, 2015 7:08 am

» Hari Polis ke-208
by venez Mon Apr 06, 2015 12:14 pm

» BACKPACKING
by venez Tue Mar 31, 2015 12:11 pm

» Rekrut 2015
by atreyudevil Sun Mar 29, 2015 3:34 pm

» Sejarah Pangkalan-Pangkalan Udara TUDM
by venez Tue Mar 24, 2015 6:02 am

» MyMil useful website lists
by atreyudevil Sat Jan 24, 2015 6:17 pm

» WIP - Work In Progress
by yaminz Fri Dec 26, 2014 7:06 am

» Model Collections
by yaminz Fri Dec 26, 2014 6:58 am

» Rekrut October & November 2014
by atreyudevil Sat Dec 20, 2014 2:07 am

» Bola Cafe: MALAYSIA!
by HangPC2 Sun Dec 14, 2014 7:35 am

» Hot Chick in Uniform
by yaminz Wed Dec 10, 2014 11:52 am

Statistics
We have 510 registered users
The newest registered user is Adib

Our users have posted a total of 171926 messages in 1318 subjects
MyMil at Facebook
Like/Tweet/+1

SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

View previous topic View next topic Go down

SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by atreyudevil on Wed Aug 08, 2012 11:59 am

[You must be registered and logged in to see this image.]

MAT MELAKA KE TALI GANTUNG: Siri 1


Ikuti kisah mengenai pembunuhan bersiri oleh seorang bomoh pada tahun
1908 di Kampung Bota, Sungai Perak. Kisah ini menceritakan episod
pembunuhan serta kronologi tindakan dan usaha pihak polis bagi
memastikan pembunuh dihadapkan ke Mahkamah dan dihukum.

Pada
suatu ketika dalam tahun 1908 nama Mat Melaka telah menggerunkan seluruh
kampung Bota yang terletak di sebelah hilir pinggir sungai Perak.
Sebutan namanya lebih dahsyat lagi dari mendengar kisah hantu kum-kum
yang mencari anak gadis sunti di waktu senja. Kewujudan balai polis
sudah tidak dapat meyakinkan orang-orang kampong tentang kedaulatan
undang-undang. Institusi penghulu sebagai simbol kesejahteraan menerusi
pengekalan sosio-budaya masyarakat nampaknya tidak dapat menyatu dan
membulatkan tekad dan semangat untuk menentang Mat Melaka.

Mat
Melaka ialah anak seorang bomoh dan bapanya telah menurunkan segala
ilmunya kepada Mat Melaka. Sejak kecil lagi Mat Melaka telah mengembara
ke Perak dan menyara kehidupannya sebagai seorang pawang di Bota. Pada
mulanya kedatangan Mat Melaka disambut baik oleh penduduk-penduduk di
sana sehingga Mat Melaka diterima untuk berkahwin dengan seorang gadis
tempatan. Hasil dari perkongsian hidup ini Mat Melaka telah mendapat
seorang cahaya mata. Setelah mendirikan rumahtangga Mat Melaka terus
menyara kehidupannya sebagai pawang. Tetapi lama-kelamaan Mat Melaka
telah memperdayakan kepercayaan orang terhadap ilmunya sehingga beliau
sanggup memerangkap lalu membunuh dengan kejam mereka yang datang
meminta bantuan darinya dan merampas harta-benda mangsanya.


Tidak diketahui siapakah orang yang menjadi mangsa pertama Mat Melaka,
tapi besar kemungkinan bahawa beliau adalah bertanggungjawab atas
pembunuhan seorang penjaja kain bernama Mat Jenser di sebuah lorong dari
Tanjung Rambutan ke Ipoh. Mengikut laporan Ketua Polis Daerah Kinta,
ACP E. Spinks bahawa pada 13/10/1908, Mat Jenser meninggalkan rumahnya
untuk berjaja. Sehingga pada 19/10/1908, Mat Jenser masih tidak
balik-balik. Gerakan mencari beliau diatur oleh keluarga dan
rakan-rakannya. Mereka telah menjumpai mayat Mat Jenser di pinggir
sebuah kampung bernama Tanjung Rekong. Mat Jenser dijumpai dalam keadaan
separuh bogel, dan hampir sudah tidak dapat dikenali lagi. Kaki
kanannya terputus mungkin telah dibaham oleh *toot* hutan. Lalat-lalat dan
ulat yang mengerumuni bahagian muka menyukarkan orang untuk
mengenalinya. Walau bagaimanapun pihak polis berusaha untuk mengumpul
seberapa banyak bukti yang boleh sekurang-kurangnya untuk menentukan
sama ada Mat Jenser telah dibunuh orang atau diserang binatang buas.
Dari pemeriksaan yang dijalankan jelas bahawa Mat Jenser telah dibunuh.
Di bahagian pangkal tengkuknya merupakan tempat yang paling banyak
dikerumuni ulat. Ini menunjukkan bahawa pangkal tengkuk Mat Jenser telah
luka sebelum dia mati. Polis juga mendapati bahagian tengkoraknya retak
akibat dipukul. Apabila pemeriksaan post-mortem dilakukan di hospital
besar Ipoh, doktor yang melakukan pemeriksaan telah mengesahkan ‘modus
operandi’ yang diramalkan oleh polis itu.

