Pasukan elit, 69 Komando 'bertempur'SLIM RIVER, Perak 15 Februari 2012 - Lapan pengganas komunis
terbunuh dalam 'pertempuran' sengit selama lebih 30 minit dengan
pasukan 69 Komando (Pasukan Gerakan Khas) Polis Diraja Malaysia di hutan
simpan Bukit Slim, Ulu Slim, Perak. Pertempuran bermula seawal
subuh itu berlaku dalam suasana masih gelap setelah anggota-anggota
Parti Komunis Malaya (PKM) itu berjaya dijejaki pergerakan mereka sejak
dua minggu lalu.
Dalam pertempuran tersebut, lima anggota elit 69 Komando cedera terkena tembakan musuh dan jerangkap
samar yang dipasang sekeliling kem pengganas komunis terbabit.
Pertempuran di Bukit Slim pada pagi itu turut menggemparkan penduduk
sekitar Ulu Slim kerana bunyi tembakan dan letupan bom dapat didengar
sejauh tiga kilometer.
Namun, semua aksi pertempuran itu sebenarnya adalah Latihan Asas Hutan Pasukan 69 Komando, melibatkan
35 pelatih dan 20 jurulatih dari 69 Komando.
Ia merupakan hari terakhir Latihan Asas Hutan setelah lima bulan para pelatih itu
menjalani latihan. Latihan yang diberi nama OPS MACAI KHAS adalah ujian
terakhir asas komando selama 10 hari di dalam hutan.
Latihan ini menitik beratkan ketahanan fizikal, mental dan teknikal. Ia bukan
sahaja bergantung pada tenaga sahaja tetapi para pelatih juga diterapkan
dengan pelbagai kepakaran khas yang merangkumi latihan selama 8 bulan
iaitu latihan asas 5 bulan dan 3 bulan latihan hutan sebelum layak
bergelar anggota 69 komando.
Selain kawasan hutan Bukit Slim, para pelatih berkenaan turut menjalani latihan di Manong dan sekitar
Kuala Kangsar termasuk di hutan paya bakau.
Sebelum latihan hari terakhir itu diadakan, Timbalan Pengarah Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas
(KDN/KA PGK) YDH SAC Dato' Abd. Rashid bin Haron dan Komander 69
Komando, YDH SAC Dato' Azizan Abd. Aziz turut hadir bagi memberi
semangat kepada para pelatih. YDH SAC Dato' Abd. Rashid Haron
memberitahu, para pelatih itu merupakan sejumlah kecil daripada lebih
450 anggota polis yang menyertai pemilihan peringkat awal untuk
menyertai 69 Komando selama dua minggu di Briged Utara,Ulu Kinta.
Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 68 anggota berjaya dipilih menyertai latihan
asas komando selama lima bulan dan latihan asas hutan tiga bulan.
''Bagaimanapun, daripada 68 orang itu hanya 35 anggota sahaja berjaya
mengharungi segala cabaran dan halangan hingga ke peringkat akhir
latihan, pelbagai aspek kegagalan semasa menyertai latihan asas komando
diambil kira iaitu tidak mencapai sasaran, melanggar disiplin,melakukan
kesilapan dan tidak mempunyai minat yang tinggi", katanya lagi.
Beliau juga turut berkata, memandangkan situasi semasa dan pentingnya peranan
69 Komando terhadap keselamatan negara, terdapat cadangan supaya tempoh
latihan asas itu dilanjutkan serta dimasa akan datang 69 komando akan
dibuka kepada anggota wanita tetapi syarat-syarat serta latihan yang
akan diberikan sama seperti latihan anggota lelaki.
Sementara itu, YDH SAC Dato' Azizan bin Abd. Aziz, Komander 69 Komando pula
memberitahu, walaupun 35 pelatih itu dapat mengharungi latihan sehingga
ke hari terakhir, namun mereka akan dinilai semula.
''Kita akan terperincikan setiap kebolehan, kemampuan, kemahiran, disiplin
serta sikap mereka termasuk dari segi kerjasama berpasukan sepanjang
menjalani latihan. Ini termasuk penilaian daripada para jurulatih dan
mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk menyertai 69 Komando,''
katanya.
[You must be registered and logged in to see this image.]
Ketika sesi mendaki bukit...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Antara anggota komando 69 yang menjalani latihan...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Ground Komander Insp Mohd Yusuf bin Ariffin ketika memberi taklimat operasi...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Para pelatih tekun mendengar...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan
Gerakan Khas (KDN/KA PGK) YDH SAC Dato' Abd. Rashid bin Haron ketika
memberi kata-kata nasihat kepada pelatih...
[You must be registered and logged in to see this image.]
YDH SAC Dato' Abd. Rashid bin Haron Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pasukan Gerakan Khas (KDN/KA PGK)
dan YDH SAC Dato' Azizan Abd. Aziz, Komander 69 Komando sedang
mendengar taklimat...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Bergambar kenangan bersama jurulatih...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Siap sedia sentiasa...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Berehat sambil menunggu nasi masak...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Persiapan yang biasa dilakukan...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Sedia berhidmat demi Agama Bangsa dan Negara...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Sentiasa waspada...
[You must be registered and logged in to see this image.]
Teknik masak komando 69...
sitrep:http://www.rmp.gov.my/