Sumber: Berita Bukit Aman, 1984

Ikuti siri 2 pada 8 Ogos 2012!
[You must be registered and logged in to see this link.]


Last edited by atreyudevil on Wed Aug 08, 2012 12:08 pm; edited 2 times in total

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by atreyudevil on Wed Aug 08, 2012 12:00 pm

MAT MELAKA KE TALI GANTUNG: Siri 2
Ikuti
siri kedua kisah mengenai pembunuhan bersiri oleh seorang bomoh pada
tahun 1908 di Kampung Bota, Sungai Perak. Kisah ini menceritakan episod
pembunuhan serta kronologi tindakan dan usaha pihak polis bagi
memastikan pembunuh dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Pada
mula-mulanya pihak polis tidak menaruh syak terhadap sesiapa atas
pembunuhan Mat Jenser. Tetapi maklumat-maklumat selanjutnya mengenai
kegiatan Mat Melaka besar kemungkinan bahawa Mat Melaka telah berjumpa
dengan Mat Jenser di Tanjung Rambutan dan dalam perjalanan mereka di
satu lorong menuju ke Ipoh Mat Melaka telah mempengaruhi Mat Jenser
untuk menerima bantuan kuasa ghaib supaya melipat-gandakan wangnya.
Setelah Mat Jenser bersetuju Mat Melaka terus menjalankan rancangannya
yang sangat kejam. ‘Chief Inspector’ H. Doel, Ketua Polis Daerah batu
Gajah memberikan laporan yang amat menarik mengenai kegiatan Mat Melaka
ini. Beliau menceritakan iaitu sejak bertugas sebagai Ktua Polis Daerah
batu Gajah pada awal tahun 1909 beliau telah mendengar beberapa berita
mengenai aktiviti seorang lelaki Melayu bernama Mat Melaka yang tinggal
di kampong Bota Parit Perak. Dikatakan bahawa Mat Melaka mempunyai kuasa
ghaib yang amat berkesan sehingga orang-orang kampong percaya bahawa
kuasa-kuasa Mat Melaka itu telah mengakibatkan ‘ghaib’nya tiga orang
lelaki dari kampong itu. Maklumat tersebut begitu menggemparkan sehingga
Ketua Polis Negeri Perak ketika itu Mjor Graham telah mengarahkan Mr.
H. Doel untuk memulakan penyiasatan rasmi.
Doel telah melakukan
beberapa lawatan ke Parit dan Bota tetapi tidak dapat sebarang kerjasama
dari penduduk-penduduk tempatan. Apabila sahaja nama Mat Melaka disebut
setiap orang yang ditanya itu akan berubah menjadi gelisah dan
ketakutan lantas tidak mahu berbicara lagi.

Pada suatu hari
sewaktu Doel, melawat pekan kecil Tronoh, beliau mendapat maklumat
bahawa seorang kontraktor balak yang dipanggil orang dengan nama Ngah,
boleh membantu polis untuk mengesan kegiatan Mat Melaka. Tidaklah sukar
bagi Doel mencari ‘Ngah’ kerana tidak ramai orang Melayu yang bekerja
sebagai kontraktor ketika itu. Ngah telah menceritakan satu pengalaman
yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayatnya . Ngah menceritakan bahawa
dia mula-mula berkenalan dengan Mat Melaka semasa dalam bulan Febuari
atau Mac, 1910, di ‘Tronoh Mine’ di mana dia bekerja sebagai Sub.
Kontraktor balak (timber). Mat Melaka telah datang menemuinya dan
bertanya sama ada dia berminat untuk menambah wang pendapatannya tanpa
memerah keringatnya. Ngah bersetuju dengan syarat Mat Melaka mendedahkan
cara-cara bagaimana wang tersebut boleh diadpati. Mat Melaka
mengeluarkan satu cerita dan menerangkan kepada Ngah mengenai
rancangannya. Mat Melaka memberitahu Ngah bahawa dia boleh
melipatgandakan wang dari $30/- ke $60/- dan seterusnya Ngah bersetuju.

Beberapa hari kemudian mendapat gajinya dari ‘Mine’ dan Mat Melaka
sudah berada di Tronoh ketika itu. Dibawanya Ngah ke pinggir hutan
antara Tronoh dengan Batu gajah dan di sana Mat Melaka memilih satu
tempat di pangkal sebatang pokok serdang. Mat Melaka mengeluarkan kertas
dan membentangkannya di atas tanah dan Ngah mengeluarkan wang tunai
sebanyak $30/-. Wang ini diletak oleh Mat Melaka atas carta tersebut.
Ngah disuruh duduk mencangkung di hadapan carta , sambil memejamkan mata
dan mengikuti jampi-jampi yang diucapkan oleh Mat Melaka. Semasa
‘upacara’ ini berjalan Mat Melaka berada di belakang Ngah. Sementara
membaca jampi serapah itu Ngah tidak begitu sedap hati lalu menoleh ke
belakang untuk melihat apakah yang sedang dilakukan oleh Mat Melaka.
Tindakan Ngah adalah tepat pada waktunya seolah-olah sudah digerakkan
untuk berbuat demikian. Dilihatnya, Mat Melaka sedang mengangkat
sebatang kayu sebesar betis untuk memukul pangkal tengkuknya. Ngah
bergegas melompat dan lari dari situ meninggalkan wangnya di bawah pokok
serdang itu.

Doel puas hati bahawa Ngah bercakap benar. Dia
merancang untuk menangkap Mat Melaka. Doel telah mengarahkan Ketua Balai
Polis Parit, untuk menangkap Mat Melaka tetapi setiap kali polis sampai
ke Bota, Mat Melaka tidak ada di rumah. Orang-orang kampungnya tidak
berani bekerjasama dengan pihak polis kerana khuatir ‘bencana’ yang
mungkin akan menimpa. Akhirnya Doel telah berbincang dengan Penolong
Pegawai Daerah Parit dan Penghulu Bota. Penolong Pegawai Daerah itu
telah mengarahkan Penghulu Bota untuk mengeluarkan kenyataan memanggil
semua orang lelaki kampong Bota supaya hadir di masjid di suatu hari dan
masa yang ditetapkan untuk mendengar suatu penerangan mengenai
peraturan Tanah yang baru. Adalah diharapkan supaya Mat Melaka
menghadirkan diri di masjid pada waktu itu untuk ditangkap.

Sumber:Buletin Bukit Aman, 1984
[You must be registered and logged in to see this link.]

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by kapokbesi on Wed Aug 08, 2012 12:08 pm

first time dgr cite nih..ke penh ade dalm media arus perdana..?
avatar
kapokbesi
Captain
Captain

Malaysia
Mymil
Posts : 968
Reputation : 181
Join date : 17/09/2011
Age : 31
Location : ولا تمشى فى الارض مرحا

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by atreyudevil on Wed Aug 08, 2012 12:16 pm

rasanya ini baru pertama kali FB PDRM bawa keluar cerita arkib!

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by yusri on Wed Aug 08, 2012 12:20 pm

Bila tengok tahun tu, 1908 dah lebih 100 tahun dah, moyang saya pernah jadi polis lebih kurang masa ini.

yusri
Corporal
Corporal

Malaysia
Mymil
Posts : 99
Reputation : 20
Join date : 02/06/2011
Location : Bangi

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by shamm.zamm on Thu Aug 09, 2012 1:14 am

Jika ada terbaru cter ini harap maklum…mmg banyak cerita/kes2 untuk tatapan semua tp tidak semua yg boleh di terbitkan.
Boleh ke admin masukkan pulak video VAT69 pasal komunis tu mcm best je dokumentari dari History Chanell by youtube
avatar
shamm.zamm
Civilian

Malaysia
Posts : 3
Reputation : 1
Join date : 09/08/2012

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by atreyudevil on Thu Aug 09, 2012 7:57 am

MAT MELAKA KE TALI GANTUNG: SIRI AKHIR

Ikuti siri terakhir kisah mengenai pembunuhan bersiri oleh seorang bomoh
pada tahun 1908 di Kampung Bota, Sungai Perak. Kisah ini menceritakan
episod pembunuhan serta kronologi tindakan dan usaha pihak polis bagi
memastikan pembunuh dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Masa
yang ditetapkan telah tiba. Pada jam 6.00 petang semua orang dewasa
lelaki telah sampai di masjid melainkan Mat Melaka. Pada mulanya harapan
untuk memberkas Mat Melaka telah mula pudar, tiba-tiba setiap anak buah
merasa kerana Mat Melaka datang muncul dari satu lorong mengarah ke
masjid itu. Mat Melaka terus berjalan menuju ke masjid. Masa itu
beberapa orang anak buah Tok Penghulu terus menerpa dan menangkapnya.
Tidak ada masa bagi Mat Melaka untuk menghunus golok yang tergantung di
pinggang sebelah kirinya.
Dalam laporannya Doel mnceritakan
sebanyak 200 lebih bot dan sampan mengiringi bot yang membawa Mat Melaka
dari Bota ke Parit. Apabila sudah sampai di Balai Polis Parit anggota
polis di balai itu meminta kebenaran Doel untuk menggunakan kesemua gari
yang ada di balai (4 gari) untuk menggari kaki dan tangan Mat Melaka ke
batang-batang besi lokap dalam balai itu.

Setelah Mat Melaka
dapat ditawan maklumat telah datang mencurah-curah mengenai kegiatannya.
Selama ini orang ramai takut untuk tampil ke hadapan membantu pihak
polis. Doel telah membawa Mat Melaka ke rumahnya di Bota untuk
menjalankan pemeriksaan. Dalam sebuah peti Doel menjumpai sebuah buku
nota yang mengandungi carta. Carta ini kemudiannya disahkan oleh Ngah
sebagai carta yang digunakan di Tronoh di mana Mat Melaka telah gagal
dalam rancangannya untuk membunuh Ngah. Doel juga telah menjumpai
barang-barang hiasan perak yang kemudiannya disahkan sebagai harta-harta
kepunyaan Kulop Mat Taib. Di tengkuk anak Mat Melaka tergantung seutas
rantai emas dan dan wang tembaga kepunyaan Kulop Mat Taib.
Kulop
Mat Taib telah hilang lesap sejak 28 November 1909. Kali terakhir beliau
dilihat ialah bersama-sama dengan Mat Melaka waktu pagi di hari yang
sama. Mereka menuju ke Kampung Merbau lebih kurang dua batu dari rumah
Mat Melaka. Mereka dilihat oleh dua orang petani di situ.
Walaubagaimanapun pun hanya Mat Melaka sahaja yang balik.

Doel
telah merancangkan satu pasukan untuk mencari mayat Kulop. Mereka
memulakan gerakan mencari di pinggir hutan Kampung Merbau. Di sana
pasukan mencari telah menjumpai tengkorak dan tulang-tulang di bahagian
badan, kaki, dan tangan. Tengkorak (terutama bahagian gigi) dan
lain-lain tulang itu telah dapat membantu pihak perubatan untuk mengecam
sebagai Kulop Mat taib. Lebih kurang suku batu dari tempat ini telah
menjumpai rangka-rangka dua manusia yang dapat dikesan sebagai rangka
orang lelaki. Tengkorak dua orang ini telah hilang. Mungkin telah
dimusnahkan oleh *toot* hutan.

Semasa perbicaraan isteri Mat
Melaka telah memberi keterangan untuk pendakwa. Beliau mengesahkan iaitu
selepas hilangnya ketiga-tiga orang tersebut, suaminya telah mendapat
wang dan barang kemas yang banyak. Perbicaraan memakan masa selama dua
belas hari. Seramai 30 orang saksi memberikan keterangan mereka. Mat
Melaka telah dijatuhkan hukuman mati. Hukuman dijalankan di penjara
Taiping dalam bulan Disember 1910.

Sumber: Buletin Bukit Aman, 1984

Terima kasih di atas sokongan dan membaca artikel ini!

[You must be registered and logged in to see this link.]

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by tupai tanah on Mon Nov 19, 2012 4:55 am

Very Happy sesekali boleh juga muat turun laporan arkib yang menarik sejak lama dulu yang masih terpendam yang ramai tak mengetahuinya

tupai tanah
Private
Private

Malaysia
Posts : 36
Reputation : 6
Join date : 24/04/2012
Age : 55
Location : segamat johor

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by yaminz on Mon Nov 19, 2012 5:06 am

Wooo, mcm kes mona fendy gak...
avatar
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 38

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by Blitzkrieg on Fri Nov 23, 2012 4:41 am

Tak sangka ada gak pembunuh kejam zaman dulu2 ye....tq TS..

Blitzkrieg
Corporal
Corporal

Malaysia
Posts : 94
Reputation : 44
Join date : 09/01/2012
Age : 41
Location : Johor

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by yaminz on Fri Nov 23, 2012 5:52 am

Blitzkrieg wrote:Tak sangka ada gak pembunuh kejam zaman dulu2 ye....tq TS..

tu baru yg drekodkan bro, lum lg yg belum drekodkan... Misteri lg... ekekeke
avatar
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 38

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by Blitzkrieg on Fri Nov 23, 2012 6:21 am

Baca cerita Mat Melaka, teringat cerita Mail Kerbau yang terpaksa dipasang 5 ke 10 gari..tu pun putus..hebat ilmu orang lama.
Cerita Mat Komando tak kurang menariknya.

Blitzkrieg
Corporal
Corporal

Malaysia
Posts : 94
Reputation : 44
Join date : 09/01/2012
Age : 41
Location : Johor

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by yaminz on Fri Nov 23, 2012 6:30 am

Blitzkrieg wrote:Baca cerita Mat Melaka, teringat cerita Mail Kerbau yang terpaksa dipasang 5 ke 10 gari..tu pun putus..hebat ilmu orang lama.
Cerita Mat Komando tak kurang menariknya.

xtau pulak pasal Mail Kerbau, boleh la share cerita bro...
TQ
avatar
yaminz
MODERATOR
MODERATOR

Mymil
Posts : 13517
Reputation : 378
Join date : 23/04/2010
Age : 38

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by atreyudevil on Fri Nov 23, 2012 6:44 am

yep btol, cerita mat melaka ni pun dikeluarkan oleh PDRM sendiri.

harap mereka boleh keluarkan lagi banyak cerita!

--------------------my siggy below--------------------

[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
♫♫ I could lift you up  ♫♫
♫♫ I could show you what you wanna see, And take you where you wanna be ♫♫
♫♫ You could be my luck♫♫
♫♫ Even if the sky is falling down, I know that we'll be safe and sound ♫♫
♫♫ We're safe and sound ♫♫
avatar
atreyudevil
ADMIN
ADMIN

Malaysia
Mymil
Posts : 9565
Reputation : 602
Join date : 18/04/2010
Location : Kuantan

http://www.facebook.com/?ref=logo#!/profile.php?id=1000002088986

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by Blitzkrieg on Fri Nov 23, 2012 7:13 am

Kes Mail Kerbau ni kalau google tak banyak pulak ceritanya. Kes tahun 1991. Kes ni popular sebab dia rogol sorang budak perempuan yang tengah haid dan tangan budak perempuan tu makwe dia pegang.
Dalam suratkhabar ada cerita yang gari terpaksa ditambah sebab senang-senang je dia boleh sentak dan putus 2-3 gari. Tapi nasib dia sekarang tau la la.
Hasil google. Sapa tau nak tambah silakan..
Elizabeth John
New Straits Times
02-16-2000
Ex-convict and rape accused Mail Kerbau re-arrested after court acquits him
Byline: Elizabeth John
Edition: Main/Lifestyle; 2*

Alor Star --

ALOR STAR, Tues. - "Mail Kerbau", who gained notoriety in 1991 when he was sentenced to 10 years' jail and eight strokes of the rotan for raping a 17-year-old girl, was today freed by the Sessions Court of raping two other teenagers - less than a month after his release.

However, his freedom was shortlived as police re-arrested him under the Emergency Ordinance as he walked out of the courtroom.
Ismail

Blitzkrieg
Corporal
Corporal

Malaysia
Posts : 94
Reputation : 44
Join date : 09/01/2012
Age : 41
Location : Johor

Back to top Go down

Re: SIri Mat Melaka Ke Tali Gantung: (PDRM Arkib)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum